Kaki & tangan pekerja putus digigit buaya

21 February 2017 | 1:30 pm

SANDAKAN, SABAH – Seorang lelaki putus kaki kanan & tangan kanan selepas diserang buaya di taman buaya, Batu 8, semalam, lapor Harian Metro. 

dlm kjadian jam 1.45 petang Isnin, mangsa berusia 35 tahun dilaporkan kritikal & kini dirawat di Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan. 

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamim berkata, siasatan awal mendapati mangsa adalh seorang pekerja sambilan (kontrak) di taman tersebut. 

Sebelum kjadian itu, mangsa dilihat menuju ke bahagian kolam pertunjukan buaya sambil membawa bangkai ayam sbg makanan buaya berkenaan. 

Selepas memberi makan, mangsa kemudian menggosok bahagian hidung reptilia itu membuatkan haiwan itu berang lalu menyambar mangsa. 

“Saksi yg berada di tempat kjadian bertindak menghalau buaya tersebut & akhirnya mangsa dilepaskan daripada gigitan,” katanya. 

Mangsa kemudian dikejarkan ke HDOK Sandakan & siasatan lanjut msh diteruskan berhubung kjadian tersebut. – The Reporter



GruGru

Kaki & tangan pekerja putus digigit buaya | sentot | 4.5