Lelaki sebat anak kekasih 62 kali dgn tali pinggang kerana curi charger telefon

20 February 2017 | 4:31 am

TEXAS, AMERIKA SYARIKAT – Seorang lelaki ditahan kerana mendera anak teman wanitanya selepas rakaman videonya berbuat demikian tersebar di media sosial. 

Kordarell Williams, 27, menyebat mangsa yg berusia 7 tahun itu sebanyak 62 kali dgn tali pinggang di bahagian kepala, bahu & kaki dlm rakaman berdurasi lima minit di utara barat Houston. 

Williams mengaku melakukan perbuatan itu kerana mangsa telah mencuri alat pengecas telefonnya, lapor Click 2 Houston. Namun menafikan dakwaan menyebat mangsa 62 kali, sebaliknya hanya 16 kali sahaja. 

kjadian itu dilaporkan berlaku pd jam 5 petang, Khamis lalu di luar kereta Williams berhampiran kediamannya & dirakam oleh saksi yg berada tak jauh dar itempat kjadian. 



dgn bantuan rakaman itu, polis mengesan suspek berpandukan nombor pendaftaran kereta tersebut yg membawa kpd penahanan suspek tiga jam selepas video tersebut viral di media sosial. 

Williams kini ditahan & mangsa diserahkan kpd pusat perlindungan kanak-kanak untuk dijaga sementara waktu. – The Reporter



GruGru

Lelaki sebat anak kekasih 62 kali dgn tali pinggang kerana curi charger telefon | sentot | 4.5