Panduan & Cara Solat Sunat Taubat – Info

23 September 2016 | 2:04 am

Berikut adalh panduan & cara melakukan solat sunat taubat. Solat sunat taubat ini dilakukan apabila seseorang itu melakukan dosa atau merasa bersalah lalu ingin bertaubat kpd Allah SWT & tak melakukannya kembali.

Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pd bila-bila masa yg dikehendaki, tetapi lebih afdal pd waktu tengah malam dmn suasananya lebih sunyi & tenang..

Solat sunat taubat ini dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana dlm Hadis;
“Tiadalah (mendapat apa-apa) bagi sesiapa yg berbuat kesalahan dosa lalu dia bangun, kemudian berwudhuk & seterusnya bersembahyang, selepas itu pula dia minta ampun kpd Allah, melainkan diampunkan (dosanya), kemudian membaca pula ayat ini ( dr Surah Al-Imran): & jg orang yg apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiayai diri sendiri, mereka ingat kpd Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka & tiada yg mengampunkan dosa melainkan Allah, & mereka jg tak meneruskan perbuatan keji mereka itu, sedangkan mereka mengetahui.(135) Mereka itu balasannya ialah keampunan dr Tuhan mereka, & Syurga yg mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya;…(136) – 
(Hadis Riwayat Bukhari)

Panduan & Cara Solat Sunat Taubat

Cara Solat Sunat Taubat

Cara untuk melakukan solat sunat taubat ini sama seperti solat yg lain tetapi dgn hanya sedikit perbezaan. Anda mestilah berwuduk terlebih dahulu sebelum bersolat & mematuhi syarat sah & rukun solat.

1. Lafaz Niat

  • “Sahaja aku solat taubat dua rakaat kerana Allah Taala”

2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

  • Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
  • Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas

3. Semasa  sujud terakhir pd rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:


“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.” 
Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yg aniaya (zalim).

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali :

  • “As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.” 
  • Maksudnya: Daku mohon ampun kpd Allah yg Maha Agung, yg tiada Tuhan melainkan Dia yg Maha Hidup Lagi Maha Mengurus & daku bertaubat kpd-Nya.

5. Bacalah penghulu istighfar seperti berikut :

  • اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِى فَاغْفِرْلِى فَـإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ.
  • Maksudnya: “Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yg berhak disembah kecuali Engkau, Engkau telah menciptaku & aku hamba-Mu, & aku (terikat) dgn janji-Mu semampu yg aku boleh (laksanakan), aku memohon perlindungan kpd-Mu dr kejahatan yg aku lakukan, aku mengakui bahawa semua nikmat yg Engkau berikan kepadaku adalh milikMu, & aku mengakui terhadap dosa dosaku, oleh itu ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yg dapat memberi ampunan kecuali hanya Engkau”.

6. Doa Solat Taubat – Doalah mengikut cara anda & pohonlah keampunan.

  • Panduan Doa ringkas – “Aku mohon keampunan Allah yg Maha Agung. Tiada tuhan melainkan Dia yg maha Hidup lagi Maha Kekal & (kepadaNyalah) Aku bertaubat. Taubat (dr) seorang hambaMu yg zalim, yg tak mempunyai daya upaya, (sama ada) mahu berbuat mudharat atau manfaat atau (sama ada) ketika menghadapi maut atau menjalani kehidupan apatah lagi ketika dibangkitkan semula.”

Video Solat Taubat

Anda jg boleh belajar panduan & cara Solat Taubat melalui video berikut:

Semoga anda beroleh keampunan & solat taubat anda diterima Allah SWT… InsyaAllah

GruGru

Panduan & Cara Solat Sunat Taubat – Info | sentot | 4.5