‘Sampai hati Fuzah tipu Ustaz Hamdi…’

16 February 2017 | 4:04 am

Masyarakat kita memang pemurah & gemar membantu mereka yg berada dlm kesusahan. Viralkan saja di media sosial, pasti ada yg akan tampil menghulurkan bantuan tak kiralah dr segi makanan, barang-barang keperluan atau wang tunai. 

Namun, ada segelintir yg gemar mengambil kesempatan dr kebaikan orang. Disebabkan itulah, ramai yg serik menghulurkan bantuan kpd golongan orang susah ini kerana perbuatan segelintir manusia yg tak bertanggungjawab & menghargai bantuan yg diberikan. 

Seperti yg berlaku pd wanita ini, berhempas pulas membantu orang susah. Tetapi akhirnya tembelang orang terbabit pecah bilamana dia hanya mempergunakan wanita ini & baru-baru ini telah menipu seorang ustaz. 

Gambar hiasan sahaja | Google Images

“Kak Pah, boleh tolong dak? Ada perempuan ni, anak 9, suami lari. 5 orang duk sekolah lagi. Pi sekolah pun jalan kaki. Tak dak apa nak makan ni..” kata Ustaz Sani.

“Bila kita nak pi?” soal saya. 

“Kami ikut Kak Pah,” katanya. 

“Esoklah, dah lewat ni,” 

“Okay, esok kita pi,” 

“Eh, tapi esok cuti. Public Holiday?” 

“Tak apa, tak ada masalah. Kami boleh turun,” katanya. 

Melihat kesungguhan Ustaz Sani & pasukannya yg sanggup turun walaupun cuti, saya memutuskan untuk menziarahi pd petang itu jg. Sampai di lokasi, rumah kos rendah & wanita itu berjiran dgn jiran bukan Melayu. 

“Saya bimbang akidah di terpesong kerana katanya jiran-jiran inilah yg banyak menolong dia,” kata Ustaz Sani. 

Sebaik pintu rumah dibuka, tercegat di hadapan saya seorang wanita yg pernah saya bantu tiga tahun lalu. Wanita itu yg dulunya tinggal di dlm hutan, memasak menggunakan dapur kayu, rupanya telah berpindah ke sini. 

Dia datang bertemu dgn Ustaz Hamdi, menangis menceritakan kesempitan hidupnya. Mereka terputus bekalan makanan, suami menghilang entah ke mana, seorang anak lelakinya jg sakit & tak mampu ke hospital & lima anaknya ke sekolah berjalan kaki tanpa wang saku. 

“Saya ada kutip sumbangan dr staff saya. Kami ke Tesco beli barang dapur semalam. Teringin nak beli ayam tapi takut dia tak ada peti sejuk,” jelas Ustaz Hamdi.

Ustaz Sani tunduk memandang lantai. SAya tersenyum mendengar penjelasan Ustaz Hamdi. 

“Saya mai lagi pagi tadi, hantar duit pula. Saya tidur tak lena semalam duk fikir kat depa. Megi sebungkus share lima orang. Nasib baik saya dah hantar barang dapur semalam. 

“Pagi tadi, kakak sulung budak-budak ini buat nasi goreng kat adik-adik untuk sarapan & bekalkan ke sekolah,” 

Saya biarkan Ustaz Hamdi yg sudah berusia 50’an itu meneruskan cerita. dlm hati, rasa bersimpati & terharu yg amat-amat memlihat kesungguhan dia berusaha membantu keluarga ini. 

& wanita itu? dgn wajah bersahaja, diam terpaku di sisi saya. 

“Dia datang office saya untuk meminta bantuan dgn berjalan kaki Kak Pah. Nasib baik ada budak muda mana tak tahu tumpangkan dia. Budak itu lalu dgn motor, nampak dia jalan kaki. Budak itu tumpangkan dia laa. Baru hari ini dia start mengasuh baby orang. Nanti dapatlah duit barang dapur,” kata Ustaz Hamdi. 

Saya pandang wajah wanita itu. Saya telah membantu wanita itu bukan sedikit. Memindahkan dia dr hutan itu, mencarikan dia rumah sewa di kawasan kampung, membayar deposit sewa rumah, membeli semua barang keperluan rumah seperti peti sejuk, dapur, tong gas & lain-lain. 

dgn bantuan adik-adik sukarelawan, kami dapatkan pekerjaan untuk dia. Malah saya bantu dia mendapatkan wang sara hidup dr Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Motosikalnya yg tersadai di balai polis, saya minta adik-adik sukarelawan usahakan untuk mendapatkan semula bagi tujuan memudahkan dia ke tempat kerja. 

Tetapi hampa. Dia selalu tuang kerja walhal tugasnya sbg cleaner surau di sebuah sekolah tidaklah seberat mana. Tak sampai dua minggu, dia berhenti kerja. 

