‘Saya tak ada buku cikgu, ayah belum dapat gaji lagi’

24 February 2017 | 7:31 am

Foto Hiasan Sahaja | Google Images

Semasa saya mengajar di dlm sebuah kelas tingkatan satu minggu lalu, saya memulakan pengajaran tentang koordinat seperti biasa. Selalunya saya akan semak & memastikan setiap pelajar ada buku sehinggalah ke seorang pelajar yg duduk di belakang sekali. 

Wajahnya kelam, saya perasan dia seperti tiada minat dlm topik yg dibincangkan. Lalu saya pun bertanya.

“Buku km mana?”

Dia mendiamkan diri. 

“Cikgu tanya ni, buku mana?”

“Tak ada cikgu..” jawabnya. 

“Tinggal di rumah atau memang tak beli lagi?” 

“Belum beli lagi, cikgu,” jawabnya. 

“Sekarang dah bulan Februari, km dah tertinggal banyak. Kenapa tak beritahu cikgu?” 

“Ayah kata, dia belum dapat gaji lagi, cikgu. Ayah kata, kalau dia dah dapat gaji nanti, dia akan belikan buku,” dia tunduk. 

Hati saya terasa seperti dirobek. 

“Baiklah, pastikan km ada buku supaya tak ketinggalan lagi,” 

Dia sekadar mengangguk lemah & wajahnya msh kelam. 

Saya meneruskan pengajaran, kerongkong terasa kelat & pahit sekali. Masa ini, saya rasa nak pang mulut laju-laju sebab marah dia tak ada buku. Bukan apa, kalau namanya subjek Geografi, adakala murid sambil lewa & kadang-kadang menjawab kita dgn selamba, 

“Tak bawa cikgu, kat ghumah. Cia cia cia.”

Keesokan harinya saya meminta pd guru koperasi untuk bawakan saya sebuah buku Aktiviti Geografi dr koperasi. 

Waktu kelas terakhir hari itu, saya masuk lagi ke bilik kelas pelajar berkenaan. Seperti biasa, saya tawaf keliling bilik darjah & memeriksa setiap pelajar agar mereka bersedia. Sampai pd pelajar itu, saya berhenti & serahkan buku itu kepadanya & dia terkejut. 

“Awak guna buku ini, ya?” kata saya pd dia. 

Dia mengangkat wajahnya, matanya bercahaya, ada riak gembira di wajahnya. Terus dia mengangkat beg & bukunya ke meja kosong di hadapan sekali & mengambil bahagian dlm pelajaran dgn baik serta sgt responsif. Malah, semua soalan dijawab dgn baik & bersemangat. 

Tamat kelas hari itu, selepas mengucapkan terima kasih kpd saya, dia mengejar saya dr belakang untuk memulangkan buku itu. 

“Simpan baik-baik, cikgu beri kpd awak. Janji, belajar elok-elok,” kata saya padanya. 

Dia meloncat gembira. “Terima kasih cikgu!!!” 

Tiada lagi awan kelam & mendung di wajahnya. 

Saya menuruni tangga & memandang kembali saat saya seusia dia. Cikgu jg pernah susah dulu, saya tahu bagaimana rasa & keadaannya di tempat dia. Terima kasih mak & ayah yg berhabis & berkorban untuk saya suatu masa dulu. 

Apalah sgt senaskah buku kalau nak dibandingkan dgn semua topik yg sudah tertinggal. Saya harap semua pelajar saya menjadi anak yg cemerlang di dunia & akhirat. 

GruGru

‘Saya tak ada buku cikgu, ayah belum dapat gaji lagi’ | sentot | 4.5