‘Saya nampak satu kereta itu memecut laju & pemandunya sdg bermain telefon’ – Mangsa

18 February 2017 | 8:17 am

JOHOR BAHRU: “Kami berhenti dlm 10 minit, tiba-tiba saya nampak sebuah kereta memecut laju menuju ke arah kami & terus merempuh kami,” kata seorang mangsa yg terselamat dlm kjadian rempuhan pagi tadi. 

Muhammad Zulfadli Yusri, 19, berkata beliau & beberapa lagi rakannya datang dr kawasan rumahnya di Stulang Darat, di sini sebelum bertemu kumpulan lain di lokasi kjadian. 

Katanya, semua yg berkumpul di lokasi kjadian bukan bergerak dlm kumpulan sama, sebaliknya hanya bertemu di kawasan itu sebelum rempuhan berlaku. 

“Saya datang dr Petronas (Jalan Lingkaran dlm) & nampak beberapa kumpulan basikal berhenti di sebelah kubur (lokasi kjadian), jadi saya ke sana untuk melihat apa mereka buat.

“Ketika bersama kumpulan itu, saya nampak satu kereta & pemandu perempuan itu sdg bermain telefon terus merempuh kami sdg berhenti di situ,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Wad Barat 2 Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, hari ini selepas Pengarah Pendidikan negeri, Shaharudin Sharif mengadakan lawatan melihat mangsa di wad berkenaan. 

Muhammad Zulfadli berkata, selepas rempuhan itu dia berasa seperti ‘terbang’ tercampak sebelum menyedari kaki kanannya patah pd bahagian betis. 

Seorang lagi mangsa terselamat, Muhammad Arassat Abdullah, 14, berkata dia bersama kawannya dlm perjalanan pulang selepas makan di sebuah restoran makanan 24 jam tak jauh dr lokasi kjadian. 

“Saya baru lepas makan & dlm perjalanan pulang ke Flat Desa Mutiara sebelum berhenti melihat kumpulan basikal di lokasi kjadian tetapi tiba-tiba saya dirempuh & gelap mata. 

“Sedar-sedar saya dibantu oleh beberapa orang & ambulans sudah banyak ada di lokasi kjadian…darah & ramai yg terbaring,” katanya menceritakan suasana kjadian selepas rempuhan. 

Berdasarkan maklumat sumber, dua yg parah & msh dirawat dikenal pasti sbg Muhammad Fitri Muhammad Fatoni, 17 & Muhammad Nazri Mahmudi, 14, manakala seorang lagi belum dikenal pasti identitinya. 

Selain Muhammad Zulfadli & Muhammad Arassat, tiga lagi mangsa mengalami kecederaan patah kaki & kepala ialah Muhamad Farhan Che Mat, 16; Mohd Abdul Samad Abdul Kadir, 16 & Muhammad Arif Salman, 15. – Berita Harian

GruGru

‘Saya nampak satu kereta itu memecut laju & pemandunya sdg bermain telefon’ – Mangsa | sentot | 4.5