Pelanggan potong kepala pemilik restoran, dakwa terlebih caj harga mee RM0.65 sen

20 February 2017 | 3:16 pm

HUBEI, CHINA – tak berpuas hati dgn caj harga makanan yg dikenakan lebih 65 sen, seorang pelanggan tergamak memotong kepala pemilik restoran dlm pergaduhan Sabtu lalu, lapor South China Morning Post. 

Lelaki berusia 22 tahun dr wilayah Sichuan itu ditahan serta merta di tempat kjadian. 



Difahamkan suspek telah memesan tiga mangkuk mee, namun tak lama kemudian suspek mendapati caj harga yg dikenakan melebihi 1 Yuan & mula bertelagah dgn pemilik restoran.

Mangsa jg dilaporkan berkata, “Jangan makan mee itu kalau km tak mampu membayarnya.”. 

Berang dgn kata-kata itu, suspek mula menyerang mangsa & memotong kepalanya menggunakan pisau dapur serta membuangnya di tong sampah berhampiran. 

Video kjadian yg mengerikan itu menunjukkan mangsa menjerit kesakitan sebelum maut di tangan suspek. 

Suspek ditahan & dibawa ke balai untuk siasatan. Darah mangsa di tempat kjadian msh kelihatan ketika suspek ditahan. 

Seorang rakan kpd mangsa berkata, pemilik restoran yg berusia 42 tahun itu telah tinggal dgn anak lelakinya berusia 13 tahun sejak bercerai lima tahun yg lalu. Mangsa seorang lelaki yg jujur & tak pernah menipu pelanggannya. 

Netizen tak menolak kemungkinan bahawa suspek mengalami masalah mental namun pihak berkuasa menafikan dakwaan itu. – The Reporter



GruGru

Pelanggan potong kepala pemilik restoran, dakwa terlebih caj harga mee RM0.65 sen | sentot | 4.5