Kanak-kanak perempuan 3 tahun maut didera secara fizikal & seksual oleh bapanya

3 March 2017 | 4:02 am

BRISBANE, AUSTRALIA – Seorang bapa mengaku bersalah & mengaku melakukan penderaan secara fizikal & seksual terhadap anak perempuannya berusia tiga tahun dlm kjadian Mac 2013. 

Matthew Lee Williamson mengaku mendera anaknya, Kyhesha-Lee Joughin, 3, selama beberapa minggu sebelum mangsa ditemui mati di kediaman mereka.

Williamson jg mengaku gagal memberikan rawatan perubatan kpd mangsa & mahkamah dimaklumkan bahawa dia terlebih dahulu membuang segala peralatan untuk menghisap dadah (bong) sebelum menghubungi pihak polis. 

Matthew Lee Williamson keluar dr mahkamah semalam | Foto – Mirror

pd 2016, rakan serumahnya, Christopher Kent, mengaku bersalah membunuh mangsa yg sebelum itu mereka berdua menyalahkan masing-masing yg melakukan penderaan seksual & menyebabkan Kyhesha-Lee menderita. 

Selepas mendengar pengakuan Williams, ibu mangsa, Danielle Joughin, mengalirkan air mata & berkata dua lelaki itu patut dihumban ke penjara. 

“Tiada seorang pun yg membantu dia (Kyhesha-Lee). Ini sgt menjijikkan!” katanya. 

Ibu mangsa, Danielle Joughin | Foto – Mirror

Kyhesha-Lee ditemui meninggal dunia di kediamannya di utara Brisbane, akibat ususnya berlubang, selepas didera secara fizikal & seksual. 

Bagaimanapun, Williamson menafikan dakwaan itu, termasuk menggunakan alat mainan seks pd mangsa, memukul perut mangsa & merakam gambar bogel bersama mangsa. 

Lapor News.com.au pula melaporkan, lelaki itu jg turut menyimpan gambar dirinya meletakkan zakarnya di bahu mangsa. 

Meskipun mangsa muntah & terdapat kesan lebam di muka & darah di lampin pakai buang, Williamson memberitahu mahkamah dia langsung tak membawa mangsa berjumpa dgn doktor. 

Williamson jg mengabaikan darah yg keluar dr kemaluan anaknya yg sebelum ini mangsa pernah memberitahu bapanya yg dia tak mahu lagi mana-mana jari ditusuk ke punggungnya lagi. 

“Saya tak fikir apa-apa pd masa itu. Saya takut saya akan kehilangan dia & dia diambil oleh pihak kebajikan kerana keadaannya pd ketika itu,” kata Williamson. 

Rumah di mana mangsa ditemui mati | Foto – Mirror

Sistem lock menggunakan tali yg digunakan oleh Williamson untuk menghalang anaknya keluar dr bilik selepas dikurung 19 jam hanya kerana menumpahkan susu | Foto – Mirror

Keadaan dlm bilik di mana mangsa dikurung | Foto – Mirror

Williamson jg menggunakan tali sbg sistem lock pintu bilik mangsa yg dikurung selama 19 jam sehari hanya kerana mangsa secara tak sengaja menumpahkan susu di lantai rumah. 

Menurut pakar kanak-kanak, Professor Roy Kimble, di saat-saat akhir Kyhesha-Lee tak mampu bergerak, bercakap, makan atau minum. 

Hukuman ke atas Williamson akan ditentukan dlm masa dua minggu lagi. Kes ditangguhkan sehingga 16 Mac ini selepas peguamnya meminta laporan perubatan sama ada anak guamnya itu mempunyai ‘kelainan psikologi’ yg menyumbang kpd kelakuannya. – The Reporter

GruGru

Kanak-kanak perempuan 3 tahun maut didera secara fizikal & seksual oleh bapanya | sentot | 4.5