Sejak perpisahan, anak-anak tak pernah terima kasih sayang apatah lagi huluran wang ringgit sbg nafkah

5 March 2017 | 3:12 am

KRONOLOGI

  • 03.06.2012, bekas suami, bertunang dgn isteri barunya sekarang.
  • 26.06.2012, saya diceraikan melalui SMS semasa hamilkan anak kedua.
  • 29.07.2012, anak kedua dilahirkan.
  • 01.10.2012, kami ke mahkamah untuk pengesahan cerai.
  • 19.10.2012, bekas suami bernikah dgn isteri barunya.
Demikian kronologi perpisahan saya dgn bekas suami. dr detik itu, anak-anak, Raimi Fatini & Raid Fayyadh, tak pernah menerima kasih sayang apatah lagi huluran wang ringgit sbg nafkah.
Saya tak pernah menuntut, tetapi tatkala melihat si ayah begitu selesa menyambut birthday anak dgn isteri baru di tempat mewah dgn event planner semuanya, saya tahu dia jg mampu beri anak-anak dia bersama saya hal yg sama. Walaupun mungkin bukan majlis mewah, cukup sebiji kek untuk sambutan harijadi.
Tetapi malangnya, saya cuma mampu melihat di media sosial.
Saya terputus hubungan dgn dia sebab setiap kali saya menghubungi dia & berbincang tentang tanggungjawab dia kpd anak-anak kami, dia minta saya anggap dia sudah mati.

Maka inilah antara usaha saya untuk mendapatkan semula hak anak anak saya dr seorang ayah. Mohon sesiapa mengenali bekas suami saya untuk menghubungi saya bagi urusan tuntutan nafkah anak-anak di mahkamah.


Saya dah cuba pelbagai ikhtiar utk dapatkan maklumat bekas suami, tetapi gagal. Maka inilah usaha terakhir saya untuk mengesan bekas suami saya. Jasa baik kalian, Allah jua membalasnya.



GruGru

Sejak perpisahan, anak-anak tak pernah terima kasih sayang apatah lagi huluran wang ringgit sbg nafkah | sentot | 4.5