Mangsa ragut, 54, maut kejar peragut

15 February 2017 | 4:39 am

BACHOK, KELANTAN – Seorang wanita berusia 54 tahun maut selepas terbabit dlm kemalangan ketika mengejar peragut yg meragut begnya, lapor Harian Metro. 

dlm kjadian jam 8.15 pagi di Kampung Pak Elong, Tangok hari ini, Siti Rohani Wahab, maut akibat kecederaan parah di kepala selepas motosikalnya terlanggar tiang elektrik. 

Saksi, Syuhada Abd Malik, 24 berkata, ketika kjadian, dia sdg bersarapan di kedainya & melihat motosikal mangsa dr arah Kampung Telong ke Universiti Malaysia Kelantan dihimpit seorang lelaki sebelum terlanggar tiang elektrik. 

“Saya berlari ke arah mangsa yg terbaring di jalan & mendapati dia sudah menghembuskan nafas terakhir,” katanya. 

Timbalan Ketua Polis Kelantan Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, sebelum kemalangan itu berlaku, suspek telah meragut beg mangsa yg diletakkan di dlm raga motosikal. 

“Mangsa mengejar suspek sejauh 800 meter sebelum terlanggar tiang elektrik & terjatuh,” katanya. 

Jenazah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat & kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 



GruGru

Mangsa ragut, 54, maut kejar peragut | sentot | 4.5