Penduduk bertempiaran lari ketakutan, ‘Dementor’ muncul di ruang udara Zambia

6 March 2017 | 12:58 am

KITWE, ZAMBIA – Penampakan satu bentuk yg menyerupai manusia di langit menggemparkan penduduknya sehingga ada yg bertempiaran lari kerana ketakutan, lapor Daily Mail. 

Bentuk yg menyerupai Dementor, watak dlm filem Harry Potter itu dilihat di ruang udara Mukuba Mall, Kitwe. 

Gambar yg viral di media sosial itu menunjukkan bentuknya yg lengkap dgn kepala seperti manusia terapung di langit & dianggarkan berukuran lebih dr 100 meter panjang. 

Bentuk hitam itu yg dipercayai terbentuk hasil cantuman beberapa bahan di udara terawang-awang di ruang udara pusat beli-belah itu lebih setengah jam. 

Ada segelintir penduduk yg menyaksikan kjadian itu menganggap kehadiran bentuk itu adalh sbg peringatan daripada Tuhan. 

Dementor – Harry Potter

Seorang saksi berkata, “Kami terkejut melihat bentuk itu yg kelihatan seperti manusia di ruang udara selama hampir 30 minit. 

“Ada yg mula berdoa, tetapi ramai yg melarikan diri. Ianya sungguh pelik,” katanya.

Bagaimanapun, bentuk berkenaan adalh layang-layang & dipercayai gambar tersebut telah disunting oleh pihak yg tak bertanggungjawab. – The Reporter



GruGru

Penduduk bertempiaran lari ketakutan, ‘Dementor’ muncul di ruang udara Zambia | sentot | 4.5