Muat naik gambar ‘selfie’ di Facebook, suami bakar isteri dgn petrol

4 March 2017 | 12:18 pm

THAILAND – Seorang suami cemburu dgn isterinya memuat naik gambar selfie di Facebook bertindak mencurahkan petrol pd isterinya sebelum membakarnya, lapor Mirror. 

Mangsa, Chatchawarn Tarrin, 28, berkahwin dgn Nednapha Nuankhul, 26, sejak Januari tahun lalu. Namun lelaki itu mula berubah selepas beberapa bulan berkahwin. 

Nednapha sebelum kjadian memuat naik tiga gambar selfienya di Facebook pd Disember tahun lalu, menyebabkan suaminya cemburu. 

Mangsa yg mempunyai seorang anak cuba melarikan diri tetapi Chatchawarn mencurah petrol & menyalakan api pd mangsa di kediaman mereka di Amphoe Chiang Kham, utara Thailand. 

Neddnapha melecur teruk di seluruh badan termasuk wajahnya sehingga terpaksa menjalani tiga pembedahan & beberapa lagi pembedahan susulan pd tahun ini. 

Walaupun diperlakukan seperti itu, Nednapha berkata, dia memaafkan tindakan suaminya itu yg kini sdg menunggu untuk dijatuhkan hukuman di mahkamah. 

“Apa yg berlaku sememangnya menakutkan saya tetapi saya perlu memaafkan suami demi anak lelaki kami. 

“Apabila api membakar tubuh saya, saya rasa seperti dibakar api neraka. Ini kesakitan yg paling teruk yg tak dapat dibayangkan oleh sesiapa. 

“Saya terpaksa menerima keadaan saya begini untuk selama-lamanya & saya tahu ‘neraka’ itu wujud. 

“Kita boleh lari dr segala-galanya teteapi kita tak dapat lari dr karma. Tiada siapa yg menjangka kjadian seperti ini boleh berlaku & kita tak dapat nak mengelakkannya berlaku. 

“Sudah tentu suami saya akan rasa berdosa & dia akan mendapat karmanya jg satu hari nanti. Sekarang suami saya tak boleh lari dr segalanya & telah dipenjarakan. Namun dia ada anak yg memerlukan kasih sayang seorang bapa,” katanya. 

Rakan mangsa, Sudarat Khunarup, memuat naik gambar kecederaan Nednapha untuk meminta sumbangan orang ramai bagi membantunya menanggung kos rawatan agar mangsa pulih sepenuhnya. 

“Suami dia curah petrol & bakar dia. Tetapi dia msh hidup, dlm keadaan yg amat menderita & memerlukan bantuan orang ramai. 

“Dia telah dibedah di bahagian leher, mulut & dagunya beberapa kali. Jari jemarinya jg parah & memerlukan lebih banyak pembedahan yg dilakukan pd tangan kanannya yg kini mengalami masalah ligamen. 

“Dia tak dapat bekerja & suaminya tak dapat menyara dia & anaknya kerana berada di penjara,” katanya. – The Reporter

GruGru

Muat naik gambar ‘selfie’ di Facebook, suami bakar isteri dgn petrol | sentot | 4.5