Jangan marah anak bila berat badan mereka tak naik & terlalu hyperaktif

20 February 2017 | 2:16 am

Assalamualaikum & selamat pagi. Saya nak tekankan di sini tentang masalah kanak-kanak yg susah nak naik berat. Ada beberapa ibu bapa yg menghubungi saya & bertanyakan tentang soalan ini. 

Memang bila kita pergi ke Klinik Kesihatan untuk check up & mendapati graf berat anak itu tak naik secukupnya, pasti kena bebel bukan? 

Sebenarnya tubuh manusia ini berbeza-beza. Ada yg tinggi & ada yg rendah kadar metabolisme (dlm keadaan biasa). Kalau ada penyakit, kadar metabolisme pun akan meningkat. 

Untuk kanak-kanak, bila berat sudah nak naik daripada lahir, perlu periksa semua sistem yg penting seperti jantung, paru-paru (thorough check up) sebab saya selalu jumpa kes masalah penyakit jantung (late diagnosis). Kalau detect cepat, boleh refer cepat kpd paeds cardiology. 

Okay, kalau anak yg dah besar baru ada masalah kenaikan berat badan, perlu dilihat cara pemakanan. Masalahnya apabila selepas enam bulan, anak tak lagi bergantung kpd susu semata-mata. Mereka perlu makan untuk mendapat kalori yg cukup untuk mencukupkan keperluan tenaga yg semakin bertambah & kadar metabolisme yg tinggi (tumbesaran & aktiviti yg semakin lasak). 

Sesetengah doktor & jururawat mengambil jalan yg singkat dgn menyuruh ibu bapa memberhentikan atau mengurangkan pemberian susu badan & memberikan susu formula (FM). Ada jg yg menyarankan untuk menukar jenama susu (A to Z) & ada yg menukar kpd susu high calorie (ada satu jenama FM *Ped…* yg saya cukup anti lebih dr mana-mana susu FM yg lain). 

Bila berikan susu yg berkalori tinggi, ia sebenarnya akan menambahkan masalah di mana anak akan bergantung kpd susu tersebut tanpa berasa lapar. Anak akan kurang selera makan & tak nak makan. Kalau makan pun, dlm jumlah yg sikit sgt sedangkan makanan amat penting untuk mendapatkan sumber kalori & semua zat asli & lebih tinggi kadar penyerapannya. 

Seperti yg kita tahu, susu FM mempunyai digestion period yg lama berbanding susu ibu atau fresh milk menjadikan anak kenyang lebih lama. Malah, segala zat nutrien yg ada semuanya diekstrak dlm makmal & diproses semula untuk ditambah kpd bancuhan susu yg sudah dijadikan tepung. Tambahan corn syrup & lain-lain lagi sumber sukrosa yg pastinya sumber zatnya adalh tak asli. Kalau anak menjadi terlalu hyperaktif, jangan marah anak ye. Kasihan, mereka tak bersalah. Siapa yg salah sebenarnya? 

Jadi, kalau anak tak naik berat selepas berusia satu tahun, jangan cepat-cepat nak beralih kpd susu FM. Perlu menambah makanan mereka & teruskan susu badan. 

kpd yg beri susu FM, tukar kpd fresh milk. Bila mereka cepat rasa lapar, nanti mereka akan demand makanan lebih banyak. Hanya makanan ‘meal’ yg balance akan membuatkan berat badan anak naik. Bukan dgn menukar susu ye. Menu meal untuk anak berusia satu tahun ke atas sama dgn makanan kita orang dewasa. 

Saya kasihan pd anak-anak yg ada parents yg berikan anak makan bubur seperti bayi lagi selepas usia setahun. Kasihan anak itu. Beri saja mereka makan apa yg kita makan tetapi lenyek-lenyekkanlah makanan itu supaya ia lembik sedikit setiap kali suap mereka. 

Buah-buahan & sayur jg sgt penting untuk sumber fiber agar mereka tak sembelit. Air masak sgt penting supaya najis mereka tak keras. 

Asasnya, makan dulu (tetap waktu) & susu sbg ‘snack’ sahaja bila perlu. Makanan mesti seimbang. Kemudian bila sudah mengamalkan cara sihat ini, kalau badan anak msh kelihatan kurus, carta msh dlm kategori normal, pastikan anak memang aktif & tiada penyakit lain. Jika anak sihat, belajar pandai, suka explore the world, IG tinggi, then don’t worry. Be happy. 

GruGru

Jangan marah anak bila berat badan mereka tak naik & terlalu hyperaktif | sentot | 4.5