Laluan Alternatif Ke Pantai Timur Malaysia

Jalan Alternatif Untuk Pulang Ke Pantai Timur. Apakah laluan alternatif ke Pantai Timur dlm mengelakan “traffic jam”? Berikut dikongsikan Laluan Alternatif Ke Pantai Timur untuk perjalanan pulang kampung ke Kelantan, Pahang & Terengganu dr Kuala Lumpur & Selatan tanahair. Walaupun terdapat lebuhraya seperti LPT & LPT2, kesesakan lalu lintas msh berlaku terutama di jalan biasa – negeri & persekutuan menuju ke lebuhraya ini.


Cadangan laluan alternatif dr JKR ini adalah untuk pengguna jalanraya dlm mengelakkan kesesakan lalu lintas semasa balik kampung. Terutama kepada perayaan utama & cuti panjang seperti Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha & Tahun Baru Cina.

Senarai Laluan Alternatif Ke Pantai Timur Malaysia – Kelantan, Pahang & Terengganu

Berikut dikongsikan Laluan Alternatif Ke Pantai Timur Malaysia yg dikongsikan dr Facebook Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR). Jalan alternatif yg dicadangkan ini adalah perjalanan dr Kuala Lumpur & Negeri Sembilan.

1. Jalan Alternatif dr Gua Musang Melalui Kuala Krai Ke Kota Bharu

Laluan alternatif ini bertujuan dlm mengelak kesesakan di Kuala Krai.

Jalan Alternatif dr Gua Musang Melalui Kuala Krai Ke Kota Bharu

2. Jalan Alternatif dr Bentong Melalui Kuala Lipis Ke Kota Bharu

Laluan alternatif ini adalah untuk perjalanan dr Bentong, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dgn melalui Felda Mempaga, Pahang. Laluan alternatif ini bertujuan untuk mengelakan kesesakan lalu lintas di Bandar Bentong, Pahang.

3. Jalan Alternatif dr Chukai Melalui Kampung Ibok Ke Kuala Terengganu

Lalulan alternatif ini adalah dr Chukai Ke Kuala Terengganu melalui Kg Ibok, Terengganu. Ianya bertujuan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di Bandar Chukai, Terengganu.

4. Jalan Alternatif dr Besut Ke Kota Bharu/ Tok Bali

Laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di Bandar Jerteh.

5. Jalan Alternatif dr Bentong Melalui Raub Ke Kota Bharu

Perjalanan dr Bentong ke Kota Bharu, Kelantan melalui Pekan Raub, Pahang. Laluan alternatif ini bertujuan dlm mengelakkan kesesakan di Pekan Raub, Pahang.

6. Jalan Alternatif dr Jempol/ Kuala Pilah Ke Karak, Temerloh & Muadzam

Laluan alternatif dlm mengelakkan kesesakan di Kuala Pilah & Bahau.

7. Jalan Alternatif dr Seremban Melalui Jelebu Ke Karak

Laluan alternatif dr Seremban/ Jelebu & Jempol ke Karak.

Semoga perkongsian Laluan Alternatif Ke Pantai Timur Malaysia – Kelantan, Terengganu & Pahang ini bermanfaat buat semua pengguna jalan raya. Selamat memandu dgn berhemah & berhati-hati & elakkan disaman kerana pelbagai kesalahan jalan raya. 

sumber : panduanmalaysia.com

Laluan Alternatif Ke Pantai Timur Malaysia | sentot | 4.5