Pelajar rambut ‘blonde’ nafi pijak kepala mangsa sampai ‘bocor’

27 February 2017 | 7:33 am

PETALING JAYA – Susulan kes pelajar tingkatan 1 di SMK Bandar Sri Damansara 2 cedera dibuli dlm kjadian 23 Februari lalu, salah seorang pelajar yg terlibat tampil membuat laporan polis. 

dlm laporan polis yg dibuat di Balai Polis Bandar Sri Damansara pd 24 Februari yg tersebar di media sosial, remaja itu menyedari gambar dia & ibunya disebarkan di media sosial didakwa sbg suspek utama mencederakan mangsa, Puteri Aleesya Maisarah Mohd Shukri, 13, sehingga dikecam teruk oleh netizen. 

Bagaimanapun, remaja itu menafikan dakwaan itu, sebaliknya rakannya yg berbuat demikian. 

“Saya dapati beberapa kecaman yg dibuat terhadap diri saya & jg ibu saya, sedangkan yg memijak pelajar perempuan (mangsa) adalh bukan saya tetapi rakan saya yg bernama Nurul Huda,” tulisnya dlm laporan polis tersebut. 

Malah, remaja itu mendakwa rakannya telah membuat pengakuan di hadapan guru sekolah berkenaan. 

Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Shukri Sulaiman, 42, menyatakan anaknya sudah pulih namun msh menerima rawatan susulan. 

Difahamkan, bapa mangsa akan tetap mengambil tindakan undang-undang terhadap enam pelajar yg terlibat mencederakan anak perempuan itu. 

Menceritakan semula kjadian itu, Puteri Aleesya Maisarah berkata dia mengenali pelajar tingkatan 3 yg terlibat, namun tak berkawan dgn mereka. 

“Saya keluar kelas selepas waktu sekolah tamat untuk sertai aktiviti mengecat sekolah sebelum dua pelajar perempuan tingkatan 3 itu menarik saya masuk ke dlm sebuah kelas tingkatan dua. Mereka kemudian menarik tudung saya & membelasah saya sehingga pengsan. 

“Saya tak tahu apa motif saya dibelasah kerana saya tak berdendam dgn sesiapa di sekolah,” katanya. 

Semakan di laman Facebook mendapati akaun Facebook pelajar perempuan berambut perang itu telah dipadamkan. Kenyataan terdahulu yg dimuat naik oleh ibunya yg mendakwa anaknya tak bersalah, jg telah dipadamkan. 

Semalam, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan mana-mana pelajar yg didapati terbabit dgn kegiatan buli akan digantung sekolah selama enam bulan berkuatkuasa serta-merta. – The Reporter

Artikel berkaitan:

GruGru

Pelajar rambut ‘blonde’ nafi pijak kepala mangsa sampai ‘bocor’ | sentot | 4.5