‘Kenapa dia kata dia difitnah sedangkan ada bukti?’ – Isteri dedah kandungan laporan polis

12 February 2017 | 4:48 am

JOHOR BAHRU – “Alang-alang semua dah tahu kes ini & suami pun nak menegakkan benang yg basah, elok saya ceritakan secara terperinci,” demikian kata Nurul Hidayu. 

Terdahulu Nurul Hidayu mendedahkan suaminya menjalinkan hubungan cinta dgn pelajar tingkatan tiga sehingga pernah tidur bersama di katil kelamin mereka. Namun, suaminya tampil menafikan dakwaan itu semalam & mendakwa Nurul Hidayu cuba mengaibkannya di media sosial. 

“Kes ini jadi berat bermula malam 4 Februari. Ceritanya seperti dlm laporan polis. Saya pergi sebab Allah gerakkan hati saya. Kenapa suami balik 5, 6 pagi. 

“Sebelum perkara ini berlaku, adik dia ada beritahu saya yg abangnya selalu balik rumah ibunya dgn berpakaian lawa setiap tengah hari, mungkin nak keluar dgn budak form 3 itu. Sedangkan setiap pagi saya siapkan dia pergi kerja dgn pakai baju pomen. 

“Dah ada yg inform saya bahawa dia bercinta dgn budak form 3 duduk di Delima, Kota Masai. Khamis malam, saya berjaya mengesan tempat tinggal budak perempuan itu yg duduk di belakang rumah mak saya. Saya selesaikan segala-galanya dgn budak form 3 itu pd malam itu jg. 

“Ibu budak itu janda & dia tak tahu bahawa teman lelaki anaknya adalh suami orang. Tetapi anaknya tahu lelaki itu suami saya,” kata Nurul Hidayu di Facebooknya semalam. 

  • Isteri datang ke tempat kerja suami, namun dimaki hamun & tak mengaku ada perempuan lain
  • Isteri dakwa suami pernah bawa perempuan lain balik ke rumah beberapa kali semasa dia dlm pantang
  • Suami mengaku ada perempuan lain, namun salahkan isteri sbg punca
  • Suami mengugut mahu mencederakan isteri disaksikan keluarga isteri & suami
  • Isteri mendedahakan dia pernah dipukul beberapa kali, namun msh beri peluang agar suami berubah
  • Suami tak pernah beri nafkah & memberi tekanan serta pelbagai serangan emosi sepanjang bersama

Malam itu, Nurul cuba selesaikan masalah itu dgn suaminya & meminta penjelasan apakah punca perpisahan mereka. 

“Perpisahan ini atas dasar apa? Sebab budak form 3 itu ke? Dia kata tak, sebab kami sudah tak sefahaman. Dia kata dia tak mampu beli susu, pampers anak. Tetapi saya kata dia boleh pula belikan iPhone untuk budak perempuan itu? 

B dah main dgn dia? B nak kahwin dgn dia? B nak hancurkan semuanya? Kita dah ada adik (anak) B…

“Tetapi dia tetap teguh dgn keputusan dia. Meskipun tiada bukti bergambar atau audio, tetapi ibu bapa saya, bapa suami & ibu kpd budak form 3, anggota polis & kawan sekerja saya sbg saksi. Akhirnya dia kata jumpa di mahkamah,” katanya. 

Nurul Hidayu hairan mengapa suaminya itu cuba menegakkan benang yg basah & mendakwa dirinya difitnah sedangkan sudah ada bukti bahawa mereka berpegangan tangan bagai.Nurul Hidayu jg menafikan dakwaan suaminya kononnya dia pernah menghina ibu mertuanya sbg binatang. Malah, dia tak pernah menjadikan suaminya sbg ‘babu’ kerana dia sendiri jg bekerja menanggung keluarga.  

GruGru

‘Kenapa dia kata dia difitnah sedangkan ada bukti?’ – Isteri dedah kandungan laporan polis | sentot | 4.5