‘Saya gosok mata ganas sgt & guna ubat mata dibeli di farmasi tanpa rujuk doktor, sampai jadi begini’

26 February 2017 | 5:17 am

Bismillahirahmanirohim. 

Ramai yg tanya punca macam mana boleh kena sampai jadi begitu? Sebab contact lens ke? Dah berapa lama kena? 

Biar saya jelaskan. Banyak sebab mengapa ia boleh terjadi begini & ini adalh ulser kornea, nanah & fungal. Puncanya? Kornea luka. Bila jumpa doktor yg tak sepatutnya, maka dapatlah jg ubat yg tak sepatutnya. Mata akan jadi radang, merah, luka semakin besar. Jadi datanglah parasit yg tak diundang. 

Bukan pengguna contact lens saja yg kena nasib seperti ini, orang tua-tua pun kena. Takkan orang tua-tua pun kena punca dr contact lens, kan? Sudah tentu tak. Boleh jadi luka terkena daun pandan, terguris apa pun yg menyebabkan luka & jg yg suka make up, kemudian tak cuci dgn betul atau pakai make up remover yg sepatutnya. 

Perlu diingatkan, duit banyak mana pun takkan mampu beli kesihatan. Jadi, jagalah sebaik-baiknya mata kita. Mata saya menjadi seperti ini bukan disebabkan lens. pd awalnya, bila saya bangun dr tidur, penglihatan mata saya kabur. Saya gosok-gosok mata ganas sgt sampai kornea pun tercalar. Bila letak ubat yg dibeli ‘suka-suka’ di farmasi tanpa meminta nasihat doktor, akhirnya menjadi begini. 

Selepas dah buat kornea transplant, kuman langsung tak ada tetapi kornea mata msh ada luka besar di dalamnya. Disebabkan tak menjaga dgn elok, saya dimasukan ke wad semula. Menderita kena cucuk ubat antibiotik dlm mata. Sebab? Ubat drop tak & dah nak masuk ke belakang mata. Nak lawan kuman yg kuat & semakin banyak. 

Tolonglah kpd semua sahabat, elakkan pakai lens. Jaga mata kita sebaik mungkin. Jangan gosok mata kalau gatal sgt atau suruh sesiapa tiup. Kornea mata manusia sgt sensitif. Jangan buat andaian sendiri mata okay atau tak serius. Terus rujuk pd doktor pakar mata. 

Jangan beli ubat sendiri di farmasi & akhir sekali jangan cuci mata menggunakan air. Kornea luka, jangan mandi bersuka ria. Jawapannya, kuman achantamoeba akan bertapak dlm mata. Kuman yg sgt jarang orang terkena. Tapi kalau dah kena, sgt sukar untuk dibunuh. 

Biarlah sakit ini saya saja yg rasa. Mohon kpd sahabat, keturunan saya, orang-orang yg saya kenal dijauhkan dr dugaan seperti ini. Sakitnya sgt seksa & makan masa berbulan-bulan untuk sembuh. 

GruGru

‘Saya gosok mata ganas sgt & guna ubat mata dibeli di farmasi tanpa rujuk doktor, sampai jadi begini’ | sentot | 4.5