Remaja tarik tali pusat bayi sendiri sehingga terputus sebelum campak ke sungai

5 March 2017 | 5:52 am

SAMBAS, KALIMANTAN – Mayat seorang bayi ditemui terapung di Sungai Simpang Empat Kecamatan Tangaran  jam 10.41 pagi Ahad lalu, selepas dibuang oleh ibunya sendiri, lapor Pontianak Post. 

Menurut saksi, Dani, 39, berkata, pd awalnya dia menyangka objek yg terapung itu adalh patung mainan. Setelah diamati dgn teliti & nampak seperti mayat bayi, Dani terus sorang wanita, Maria, yg kebetulan lalu di depan rumahnya sebelum melaporkan kpd pihak polis. 

Susulan penemuan mayat bayi malang itu, polis telah menjalankan siasatan & menahan seorang pelajar berusia 16 tahun yg dikenali sbg NR, pd jam 2.30 petang, Rabu, di rumah bapa saudaranya. Teman lelakinya berusia 19 tahun jg turut ditahan untuk membantu siasatan. 

Siasatan awal polis mendapati, NR telah melahirkan bayi itu pd jam 11.30 malam Sabtu lalu di biliknya tanpa sebarang bantuan.

“Setelah dilahirkan, bayi itu sempat menangis. Si ibu kemudian cuba menanggalkan tali pusat bayinya dgn cara menariknya sehingga terputus & membuatkan bayi itu berhenti menangis. 

“Tanpa berfikir panjang, NR kemudian pergi ke sungai di depan rumahnya, lalu membuang bayinya yg msh bernyawa itu sebelum kembali ke biliknya untuk membersihkan darah di lantai. 

“Bekas kain yg digunakan untuk membersihkan darahnya kemudian dibuang ke sungai bersama seluar dlm yg berlumuran darah sebelum ditemui tersangkut pd kayu di sungai, 50 meter dr lokasi mayat bayi ditemui.

“Siasatan mendapati seluar dlm itu adalh milik remaja berkenaan,” kata sumber polis tempatan. 

NR jg mengaku bayi yg dibuangnya itu adalh hasil hubungannya bersama teman lelakinya. 

“Polis jg telah mengambil keterangan teman lelaki remaja berkenaan & dia mengaku telah melakukan hubungan seks beberapa kali dgn remaja itu.” katanya. 

Nr telah dibawa ke pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan akibat pendarahan sebelum dibenarkan pulang ke rumahnya. 

Difahamkan, polis akan mengambil tindakan undang-undang & NR bakal berdepan dgn hukuman penjara selama tujuh tahun. – The Reporter

GruGru

Remaja tarik tali pusat bayi sendiri sehingga terputus sebelum campak ke sungai | sentot | 4.5