Lelaki berusia 50 tahun maut ditimpa 6 tan koleksi majalah lucah

3 March 2017 | 2:53 pm

JEPUN – Seorang lelaki yg memiliki enam tan koleksi majalah lucah maut ditimpa koleksinya itu, lapor Mirror. 

Mayat mangsa berusia 50 tahun itu hanya ditemui di bawah timbunan majalah lucah itu setelah enam bulan kemudian apabila tuan tanah bangunan flat itu datang memeriksa mengapa penyewanya itu tak membayar sewa rumah. 

Kematian mangsa itu didedahkan salah seorang tukang pembersihan yg mana syarikatnya telah diberikan tugas untuk membuang & menghapuskan majalah-majalah berkenaan agar tak disedari oleh jiran-jiran berhampiran & jg bagi menutup aib keluarga mangsa. 

Katanya, mangsa yg dikenali sbg Joji, bekas pembuat kereta, ditemui mati di bawah timbunan majalah berkenaan. 

“tak dapat dipastikan sama ada mangsa meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung, atau terjatuh ke timbunan koleksi majalahnya atau ditimpa majalah tersebut. 

“Hampir keseluruhan rumahnya dipenuhi dgn majalah itu. Di atas meja, di rak buku & di mana-mana sahaja. 

“Terdapat jg keratan gambar dr sebahagian majalah yg digemari mangsa & majalah utamanya dibuang,” katanya. – The Reporter



GruGru

Lelaki berusia 50 tahun maut ditimpa 6 tan koleksi majalah lucah | sentot | 4.5