Murid dakwa ditampar guru sehingga hidung berdarah

23 February 2017 | 9:16 am

MIRI – Gara-gara si ibu mengadu kpd pihak sekolah yg anaknya kerap dipukul di bahagian kepala, seorang murid sekolah mendakwa ditampar gurunya sehingga hidungnya berdarah. 

Bapa mangsa, Abang Joe Gil, dlm kjadian yg berlaku pd tengah hari semalam, anaknya ditampar sehingga mengalami pendarahan hidung. 

Menurut bapanya, anaknya sebelum ini selalu mengadu dia enggan menyertai aktiviti kawad kaki di sekolahnya kerana ada seorang guru lelaki yg kerap memukul kepalanya sekiranya dia melakukan kesilapan ketika menjalani latihan kawad. Disebabkan itu jg, dia enggan datang ke sekolah kerana bimbang perkara itu akan berlaku lagi. 

Isterinya pernah mengadu pd pihak sekolah mengenai perkara itu & meminta pihak sekolah menegur tindakan guru berkenaan agar tak memukul kepala anak mereka. Namun pasangan itu tak menghalang jika guru mahu memukul tangan, kaki atau punggung anak mereka sekiranya dia melakukan kesalahan. 

Difahamkan, guru yg menerima aduan dr ibu murid itu kemudian memaklumkan kpd guru terbabit & menegur tindakannya itu serta dinasihatkan agar tak berbuat demikian di masa akan datang. 

“Keesokan harinya 22 Februari 2017, anak saya tak menyiapkan kerja sekolah yg diberi lalu dihukum berjemur di tengah panas selama satu jam oleh guru yg sama. Selepas satu jam, dia membawa anak saya pergi ke kelas & dlm perjalanan, anak saya telah ditampar sehingga terjatuh terlentang di tepi parit sebelum di bawa berjumpa dgn guru yg menerima aduan dr ibu murid berkenaan tempoh hari. 

“Apabila guru itu bertanya mengapa hidung berdarah, anak saya cuma mendiamkan diri. Guru lelak itu menyatakan bahawa anak saya gagal siapkan kerja sekolah & telah melawan kata-katanya,” katanya. 

Justeru, rakan-rakan mayanya menyarankan beliau membuat laporan polis berhubung kjadian yg menimpa anak lelakinya itu. 

Sehingga kini, tiada sebarang maklumbalas mengenai perkembangan terkini dr bapa mangsa. – The Reporter



GruGru

Murid dakwa ditampar guru sehingga hidung berdarah | sentot | 4.5