Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017 – Info

2 February 2017 | 4:21 pm

Borang Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017. Berita baik buat pelajar IPT (Institusi Pengajian Tinggi). Kini anda boleh menikmati pendaftaran perniagaan secara percuma bermula 1 Januari 2017.

Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017 yg dikongsikan dr FB Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Pelajar yg berminat boleh merujuk kpd panduan pendaftaran di bawah ini.

Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017

Berkuatkuasa 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2026, pelajar di pusat pengajian dlm negara boleh menikmati pendaftaran perniagaan secara percuma. Untuk makluman, SSM memperuntukkan geran sebanyak RM10 juta bagi tempoh 10 tahun dgn RM1 juta setiap tahun kpd pelajar yg layak. Berikut adalh cara & syarat membuat pendaftaran perniagaan secara percuma melalui Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan.

Syarat Skim

  1. Pemohon adalh warganegara Malaysia berumur 18 tahun & ke atas
  2. sdg mengikuti pengajian secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran di dlm negara
  3. Permohonan yg boleh dipertimbangkan adalh bagi satu pendaftaran perniagaan baharu untuk tempoh satu tahun sahaja bagi setiap pelajar di sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini
  4. Pemohon boleh memilih untuk mendaftar perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian (rakan kongsi hendaklah terdiri dr kalangan pelajar sahaja)
  5. Pembaharuan pendaftaran perniagaan setelah tamat tempoh setahun akan dikenakan bayaran seperti biasa.

Cara Membuat Pendaftaran

Langkah & proses pendaftaran perniagaan melalui Skim ini adalh seperti berikut:-

Permohonan hanya boleh dikemukakan melalui kaunter perkhidmatan pendaftaran perniagaan SSM di Semenanjung Malaysia & Wilayah Persekutuan Labuan dgn mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut;

  1. Kad Pengenalan;
  2. Dua (2) salinan kad pelajar yg msh dlm tempoh sahlaku
  3. Salinan asal surat perakuan pelajar IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran

Grafik Pendaftaran Percuma Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan

Borang Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pusat panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel ke [email protected]

Sesuai dgn moto ‘PERNIAGAAN ADA BERMULA DI SSM’, kepd pelajar yg layak jangan lepaskan peluang ini. Selamat membuat Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017.

GruGru

Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017 – Info | sentot | 4.5