‘Mak, kenapa Allah ambil balik mata Abang Chik?’

27 February 2017 | 3:10 pm

16 November 2015, dunianya tiba-tiba kelam sebelum akhirnya bibirnya jg tak mampu lagi berkata-kata. 

“Mak, kenapa mak tak buka lampu?”

Berderau darah si ibu, hancur luluh hatinya. dlm linangan air mata, dia mendakap tubuh anak tersayang, Muhammad Fariz Zharfan binti Roslan, 8 tahun. Dia tak dapat lupakan detik bening subuh itu, saat mengejutkan anaknya dr tidur. 

“Mak, kenapa Allah ambil balik mata Abang Chik?” 

Soalan itu acapkali ditanya Abang Chik. Hati ibu mana yg tak pilu bila anak yg dahulunya sihat, berlari ke sana sini, gelak ketawanya menghiburkan keluarga kini tiba-tiba menjadi buta. 

“Mak, A bukan macam ni! Abang Chik tahu huruf A,” 

Memasuki tahun 1 sbg pelajar buta, bukannya mudah buat Abang Chik. Lima bulan selepas itu, akhirnya dia semakin lemah & tak mampu berjalan lagi. Betapalah berat ujian insan terpilih ini. dlm sekelip mata, dr anak yg sihat tiba-tiba terlantar tanpa mampu bercakap & bergerak lagi.

Hasil ujian MRI, doktor mengesahkan lemak yg terkumpul di dlm saraf otak, menyabkan mata & anggota tubuhnya tak dapat menghantar isyarat ke otaknya lagi. 


Semoga ada yg sudi berkongsi rezeki dgn anak si tukang rumah ini demi menyiapkan sebuah bilik khas untuknya yg selalu menangis mendengar adik & abang bermain. 

Sumbangan boleh disalurkan kpd:

Roslan bin Adnan 152219080908 (Maybank)

Nurbaizura binti Zakaria 152023536365 (Maybank)

013-4029609 (Puan Nurbaizura)

atau pemegang amanah:

Natipah Abu 552107617521 (Maybank)

GruGru

‘Mak, kenapa Allah ambil balik mata Abang Chik?’ | sentot | 4.5