Jangan bagi anak install WhatsApp, WeChat & aplikasi seumpamanya dlm smartphone

12 February 2017 | 3:09 am

Balik ke rumah, mesti isteri cerita macam-macam tentang kes yg dia handle setiap hari di Bahagian Kecemasan.  Walaupun dia seorang doktor, tetapi dia tak dapat nak hadam sgt bab kes pedofilia sebab perkara ini sebenarnya perkara di luar akal logik manusia normal. 

Isteri saya banyak handle kes hamil anak luar nikah saja. yg hamil itu pula bukan orang dewasa, kebanyakan baru berusia 16 & 17 tahun. Biasanya budak yg mengandung ini kenal teman lelaki mereka melalui aplikasi WeChat. Saya pun tak tahu sgt kenapa WeChat ini menjadi tempat mereka bersosial. Cuma yg saya tahu, dr WeChat ini kita boleh berkenalan dgn orang di sekeliling & yg berdekatan dgn tempat tinggal kita. 

Jadi saya pesan sgt-sgt pd ibu bapa, tolong pantau gajet anak anda. Please! 

Baru-baru ini pun, viral kisah seorang lelaki pedofil yg tak dikenali cuba menggoda seorang budak lelaki berumur 10 tahun melalui WeChat di telefon bimbit budak itu. Budak bernama Aiman ini pula memang jenis suci tak tahu apa-apa, maka dia pun layankan saja. yg lelaki ini pula minta gambar bogel budak itu walaupun dia tahu budak itu baru berumur 10 tahun. Siap kata nak bagi PSP lagi kalau budak ini beri gambar kemaluannya. 

Alhamdulillah ibunya sedar ada chat pelik di telefon bimbit anaknya. 

Kes pedofilia seperti ini sebenarnya sudah lama ada di Malaysia. Cuma mereka yg terlibat ini sgt susah dikesan kerana mereka pandai menyorok dr pihak berkuasa. Contohnya kes Richard Huckle tahun lalu, dia antara pedofil terdahsyat dlm sejarah Britain. 

Dia pernah masuk ke Malaysia sbg sukarelawan & dilaporkan telah meratah 200 orang kanak-kanak termasuk kanak-kanak di Malaysia. Kebanyakan mangsanya baru berumur 6 bulan sehingga 12 tahun. Gila, kan? 

Laman web lucah mereka pula biasanya tak dapat diakses oleh orang awam. Hanya orang-orang tertentu dr kumpulan mereka sahaja yg boleh masuk. Sebelum ini kecoh satu negara bila gambar anak Harith Iskander & gambar anak Tomok masuk dlm laman web lucah kanak-kanak tetapi semuanya kembali diam & seperti tiada apa-apa yg berlaku. 

Saya ada rahsia nak beritahu anda semua, ada cara nak mengecam orang pedofil ini. Biasanya orang pedofil ini sgt pandai menjaga rahsianya. Mereka kelihatan seperti warak & baik, nampak penyayang dgn budak-budak, selalu belikan gula-gula & hadiah & pandai memujuk mereka. Tanpa kita sedar, mungkin mereka sdg menghidap penyakit mental sukakan kanak-kanak yg belum baligh. 

Sebab itu sbg ibu bapa, kita kena tahu tips ini:

  • Beritahu anak, tiada sesiapa yg boleh sentuh bahagian kemaluan mereka walaupun orang terdekat dlm keluarga. 
  • Biasakan dengar mereka mengadu & tunjukkan yg kita ambil berat dgn aduan mereka walaupun untuk perkara-perkara kecil. 
  • Ajar anak untuk berkata tak jika ada orang lain yg meminta mereka buat perkara yg aneh & menyakiti mereka. 
  • Jangan marah anak jika mereka bertanya perkara yg bagi kita agak lucah kerana ada kemungkinan mereka sdg dipengaruhi oleh pedofil.
  • Jangan ambil ringan kalau anak selalu mengadu sakit di bahagian perut ataupun kemaluan.
  • Jangan muat naik gambar anak kita berpakaian seksi walaupun mereka msh kanak-kanak. Memang ada laman web lucah kanak-kanak yg suak mencari gambar kanak-kanak seksi untuk menjadi bahan tatapan & perbincangan mereka. Richard Huckle sendiri menyimpan 20,000 gambar kanak-kanak sbg koleksi. 
  • Pastikan telefon bimbit anak kita jenis yg tiada aplikasi seperti WhatsApp, WeChat & yg sewaktu dengannya. Cukuplah telefon bimbit itu hanya boleh sms & buat panggilan biasa.
  • Kalau anak nak guna jg internet & aplikasi yg lain, pastikan kita sudah install aplikasi untuk pantau aktiviti mereka di telefon bimbit itu. Contoh aplikasi yg anda boleh muat turun di Google Play & App Store ialah, Kids Place, Abeona, Screen Time Parental Control & Parental Control Board

Saya mohon sgt-sgt ibu bapa amalkan tips yg saya kongsikan di atas sbg langkah berjaga-jaga. Jika mengikut Diagnostic & Statiscal Manual of Mental Disorders (DSM-5) pun pedofilia ini termasuk dlm kategori Paraphilia. Sejenis bentuk penyimpangan seksual. 

Jangan pelik bila ada orang yg berkahwin dgn patung, yg suka mengintai orang, suka curi seluar dlm orang sebab semua ini termasuk dlm kategori Paraphilia, sejenis penyakit mental. 

Minta sgt-sgt ibu bapa di luar sana untuk sebarkan Talian Kasih 15999 yg diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita & Masyarakat. Kalau ada kes seperti ini berlaku, sila hubungi nombor berkenaan. 

Mungkin ada beribu lagi kes pedofilia di luar sana sdg berlaku tetapi mungkin kerana kurangnya pendedahan & tak tahu nak mengadu kpd siapa, akhirnya mangsa & keluarga mendiamkan diri saja. 

Perkara ini boleh berlaku pd ahli keluarga kita & anak-anak kita tanpa sedar sebab kita tak ambil berat pun tentang kes pedofilia ini. Jangan ingat pedofilia ini suka rogol saja, ada jg yg jenis dera dulu sebelum rogol. Ada jg yg jenis rogol dulu sebelum membunuh. 

Sebarkanlah mesej ini kpd seluruh rakyat Malaysia. 

GruGru

Jangan bagi anak install WhatsApp, WeChat & aplikasi seumpamanya dlm smartphone | sentot | 4.5