Jangan berani memiliki kereta kalau tak tahu 31 perkara penting ini terutamanya no 23

14 February 2017 | 3:49 pm

Berapa ramai di antara kita yg hanya tahu membeli kereta namun tak mahir memahami atau menguasai ilmu asas mengenai kereta sendiri? Seringkali kita lihat, bila berlakunya insiden seperti tayar pecah atau pancit, mangsa tak tahu menukar tayar kereta sendiri. Malah ada jg golongan lelaki yg tak pandai menukar tayar kereta sendiri. 

Bagaimanapun jika berlaku beberapa masalah yg lain? Langkah-langkah menjaga kenderaan dgn baik, tahukah kita semua? Baca 31 tips dr lelaki ini, moga memberi manfaat kpd anda semua. 


Oleh Apengg Impian

Jangan berani memiliki kereta sendiri kalau tak tahu perkara-perkara penting ini. Kalau ada yg tertinggal, tolong tambahkan agar kita semua dapat berkongsi ilmu sesama kita semua.

  1. Minyak hitam – Mengikut paras had & jenis minyak
  2. Oil filter – Tukar semasa menukar minyak hitam
  3. Spark plug – Tukar setiap 30,000 kilometer
  4. Bateri – Tambah air setiap kali servis
  5. Belting – Tukar setiap 80,000 kilometer. Tak perlu tukar water pump jika tiada masalah bearing kasar atau bocor. Jimat duit, jimat belanja. Kita kan orang susah
  6. Clutch plate – Mengikut keadaan
  7. Fuel filter – Tukar setiap 30,000 kilometer
  8. Air filter – Tukar setiap 30,000 kilometer
  9. Gear oil – Tukar setiap 20,000 kilometer
  10. Brake fluid – Mengikut keadaan
  11. Brake pad – Mengikut keadaan
  12. Power steering fluid
  13. Radiotr coolant – Tukar setiap 40,000 kilometer
  14. Wiper – Tukar setiap 30,000 kilometer
  15. Air conditioner – Servis filter & suis dibuka 1/2
  16. Tyre – Pam pd setiap bulan
  17. Radio – Memastikan ditutup pd setiap enjin dimatikan
  18. Radiator – Pastikan dibersih menggunakan air paip
  19. Fan radiator + aircond – Pastikan kipas hidup bila temp 1/2
  20. Lamp bulb – Periksa lampu setiap hujung minggu
  21. Steering alignment – servis setiap 20,000 kilometer
  22. Power window – Check setiap suis power window
  23. Beli kereta mahal-mahal kalau membelok tak reti bagi signal, sila pergi meninggal
  24. Angin spare tyre & spanar buka tayar serta jack pastikan sentiasa ada
  25. Kalau park kereta di tengah panas, pastikan lubang angin aircond itu menggunakan udara luar agar haba panas dlm kereta mudah bebas
  26. Untuk kereta-kereta injection, pastikan minyak petrol sentiasa cukup. Jangan sampai lampu warning sudah menyala baru nak topup minyak. Fuel pump mudah rosak jika diamalkan begitu
  27. Sentiasa rajin check fan belt & pastikannya berada dlm keadaan baik
  28. Untuk pengguna kereta auto, pastikan enjin panas terlebih dahulu baru mulakan perjalanan. Bergerak waktu enjin sejuk punca utama gearbox auto mudah rosak
  29. Jangan main tambah minyak hitam jika enjin sudah mempunyai penyakit makan minyak hitam
  30. Untuk enjin jenis yg guna kaburator, pastikan pump padel minyak sekali sahaja sebelum enjin dihidupkan agar senang hidup. Jenis enjin yg menggunakan kaburator memang susah sikit nak hidupkan enjin. Nak senang hidupkan enjin, pump padel minyak sekali sahaja sebelum hidupkan enjin. Kebaikannya, starter motor tahan lama. Enjin yg susah hiduplah punca starter cepat rosak
  31. Mencegah lebih baik dr merawat. Setiap kali masuk bengkel untuk servis, minta tolong abang-abang pomen periksa kereta anda dr A to Z agar anda mudah tahu kalau ada masalah lain yg timbul atau perlu ditukar. 



GruGru

Jangan berani memiliki kereta kalau tak tahu 31 perkara penting ini terutamanya no 23 | sentot | 4.5