Panduan Permohonan Ebrim 2017

PANDUAN PENGGUNA e-BR1M 2017 / LHDNM

1.PERMOHONAN BARU
1. PERMOHONAN BARU SECARA DALAM TALIAN
1. Pilih menu PERMOHONAN BARU.
2. Sila masukkan No. MyKad.
3. Klik butang HANTAR.
** Borang permohonan akan dipaparkan jika data belum wujud.
** Jika no MyKad tidak wujud pada data JPN, kotak mesej berikut akan dipaparkan.
**Jika data telah wujud, kotak mesej berikut akan dipaparkan. Pemohon perlu mengambil tindakan
lanjut di menu KEMAS KINI.
xxxxxxxx.
xxxxxxxxxx
PANDUAN PENGGUNA e-BR1M 2017 / LHDNM

2. BAHAGIAN A – MAKLUMAT PEMOHON
Sila isi maklumat pemohon di ruangan BAHAGIAN A:
Nama – Nama pemohon akan dipaparkan secara automatik jika
maklumat wujud di JPN berdasarkan maklumat MyKad yang
dimasukkan.
No. MyKad – No. MyKad akan dipaparkan berdasarkan maklumat MyKad
yang dimasukkan.
Tarikh Lahir – Tarikh Lahir pemohon akan dipaparkan secara automatik
jika maklumat wujud di JPN berdasarkan maklumat MyKad
yang dimasukkan.
Umur – Umur pemohon akan dipaparkan secara automatik
berdasarkan maklumat Tarikh Lahir di JPN
Jantina – Jantina pemohon akan dipaparkan secara automatik jika
maklumat wujud di JPN berdasarkan maklumat MyKad yang
dimasukkan.
Status
Perkahwinan
– Sila pilih Status Perkahwinan. (cth : Kahwin atau Ibu / Bapa
Tunggal / Balu / Janda / Duda atau Bujang)
Tarikh
Perceraian /
Kematian
Pasangan
– Jika status perkahwinan adalah Ibu / Bapa Tunggal / Balu /
Janda / Duda, sila masukkan Tarikh Perceraian / Kematian
Pasangan. Tarikh Perceraian / Kematian Pasangan
mestilah tidak melebihi tarikh semasa memohon.
No.Telefon
Rumah
– Sila masukkan No. Telefon Rumah. (cth : 03-12345678)
No.Telefon
Bimbit
– Sila masukkan No. Telefon Bimbit. (cth : 013-1234567)
Pekerjaan – Sila Pilih Pekerjaan. (cth : Bekerja sendiri atau Penggajian
(Makan Gaji / Upah) atau Tidak bekerja)
PANDUAN PENGGUNA e-BR1M 2017 / LHDNM
3
Nama Bank – Sila pilih Nama Bank. (cth : CIMB BANK BERHAD)
No. Akaun
Bank
– Sila masukkan No. Akaun Bank.
Alamat e-Mel – Sila masukkan Alamat e-Mel.
Alamat Surat –
Menyurat
Terkini
– Sila masukkan Alamat Surat – Menyurat Terkini, Poskod,
Bandar / Daerah dan Negeri. Maklumat Bandar / Daerah
dan Negeri akan dipaparkan secara automatik jika
maklumat Poskod yang dimasukkan adalah sah. Sekiranya maklumat
Poskod yang dimasukkan adalah tidak sah, mesej peringatan akan
dipaparkan.
***Medan yang bertanda (*) merupakan ruangan yang WAJIB diisi
PANDUAN PENGGUNA e-BR1M 2017 / LHDNM
4. BAHAGIAN C – MAKLUMAT WARIS

3. BAHAGIAN B – MAKLUMAT SENDIRI / AHLI ISI RUMAH
1. Pada ruangan SENDIRI, sila isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM). Jika tiada
Pendapatan Kasar Bulanan (RM), sila isi “0”.
2. Jika status Perkahwinan adalah kahwin, maklumat pasangan WAJIB diisi.
3. Pilih Jenis Pengenalan dan masukkan No Pengenalan pasangan.
4. Nama pasangan akan terpapar secara automatik jika data wujud di JPN.
5. Isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM) pasangan. Jika tiada pendapatan, sila
isi “0”.
6. Jika mempunyai Tanggungan, sila klik simbol terlebih dahulu sebelum maklumat
tanggungan diisi.
7. Pilih Jenis Pengenalan dan masukkan no pengenalan tanggungan.
8. Nama tanggungan akan terpapar secara automatik jika data wujud di JPN.
9. Isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM) tanggungan. Jika tiada pendapatan,
sila isi “0”.
10. Klik pada simbol jika ingin menghapuskan maklumat tanggungan yang telah
diisi.
11. Kotak mesej bagi pengesahan hapus maklumat tanggungan akan dipaparkan.
12. Klik ‘OK’ jika pasti untuk hapus maklumat tanggungan dan MAKLUMAT SENDIRI /
ISI AHLI RUMAH akan dipaparkan semula.
13. Jika klik pada ‘Cancel’, maklumat tanggungan akan dipaparkan semula dan proses
hapus maklumat tanggungan batal.
14. Jika maklumat pasangan / tanggungan tidak wujud di JPN / Agensi, kotak mesej
berikut akan dipaparkan dan nama perlu diisi secara manual.
PANDUAN PENGGUNA e-BR1M 2017 / LHDNM

5. AKUAN PENGESAHAN
1. Sila masukkan kod seperti yang dipaparkan pada ruangan Kod Pengesahan di
sebelah kiri.
2. Klik butang HANTAR.
4. BAHAGIAN C – MAKLUMAT WARIS
1. Klik Pilihan Waris sama ada ADA waris atau TIADA waris.
2. Jika ADA waris diklik, ruangan di Bahagian C – Maklumat Waris akan dibuka dan
wajib diisi.
3. Maklumat waris akan dipaparkan secara automatik jika wujud maklumat pasangan /
tanggungan di Bahagian B – Maklumat Sendiri / Ahli Isi Rumah.
4. Pemohon dibenarkan untuk mengemas kini maklumat waris jika ingin menggantikan
dengan waris yang lain.
5. Jika tiada maklumat di ruangan ini, pemohon perlu mengisi secara manual. Nama
waris akan dipaparkan secara automatik jika data wujud di JPN.
6. Sila pilih Hubungan (contoh : Pasangan, Ibu, Bapa , Anak atau Adik-Beradik).
7. Sila pilih Jenis Pengenalan dan lengkapkan maklumat waris.
8. Jika TIADA waris diklik, ruangan di Bahagian C tidak perlu diisi.
PANDUAN PENGGUNA e-BR1M 2017 / LHDNM
6
7. CETAK PERMOHONAN
1. Klik butang CETAK untuk cetak permohonan
2. Klik butang LAMAN UTAMA untuk kembali pada laman utama.
3. Jika tidak mempunyai perisian Adobe Reader untuk mencetak permohonan, sila klik
ikon .
6. PAPARAN AKUAN PENGESAHAN
1. Paparan seperti di atas dipaparkan.
2. Sila tandakan ruangan “Saya bersetuju dengan terma dan syarat di atas” jika
bersetuju dan klik butang SETUJU & HANTAR.
3. Paparan “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
4. Klik butang TIDAK untuk kembali pada skrin permohonan sekiranya terdapat
pindaan.

sumber : https://ebr1m.hasil.gov.my/manualPengguna/PermohonanBaru2017.pdf

Panduan Permohonan Ebrim 2017 | sentot | 4.5