‘Kalau kau tak diam, aku potong lidah kau nanti!’

15 February 2017 | 8:49 am

Saya dimasukkan ke wad lebih awal sebab mengalami contraction yg teruk tetapi laluan msh tak terbuka. Setelah tiga hari berada di wad, barulah doktor buat keputusan untuk deliver secara paksaan iaitu pecahkan air ketuban. 

Selama tiga hari saya di wad menahan contraction seorang diri. Setiap kali waktu melawat, katil orang lain penuh dgn orang. Saya? Krik-krik.. seorang diri. Terjenguk-jenguk pintu masuk, manalah tahu kalau suami datang tetapi hampa. 

Bila call tak angkat, mesej tak reply. Setengah jam sebelum waktu melawat tamat, suami datang bawa nasi & terus balik. Allahu, tersentak emosi saya ketika itu. Sudahlah menahan sakit yg teramat, dibuat pula begitu. 

Salahkah dia datang awal untuk berborak dgn isteri dia ini? Kalau saya cakap sakit atau sedih macam mana pun kita, bila nampak suami kita akan jadi gembira & bersemangat. Betul tak? 

Untuk pengetahuan semua, suami saya pd ketika itu baru habis kontrak kerja. Jadi tiada alasan untuk dia tak melawat saya. Pergi kerja pun tak, jadi dia pergi ke mana? 

Dia pergi cyber cafe main dota dgn kawan-kawan dia. 

Luluh hati saya tetapi saya tolak ke tepi & tak nak fikir sgt sebab saya bertambah sedih pula nanti. Sudahlah saya sakit, suami pula enggan peduli. Sebab itulah mengapa suami merupakan faktor tersebar yg mempengaruhi psikologi seorang isteri. 

Selepas dimasukkan ubat, jam 7 malam saya dimasukkan dlm labour room. Sakit macam nak hilang nyawa. Lagi pun ini anak sulung & saya baru berusia 23 tahun. 

Keesokannya saya dibenarkan pulang. Doktor kata jam 12.30 boleh pulang. Saya maklumkan kpd suami. Itupun 5-6 kali call baru dia jawab sebab dia tidur. dr 12.30 tengah hari, jam 3 petang baru suami datang. Masa itu memang emosi saya sudah tak stabil.

Sebelum itu di hospital, jururawat kerap bertanya mana suami, dgn anak merengek, susu bengkak. Menitis air mata saya pd waktu itu. Nasib baik seorang seorang kakak di katil sebelah beri nasihat banyakkan bersabar. Katanya anak sulung memang begitu, rasa perit sgt. Memang perit sebab itu sokongan dr suami amat diperlukan. 

Bila suami sampai, saya tanya kenapa dia lambat. Dia cakap dia pergi makan dgn kawan dia yg datang dr kampung. Kawan dia lebih penting daripada saya. Saya tengok suami orang lain boleh discharge on time, kenapa suami saya tak boleh? 

Saya malas nak fikirkan lagi, pendam & diam saja. Mula terbit rasa menyampah dlm hati. 

Bila di rumah, dia jarang berada di rumah pd waktu siang. Bila malam, memang setiap malam dia akan keluar. Jam 5-6 pagi baru balik. Bayangkan saya terpaksa berpantang seorang diri. Malam-malam seorang diri dgn kesan luka jahit, tukar lampin baby, susu baby setiap jam. Emosi saya benar-benar terganggu. Sudahlah msh sakit, ditambah pula menguruskan anak seorang diri, saya memang penat habis.

Pernah anak menangis, saya cubit-cubit badan dia & pernah tampar anak sampai menangis tak keluar suara. Saya sumpah seranah suami di depan anak dgn emosi yg tak stabil. Tetapi selepas kjadian itu, saya rasa menyesal sgt. Masa saya pukul anak snediri, memang nampak dia buruk sgt. Saya tak nampak pun seorang bayi yg comel. Bila sampai dia menangis tak keluar suara, saya tersedar & menangis.

“Apa salah anak saya..” 

Cubalah fikir, emosi siapa yg tak terganggu. Luka jahitan msh sakit, nak pergi toilet bangun jalan sendiri. Saya nak air, saya terpaksa bangun & buat serta ambil sendiri. Memang dua minggu pertama saya berpantang dlm keadaan yg tak stabil. Anak selalu menjadi mangsa cubit.

Pernah anak buat perangai membuatkan saya marah & saya tak susukan dia. Saya bancuh susu pekat F&N itu & beri pd anak. Saya sumbat-sumbat puting botol susu itu sampai dia menangis lebam mata. 

Suami? Keluar balik rumah tidur. Saya & anak diabaikan. 

Dua minggu saya pernah bermain pisau di kepala anak. 

“Kalau kau tak diam, aku potong lidah kau nanti!” 

Mungkin Allah swt nak bagi saya kesedaran, anak saya mula tak merengek. Dia diam sahaja. Cuma menangis sikit bila nak susu. 

Selepas dua minggu itu, saya semakin pulih. Saya banyak membaca tentang pantang di internet. Saya mula susukan anak dgn cara yg betul. Saya mula memanjakan dia & anak mula senyum pd saya. Allahu, apa yg saya dah buat pd anak saya sendiri selama ini. 

Lama kelamaan saya dah semakin stabil. Walaupun sampai habis pantang suami saya keluar melepak memanjang, saya langsung tak fikir & peduli tentang dia. Memang marah & benci pd suami itu ada sebab dia lupa melaksanakan tanggungjawab dia. Tetapi setiap kali saya tengok anak, saya layan anak dgn baik. Saya buang semua perasaan lain.

Sekarang kami sdg menunggu tarikh hadir ke mahkamah untuk bercerai. Bagi saya, dr saya terus memberontak & berbuat dosa, sakit hati dgn perangai suami yg lebih mementingkan kawan berbanding tanggungjawab di rumah, saya undur diri. Biarlah dia hidup dgn kawan-kawan dia sampai mati. 

kpd golongan lelaki yg rasa tak boleh hidup tanpa kawan-kawannya, mohon tak payah gatal bawah nak mendirikan rumah tangga kerana isteri itu adalh amanat, begitu jg dgn anak. :elaki bergelar suami perlu ingat bahawa, hati isteri yg perlu dijaga, bukannya hati kawan-kawan. Jangan buat isteri seperti hamba.

GruGru

‘Kalau kau tak diam, aku potong lidah kau nanti!’ | sentot | 4.5