‘Saya ingin sgt jejakkan kaki ke sekolah tetapi..’

14 February 2017 | 2:52 am

SAMARAHAN, KUCHING – Viral di media sosial surat seorang kanak-kanak perempuan yg teringin bersekolah, namun impiannya itu terhalang.

Menurut Cikgu Nora Gilbert yg menerima surat tersebut, pihak sekolah terpaksa memberhentikan murid tahun tiga, Nur Fatihah Quraini, kerana tiada Sijil Kelahiran. 

dlm surat yg ditulis oleh Fatihah itu menyatakan bahawa dia sgt merindui Cikgu Nora. 

“Dah lama saya nak tulis surat ini, akhirnya saya dapat jg mencapai impian ini. Tapi cuma saja saja belum tercapai, impian saya nak sgt sekolah. 

“Saya ingin sgt jejakkan kaki di Sekolah Kebangsaan Moyan Laut. Nak sgt rasa makanan kantin,” tulis Fatihah dlm surat tersebut.

Sebelum ini Fatihah pernah bersekolah di SK Moyan Laut dr tahun 2014 hingga September 2016. Namun diberhentikan kerana ketiadaan sijil Kelahiran. 

1 November 2016, pihak sekolah berkenaan jg telah cuba membantu dgn menggesa mana-mana pihak yg berkenaan dapat membantu & menyegerakan urusan pendaftaran Sijil Kelahiran Fatihah pd 1 November 2016. 

Menurut Ahli Parlimen Kota Samaran, Rubiah Wang, masalah murid berkenaan telah diambil perhatian sejak hujung Disember 2016. 

“Pelajar ini bersama adiknya dilahirkan di Selangor & tiada rekod kelahiran. Sepatutnya semua proses dibuat di Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Selangor. Memandangkan keluarga ini kurang berkemampuan, kita mohon agar proses ini dilaksanakan di Sarawak & Alhamdulillah ia diluluskan. 

“pd masa ini JPN Samarahan dgn kerjasama pejabat saya & Wanita parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sdg memproses permohonan namun agak lambat sebab si ibu kurang maklumat kerana tiada langsung rekod kelahiran anak-anaknya. Saya & JPN Samarahan akan membantu,” katanya. – The Reporter



GruGru

‘Saya ingin sgt jejakkan kaki ke sekolah tetapi..’ | sentot | 4.5