‘Kelakuannya agak ganjil berbanding kanak-kanak sebayanya’ – Ini antara tanda-tanda awal autism pd anak berusia 3 tahun

21 February 2017 | 12:37 pm

Oleh Faizul Khalid

Ketika Kharnain hampir berusia tiga tahun, keganjilan pd Kharnain agak ketara berbanding kanak-kanak lain seusianya. Perkara ini mendesak saya mencari jawapan sebenar mengapa Kharnain berkelakuan sedemikian. 

Akhirnya saya ketemu perkataan ‘Autism’. Banyak ciri-ciri yg tersenarai hampir sama walaupun tak semuanya. 

Di sini saya kongsikan sedikit tanda-tanda peringkat awal yg agak ketara pd Kharnain. Setiap anak-anak autism mempunyai spektrum yg berbeza namun berkongsi beberapa ciri yg hampir serupa. 

Jika anak anda jg autism, apa pula tanda-tanda awal anak anda selain yg telah ditunjukkan? Sekiranya tiada, ini pengetahuan yg berguna untuk memahami golongan unik ini. 

Jika anak anda mempunyai kebanyakan ciri-ciri seperti yg saya kongsikan tetapi msh ragu-ragu, pergilah berjumpa dgn doktor segera. Jangan buat andaian sendiri. Semoga post saya ini dapat membantu kalian semua.

GruGru

‘Kelakuannya agak ganjil berbanding kanak-kanak sebayanya’ – Ini antara tanda-tanda awal autism pd anak berusia 3 tahun | sentot | 4.5