Panduan Semakan Status Permohonan BR1M 2017 – Info

11 November 2016 | 2:28 am

Berikut adalh panduan semakan status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 secara atas talian (online) bagi pemohon baru & penerima sedia untuk mengetahui status terkini & keputusan BRIM 2017.

Walau bagaimanapun, semakan mungkin akan mengambil sedikit masa lantaran prosedur semakan oleh agensi yg terlibat terhadap maklumat pemohon seperti yg telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Semakan Status Permohonan BR1M 6.0 2017
Semakan Status Permohonan BR1M 6.0 2017

Cara Semakan

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M 6.0 2017
Langkah-langkah seperti di bawah boleh diikuti untuk membuat semakan keputusan permohonan.

  • Buka laman sesawang semakan status permohonan disini : e-BR1M
  • Taip nombor MyKad anda di ruangan yg disediakan.
  • Klik pd butang [Semakan Status] Permohonan.

Note: Anda akan diminta untuk menjawab soalan keselamatan sebelum berjaya mengakses sepenuhnya ke sistem semakan.

SOALAN KESELAMATAN
Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dgn betul sebelum dibenarkan membuat semakan status.

Soalan keselamatan & jawapan soalan keselamatan adalh berdasarkan maklumat yg telah diisi oleh pemohon

Jika anda tersilap jawab, anda diberikan percubaan sebanyak 3 jenis soalan untuk menjawab soalan keselamatan. Jika jawapan yg diberikan msh salah, peringatan akan dipaparkan.

STATUS SEMAKAN
Jika anda berjaya melepasi peringkat soalan keselamatan, anda akan dapat melihat status permohonan & anda jg boleh mencetak lampiran tersebut.

Bantuan Semakan 

Sekiranya anda menghadapi masalah sewaktu membuat semakan atas talian, anda boleh merujuk cawangan Lembaga Hasil dlm Negeri (LHDNM) yg berdekatan. Pastikan bawa bersama salinan kad pengenalan pemohon, pasangan & tanggungan.

TALIAN BANTUAN :
Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian ini

  • 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan)
BR1M 6.0 2017

SOALAN-SOALAN LAZIM MASALAH BR1M & JAWAPANNYA :

1. Selepas menyemak, saya dapati status permohonan saya ialah [Diterima]

  • Ini menunjukkan permohonan anda telah berjaya & akan melalui peringkat seterusnya

2. Status Permohonan Saya ialah [dlm Proses]

  • Permohonan anda msh lagi dlm proses semakan & pengesahan kelayakan
  • Sila semak status anda dr semasa ke semasa

3. Status Permohonan Saya [Lulus]

  • Ini menunjukkan permohonan anda telah diluluskan atau berjaya

4. Status Permohonan Saya ialah [tak Lulus]

  • Ini menunjukkan permohonan anda tak diluluskan atau tak berjaya

5. Saya ingin membuat semakan tetapi data menunjukkan no Mykad tak wujud walaupun sebelum ini saya telah melengkapkan & menghantar permohonan

  • Jika anda mengalami situasi sebegini, anda perlu berhubung terus dgn cawangan Lembaga Hasil dlm Negeri (LHDNM) berdekatan & nyatakan masalah anda

6. Permohonan saya berjaya diluluskan. Bilakah saya akan mendapat BR1M?

  • Bagi kategori individu belum berkahwin, anda akan dibayar sekaligus (tarikh akan diumumkan kelak)
  • Bagi kategori isi rumah (sudah berkahwin), anda akan dibayar tiga kali setahun. (tarikh akan diumumkan kelak)

7. Mengapa saya belum lagi menerima BR1M sedangkan rakan-rakan & saudara-mara sudah?

  • Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat, sila nantikan giliran pembayaran untuk anda

8. Bagaimanakah cara pembayaran?

  • Duit BR1M akan disalurkan terus ke akaun bank anda jika anda memberikan maklumat no akaun semasa membuat permohonan atau kemaskini
  • Sebahagian kecilnya akan menerima BR1M dlm bentuk baucer

9. Apakah punca permohonan tak diluluskan atau tak berjaya?
10. Bolehkah saya membuat rayuan selepas permohonan saya disahkan tak berjaya?

  • Anda perlu menunggu pengumuman lanjut daripada kerajaan yg akan dihebahkan oleh media rasmi (media arus perdana)

11. Adakah surat pemberitahuan status permohonan akan dihantar ke alamat pemohon atau penerima?

  • Ya, surat pemberitahuan status & maklumat lengkap BR1M akan dihantar ke alamat yg telah anda berikan

12. Saya memerlukan keterangan lebih lanjut kerana info-info yg dinyatakan tiada kaitan langsung dgn masalah BR1M saya

  • Anda boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun terus ke cawangan Lembaga Hasil dlm Negeri (LHDNM) berhampiran

kredit: http://br1m.org/semakan-status-br1m-2016/

GruGru

Panduan Semakan Status Permohonan BR1M 2017 – Info | sentot | 4.5