Laksanakan perintah berkurung, buang basikal diubah suai & lapor jika ternampak remaja berbasikal lewat malam

18 February 2017 | 12:58 pm

Foto – Instagram Tentera Fly JB
KUALA LUMPUR – Susulan kemalangan yg meragut 8 nyawa remaja berbasikal awal pagi tadi, Timbalan Menteri dlm Negeri Datuk Nur Jazlan menggesa kerajaan negeri Johor mengenakan perintah berkurang bagi mengelakkan pelajar sekolah melepak di jalanan pd waktu malam, lapor Free Malaysia Today. 

Beliau yg jg Ahli Parlimen Pulai berkata, kjadian itu menyedihkan tetapi tak tragik. 

“sbg Ahli Parlimen untuk kawasan itu, saya ucap takziah kpd keluarga mangsa. Kumpulan itu membabitkan budak dr kawasan yg jauh dr tempat kemalangan & di luar Pulai. 

“Mereka tak sepatutnya melepak di sekitar jalan utama di Johor Bahru pd waktu tengah malam & semua mangsa dipercayai berada di pusat bandar ketika itu untuk berlumba,

Sehubungan itu, katanya perlaksanaan perintah berkurung yg dibenarkan oleh kerajaan negeri dapat membantu penguatkuasaan polis & mengelak pelajar sekolah melepak di jalanan pd waktu malam. 

A post shared by We ride, enjoy and we have fun (@tenteraflyjb) on


Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Johor mengarahkan sekolah mengesan & memberi sesi kaunseling kpd pelajar terbabit dgn kumpulan berbasikal pd waktu malam di sekitar bandar raya Johor Bahru. 

Pengarahnya, Shahurudin Sharif jg menasihatkan ibu bapa melarang anak mereka keluar lewat malam serta memantau pergerakan & aktiviti mereka selain memainkan peranan penting untuk melupuskan basikal yg diubah suai tanpa ciri keselamatan yg dimiliki anak mereka. 

A post shared by We ride, enjoy and we have fun (@tenteraflyjb) on


Polis Johor jg meminta orang ramai menghubungi polis jika ternampak remaja berbasikal pd lewat malam. – The Reporter



GruGru

Laksanakan perintah berkurung, buang basikal diubah suai & lapor jika ternampak remaja berbasikal lewat malam | sentot | 4.5