Remaja nyaris buta selepas warnakan bulu mata & kening

16 February 2017 | 7:14 am

VICTORIA – Seorang remaja perempuan kelihatan seperti katak hijau & nyaris buta selepas mewarnakan bulu mata & bulu keningnya. 

Tylah Durie, 16, menyedari keningnya mula terasa gatal & terbakar selepas 30 minit menggunakan produk 1,000 Hour’s Eyelash & Brow Dye Kit. 

“Bila saya bangun, mata saya terasa seperti nak meletup. Saya menangis & menjerit. Mata terasa seperti dimasukkan dgn pasir pantai yg tak dapat dikeluarkan & kening terasa sakit seperti ditoreh dgn pisau.

“Mata saya bengkak teruk, penglihatan jg terhad & saya hanya mampu menangis sahaja pd waktu itu,” katanya. 

Difahamkan, Tylah tak menyedari bahawa dia mempunyai alahan terhadap bahan kimia yg terkandung dlm produk pewarna tersebut iaitu Paraphenylenediamine (PPD), malah dia tak melakukan ujian tampalan terlebih dahulu. 

Lapor Daily Mail, mangsa mengalami kebakaran bahan kimia pd bebola mata & jika msh terus menggunakan produk yg sama, pasti akan menyebabkan mangsa meninggal dunia. . 

“Saya dimasukkan ke hospital & terkejut bila doktor mengatakan saya mempunyai alahan yg sgt luar biasa & boleh menyebabkan buta selama-lamanya. Saya melalui satu pengalaman yg tak dapat dilupakan hanya kerana mewarnakan bulu mata & bulu kening. Saya takkan guna sebarang pewarna rambut pd diri saya lagi,” katanya. 

Menurut Tylah, sebelum itu dia hanya mahu menggelapkan lagi bulu mata & bulu keningnya. Kini Tylah memberi amaran kpd yg orang ramai agar tak mengulangi kesilapannya itu. 

“Bila saya menggunakan produk itu pd bulu mata & bulu kening, saya tak mengalami sebarang masalah. Saya tunggu 10 minit, kemudian bilas.. Hasilnya, wajah saya kelihatan cantik & benar-benar memuaskan hati. 

“Tetapi disebabkan saya tak melakukan ujian tampalan (patch), 30 minit kemudian kulit di sekitar mata saya terasa gatal. 

“dlm keluarga saya, tiada seorang pun yg pernah buat ujian tampalan itu. Jadi saya fikir semuanya akan selamat. Lagipun sbeelum ini saya pernah mewarnakan rambut tetapi produk pewarna itu tak mengandungi bahan PPD. 

“Saya sgt terkejut, menangis & benar-benar tertekan. Saya takut saya hilang penglihatan saya pd usia yg muda. 

“Namun keesokan harinya, pakar Optometris memaklumkan saya bernasib baik & tak akan buta. Sekarang saya hanya perlu datang dgn kerap bagi tujuan pemantauan kesan kerosakan pd mata,” katanya. 

Sejak dr kjadian itu. Tylah bersumpah dia tak akan menggunakan sebarang bentuk produk pewarna rambut lagi & menggesa semua pengguna melakukan ujian tampalan dulu sebelum menggunakannya. – The Reporter

GruGru

Remaja nyaris buta selepas warnakan bulu mata & kening | sentot | 4.5