Pembantu Guru N17 Bantu Kurang Beban Tugas Guru yg Seramai 500,000? Setuju atau tak?

30 October 2015 | 3:19 am

Pembantu Guru N17 Bantu Kurang Beban Tugas Guru yg Seramai 500,000? Setuju atau tak?

Selepas lama menunggu tanpa sebarang tindakan & respon daripada pihak Kementerian Pendidikan malaysia KPM walupun tuntutan telah lama dihantar, akhirnya Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) tampil kpd media memberikan kenyataan mengenai isu tuntutan ini.

pembantu guru

Beban tugas guru semakin meningkat dr hari ke sehari.

Ditambah pula beban tugas guru d luar jg semakin membeban.

Itu sebablah NUTP tampil supaya pihak Kementerian Pendidikan malaysia supaya menyedia pembantu guru N17 supaya kalangan guru dlm memberikan lebih fokus kpd proses PnP di dlm kelas.

NUTP ada bandingkan beban tugas guru di Malaysia dgn beban tugas guru di Korea Selatan. yg mana keadaan sekolah di Korea Selatan :

Pembantu Guru N17 : Korea Selatan VS Malaysia?

  • pembantu guru di Korea Selatan banyak membantu menyelesaikan tugas yg bukan hakiki bagi seorang guru
  • Guru di Korea Selatan lebih banyak masa & tumpuan mereka untuk fokus mengajar & mendidikan pelajar di sana tanpa sebarang gangguan yg tak sepatutnya
  • makmal sains sahaja ditempatkan dua pembantu guru
  • Tetapi di Malaysia tiada pembantu.

Sekarang ini rungutan demi rungutan diterima daripada kalangan guru. Sehingga ke hari ini kalangan guru di Malaysia sudah pun berjumlah 500,000 ramainya. Malangnya beban tugas guru semakin bertambah setiap hari dgn tugas yg bukan hakiki bagi mereka.

Adakah anda bersetuju pembantu guru N17 ditempatkan di sekolah? Mengapa?

grugru
sumber : mysumber.com

Pembantu Guru N17 Bantu Kurang Beban Tugas Guru yg Seramai 500,000? Setuju atau tak? | sentot | 4.5