Pendidikan Percuma di Malaysia. Adakah Anda Bersetuju? Ada Cadangan?

2 November 2011 | 2:06 am

Pendidikan Percuma di Malaysia. Adakah Anda Bersetuju? Ada Cadangan?

Pakatan Rakyat kata kalau mereka ke Putrajaya, mereka akan ada cadangan untuk buat dasar pendidikan percuma di Malaysia daripada tadika hingga ke universiti. Itu kata mereka.

pendidikan percuma

Kerajaan jg ada buat sesuatu untuk ringankan beban kewangan untuk persekolahan anak-anak dgn permansuhan yuran pendidikan.  

tak kira samada siapapun memerintah ataupun pembuat dasar, baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat sekalipun, isunya sekarang adakah munasabah pendidikan percuma di Malaysia dilaksanakan daripada peringkat tadika hingga ke universiti?

Kalau ikut cadangan Pakatan Rakyat, maksudnya di sini mana-mana keluarga yg miskin yg tak berkemampuan mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah. tak kira anda kaya atau miskin. Semuanya dapat. Sekarang pun kalau ada anak yg 4, 5 orang yg bersekolah baik sekolah sekolah menengah ataupun rendah, ibubapa yg tinggal di bandar di gaji “cukup-cukup” makan sahaja, sukar jg untuk buat persediaan anak-anak mereka ke sekolah. Begitu jg yg tinggal di luar bandar, kita biasa dengar ada anak yg sulung terpaksa berhenti belajar, sebabnya “KEMISKINAN”.

Di sekolah pun sekarang, macam-macam yuran sekolah ada.

& seperti yg kami katakan tadi, Pakatan Rakyat menyediakan pendidikan percuma di Malaysia bukan sahaja di peringkat tadika hingga persekolahan sahaja malahan dikatakan sehingga ke peringkat universiti.

Pendidikan Percuma di Malaysia. Cadangan Berita Semasa?

Mengenai cadangan untuk diberikan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti, kami agak kurang bersetuju.

adalh lebih baik bagi kami pendidikan percuma di Malaysia hanya patut diberikan daripada peringkat tadika sehinggalah ke peringkat sekolah menengah sahaja. Bagi kami, apabila sudah sampai ke peringkat universiti pun msh diberikan percuma agak kurang sesuai disebabkan universiti memerlukan kos perbelanjaan yg tinggi & daripada duit yuran itulah sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk pembiayaan penyelidikan & pembelian peralatan, penyediaan lebih banyak jurnal & macam-macam lagi yg akan berbalik kpd perkembangan universiti itu sendiri. Kecuali ada cadangan untuk mengurangkan kos pengajian, ha…yg ini kami setuju. Tetapi tak diberikan percuma bulat-bulat begitu sahaja.

& kenapa kami bersetuju sgt kalau pendidikan yg asas sahaja yg diberikan percuma? Antara sebab utamanya ialah :

  • Sebab kami rasa sebahagian besar ibubapa banyak habiskan perbelanjaan untuk pendidikan  pendidikan asas anak-anak. Sehinggakan mereka “tak dapat nak menabung & menyimpan”  untuk perbelanjaan anak-anak mereka untuk pendidikan yg lebih tinggi lagi. Sedangkan peringkat tinggi inilah yg paling penting sekali selain kos perbelanjaan agak tinggi jg.
  • Banyak yg datang dr keluarga kurang berkemampuan & miskin, jangankan nak pergi ke peringkat yg tinggi, mereka nak hantar untuk pendidikan asas anak-anak pun belum tentu mampu. Sedangkan ada dikalangan anak-anak mereka kalau diberikan peluang untuk belajar mampu “bergerak dgn lebih jauh lagi”
  • Kita akan kurang dengar orang kampung jual tanah, jual lembu semata-mata nak hantar anak mereka belajar di peringkat universiti
  • yg penting sekali, semua dapat peluang belajar tak kira anda miskin ataupun kaya asalkan anda bergelar rakyat Malaysia
  • Akhirnya semua rakyat Malaysia sekurang-kurangnya ada pendidikan asas

& kami fikir daripada memikirkan nak buat beberapa projek juta sana, juta sini, projek billion sana billion sini, ada baiknya kerajaan sekarang memberikan perhatian bagaimana nak sediakan pendidikan percuma di Malaysia  untuk  peringkat asas. & kami fikir, ia sgt baik untuk dilaksanakan. Tak rugi, malahan akan menguntung negara bagi jangka masa panjang.

Tetapi kami yakin, pasti akan ada persoalan, kalau dah bagi pendidikan percuma di Malaysia kpd semua akan ada “kemungkinan” kemudaratannya. Mungkin :

  • Ramai anak-anak kita yg kurang menghargai & sambil lewa sahaja belajar kalau dah diberikan percuma

Bagi kami kalau mereka tak rebut peluang ini, mereka rugi. Itu sahaja. Walaubagaimanapun, selepas sekolah Menengah apa yg haluan yg menjadi pilihan, terpulang kpd mereka samada nak sambung ke peringkat Diploma, Matrikulasi, STPM, Politeknik, Sijil ataupun mahu bekerja sendiri, terpulang.

Sebab bagi kami setiap manusia ada kemahiran & kebolehan yg tersendiri. Ada orang yg baik teorinya, belum tentu praktikalnya bagus. Begitulah sebaliknya.

Apabila dgn ada pendidikan percuma di Malaysia untuk peringkat asas, sekurang-kurangnya ibu bapa sudah diberi peluang untuk kumpul duit sepanjang 11 hingga ke 12 tahun lamanya (daripada sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah Menengah) & dapat mendidik ibu bapa agar lebih bijak merancang hidup anak-anak.

Bagi kami, Malaysia boleh beri pendidikan percuma  kalau mahu. Kerajaan tak akan bankrap kalau beri pendidikan percuma di Malaysia untuk peringkat asas kpd rakyat. Malah seperti kami katakan, ia akan menjadi pelaburan yg sgt-sgt menguntungkan kpd negara bagi jangka masa panjang

P/S : Apa pandangan anda pula dgn pelaksanaan pendidikan percuma di Malaysia? Ada cadangan lain?

PP/S : Video di bawah ini menunjukkan lambakan pelajar di Amerika Syarikat yg pergi Jerman semata-mata untuk mendapatkan pendidikan percuma di sana.

grugru

Pendidikan Percuma di Malaysia. Adakah Anda Bersetuju? Ada Cadangan? | sentot | 4.5