Remaja dibuli sampai patah rahang & bengkak bibir

15 February 2017 | 1:41 am

BRIDGEND, WALES – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mengalami kecederaan teruk di bahagian muka selepas diserang ketika turun dr bas sekolah dlm perjalanan pulang ke rumah. 

dlm kjadian jam 4 petang, 8 Februari lalu, mangsa diserang suspek sehingga cedera di bahagian muka.

Lapor Daily Mail, pipi kanan mangsa mengalami bengkak teruk & mulutnya berdarah dipercayai rahangnya patah sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Gambar yg dimuat naik ke laman sosial oleh ahli keluarga mangsa sejak minggu lalu menjadi viral & mencetuskan pelbagai reaksi netizen yg mengutuk tindakan si pelaku yg tergamak membuli remaja berkenaan. 

Polis telah menahan seorang lelaki berusia 17 tahun dipercayai mempunyai kaitan dgn kes tersebut. – The Reporter



GruGru

Remaja dibuli sampai patah rahang & bengkak bibir | sentot | 4.5