Jep Sepahtu & Sari Yanti sah suami isteri

25 February 2017 | 5:42 am

KUALA LUMPUR – Sari Yanti hari ini memuat naik sekeping gambar yg menunjukkan Jep Sepahtu sdg melafazkan akad nikah mengesahkan desas desus pasangan ini telah sah menjadi suami isteri, lapor Roti Kaya. 

Difahamkan, pasangan ini bernikah di Dewan Mercu Mustapha Kamal jam 11.50 pagi tadi yg diakadkan oleh bapa Sari Yanti, Dato Mohamad Nazari. 

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan secara tertutup yg hanya dihadiri keluarga & rakan terdekat sahaja. 

Sari Yanti sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dgn Mohd Edy Casmadi namun hanya bertahan selama lima tahun selepas mereka bercerai pd tahun 2014. 

Hasil perkahwinan pertama, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Barr Al Aliy & Basit Al-Haq. – The Reporter



GruGru

Jep Sepahtu & Sari Yanti sah suami isteri | sentot | 4.5