Jangan pandang serong pd wanita yg ‘bunting pelamin’ kononnya mereka hamil sebelum bernikah

13 February 2017 | 1:57 am

“Tahniah, puan disahkan mengandung. Mengikut kiraan, usia janin ini lebih kurang enam minggu,” kata doktor. 

“Tetapi doktor, kami baru berkahwin 4 minggu yg lalu. Apa orang lain akan kata nanti?” soal pasangan berkenaan.

Pasangan ini bernikah & naik pelamin pd 28 Januari 2017 iaitu pd cuti raya Cina yg lalu. Empat minggu kemudian iaitu 28 Februari 2017, pengantin perempuan disahkan mengandung & usia janin dianggarkan 6 minggu. Apa yg terjadi sebenarnya? 

Bunting pelamin adalh ‘misnomer’. Ia seolah-olah menggambarkan pengantin perempuan telah hamil ketika bernikah & menaiki pelamin sedangkan bukan itu yg berlaku sebenarnya. Bagi individu yg bunting pelamin, anda akan mendapati usia janin anda akan awal 1-2 minggu sebelum tarikh pernikahan & mungkin boleh mengundang pandangan seorang orang ramai. 

Contohnya anda berkahwin baru 4 minggu, namun doktor mengatakan usia janin anda 6 minggu. Di sinilah munculnya kata-kata nista daripada golongan yg suka menghina namun fakta pun tak tahu. Jika ada yg mengutuk atau pandang serong, jangan bimbang atau malu kerana mereka dgn secara sengaja telah menunjukkan kebodohan & keaiban mereka secara terbuka. 

Saya jelaskan kenapa perkara ini berlaku. Jika anda rujuk buku antenatal, ada tertulis tarikhr Last Menstrual Period (LMP) & doktor jg akan bertanya bila hari pertama haid (menses) yg terakhir. LMP ialah hari pertama haid bermula. 

CONTOH: 

14 Januari 2017 (2 minggu sebelum nikah) 

  • Ovulation pula ialah hari ovum dilepaskan kira-kira sekitar hari ke-14.

28 Januari 2017 (pd hari pernikahan)

  • Persenyawaan pula boleh berlaku dlm tempoh 12-24 jam selepas ovum dilepaskan. Sperma boleh ‘hidup’ 3-7 hari di dlm rahim untuk ‘bersaing’ mempersenyawakan ovum yg akan ‘luput’ selepas tempoh tersebut. 

28 Januari 2017 (pd malam pertama pernikahan)

  • Kebiasaannya wanita disahkan hamil selepas ‘missed period’ atau tak datang haid selama 1-2 minggu & ini akan ‘trigger’ pasangan untuk melakukan ujian kehamilan melalui air kencing pd minggu ke-5 atau ke-6 dr tarikh haid yg pertama. 

28 Februari 2017 (4 minggu selepas nikah & 6 minggu selepas haid yg pertama)

  • Apabila anda mengandung, doktor akan mengira usia janin anda bermula daripada tarikh LMP (sekiranya sgt pasti tarikh tersebut & haid anda teratur serta tak mengambil perancang keluarga) walaupun ketika itu belum ada persenyawaan berlaku. 

LMP 14 Januari 2017

  • maka usia janin ialah 6 minggu pd 28 Februari (usia janin yg dikira melalui tarikh haid pertama bukanlah usia janin sebenar kerana jani terbentuk pd hari persenyawaan). Bagi kes-kes lain yg tak memenuhi syarat dlm kurungan, usia janin ditentukan melalui imbasan ultrasound seawal usia yg boleh. 

Jangan bimbang kerana semua kajian telah mengambil kira faktor ini untuk menentukan sama ada janin anda telah matang, belum matang, melebihi usia matang atau apa-apa intervensi perubatan atau dlm menentukan parameter ultrasound. 

Namun apabila mengetahui fakta ini, ada pihak yg pandai-pandai lewatkan sendiri dua minggu sesuka hati seolah-olah penyelidik-penyelidik sebelum ini tak pernah terfikir perkara sebegini. Ini hanya membahayakan diri & bayi dlm kandungan. 

Contohnya selepas tempoh EDD iaitu tarikh dijangka bersalin, ada pihak yg enggan ke hospital & sengaja menunggu dua minggu lagi kononnya mereka tahu tentang ini. Sedangkan dgn berbuat demikian, risiko bayi mati dlm kandungan adalh sgt tinggi. 

Akhir sekali, jangan pandang serong pd individu yg bunting pelamin kerana anda hanya akan menampakkan kebodohan diri sendiri. 

GruGru

Jangan pandang serong pd wanita yg ‘bunting pelamin’ kononnya mereka hamil sebelum bernikah | sentot | 4.5