Suaminya, saya sudah berkira hendak belikan gerai burger, malah sudah ada peruntukan untuk itu. Tetapi tiba-tiba dia maklumkan hendak berhijrah ke Kuala Lumpur kononnya kerja di sana lebih lumayan. 

Saya bersungguh-sungguh ingin membantu keluarga ini membina hidup baru walaupun tahu suaminya bekas banduan di bawah Akta Dadah Berbahaya, demi simpati pd anak-anaknya yg msh kecil. 

“Fuzah, anak mana yg mana sekolah Fuzah?” 

“Mirul dah berhenti sekolah, tiga tahun. Alia dah diberi pd orang. yg dua ini belum sekolah pun. Fuzah tak ada anak yg sekolah pun,” katanya. 

Tercengang Ustaz Hamdi yg sudah empat kali berulang alik ke rumahnya untuk menghantar segala macam barang keperluan sejak mengetahui tentang kesempatiannya semalam. 

Ya betul, dia ada 9 anak tetapi 5 sudah diserahkan kpd keluarga angkat. yg tinggal dgn dia cuma 4 orang sahaja. Benar suaminya tiada tetapi akan pulang sekali sekala. 

Setelah dia berhenti kerja, ada beberapa kali dia cuba menghubungi saya, terputus bekalan makanan katanya. Mengenangkan anak-anaknya, saya tetap menghantar bekalan makanan. 

Suatu hari dia menghubungi saya memaklumkan bekalan makanan mereka terputus lagi. Kali ini saya minta bantuan adik-adik sukarelawan yg hantarkan & di situlah segalanya terbongkar. 

Mereka mula menjejak maklumat dia berdasarkan nombor telefonnya. Itu kepakaran anak-anak muda masa kini. 

“Kak Pah, kami ada benda nak beritahu tetapi kami takut Kak Pah terkejut & sedih,” kata adik-adik sukarelawan dlm WhatsApp. 

“Apa dia? Cakaplah,” balas saya. 

Berdesup-desup gambar-gambar yg saya terima di WhatsApp. Gambar-gambar seksi dia, ada yg hanya memakai baju dlm, berskirt pendek separas paha & lain-lain. Aksi seksi wanita berusia 39 tahun ini yg dipamerkan kpd khalayak ramai. 

“ABang ada arai, adik rela barai..”

Itu antara status FB dgn nama samarannya. Saya betul-betul tak faham maksud ayat itu. 

“Abang ada arai..” mungkin maksudnya abang ada hai (hal). 

“Adik rela barai..” barai itu merajuk pd suami agaknya. 

Sehinggalah saya post ayat itu di Facebook untuk bertanyakan maksudnya. Rupa-rupanya ‘Arai’ itu adalh jenama helmet motosikal berkuasa tinggi. Lalu saya pun fahamlah maksud ayat itu. 

Sejak dr itu, saya tak lagi membantu dia walaupun dia mesej saya dgn ayat kononnya mahu membunuh diri kerana tak tahan hidup susah.

& kini terbongkar lagi, bayi yg dikatakan mengasuh anak orang itu adalh cucunya sendiri. Lelaki yg kononnya menumpangkan dia dgn motosikal itu pula adalh anak bujangnya sendiri. 

Sedih sungguh melihat Ustaz Hamdi yg begitu terkejut kerana ditipu begitu sekali. Sebak dia menuturkan ayat, menasihati wanita ini agar bertaubat. 

“Solatlahhh….” 

Sayu sekali nada Ustaz Hamdi seolah-olah memujuk seorang anak kecil. Air mata lelakinya bergenang di kelopak mata sedangkan wajah wanita itu sedikit pun tiada rasa bersalah. Jauh sekali reaksi sedih di wajahnya. 

“Sampai hati Fuzah buat macam ini. Kalau Fuzah tipu Kak Pah, tak apa lagi. Tapi sampai hati Fuzah tipu Ustaz Hamdi. Dia ustaz, dia bersungguh-sungguh simpati & mahu membantu Fuzah,” kata saya padanya.

dr insiden seperti itulah membuatkan saya cukup berhati-hati mengetengahkan tentang sebarang bantuan melainkan jika perlu sahaja. Saya jg tak mudah berkongsi post atau menyumbang jika tak turun ziarah walau berjela ayat sedih dlm peti mesej. 

& malam itu, saya tak dapat tidur lena kerana membayangkan bagaimana dia melakonkan semua itu untuk menyakinkan Ustaz Hamdi. Sungguhlah benar kata bidalan, ‘Lidah memang tak bertulang’. 

GruGru

‘Sampai hati Fuzah tipu Ustaz Hamdi…’ | sentot | 4.5