Silap ketuk, boleh pecah tulang belakang & lumpuh – Doktor

26 February 2017 | 3:12 am

Saya tertonton satu video yg dikongsikan lebih 8K kali dlm tempoh 10 jam ia dimuatnaik dgn caption berikut :

“Slip dics & tulang melengkung ****** Alhamdulillah dah berjaya betulkan empat disc tulang belakang.”

Video menunjukkan seorang perawat alternatif mengukur menggunakan pembaris, menandakan kedudukan tulang belakang, & mengetuk tukul bagi membetulkan kedudukan tulang belakang. Selepas itu, ukuran dilakukan semula & kononnya menunjukkan perubahan ketara pd ukuran.

Saya percaya video tersebut menunjukkan prosedur rawatan bagi penyakit slipped disc berdasarkan caption & komen yg ada. Namun, disc & tulang belakang adalh dua entiti berbeza.

Fahami dulu anatomi & patologi slipped disc sebelum saya ulas bahagian video.

1. Tulang belakang ‘dipegang’ antara satu sama lain dgn ligamen. Ia tak mudah berubah kedudukan kecuali akibat trauma atau impak yg kuat seperti kemalangan berimpak tinggi. Kedudukan tulang belakang boleh dilihat melalui x-ray.

2. Disc BUKAN tulang belakang. Spinal disc atau intervertebral disc terletak di antara dua tulang belakang. Spinal disc mempunyai nucleus di bahagian tengah yg memainkan peranan dlm penyakit slipped disc. Spinal disc tak boleh dilihat melalui x-ray.

3. Slipped disc jg dikenali sbg herniated nucleus pulposus iaitu nucleus tertonjol keluar daripada tempat asal dlm spinal disc. Nucleus ini jg tak boleh dilihat melalui x-ray.

4. Bahagian yg tertonjol itu akan menekan saraf, & inilah yg kebiasaannya menyebabkan rasa sakit pd bahagian belakang kaki. Bagi kes yg teruk, lumpuh bahagian bawah badan mungkin boleh berlaku.

5. Diagnosis dibuat secara klinikal iaitu mengambil sejarah pesakit (sosiodemografi, simptom, faktor risiko, & lain-lain) serta pemeriksaan fizikal.

6. Simptom : Sciatica iaitu sakit “menangkap” di bahagian belakang peha hingga ke kaki +/- sakit belakang bahagian bawah (low back pain). Ia boleh jg terjadi tanpa apa-apa simptom.

7. Kebiasaannya, kedudukan tulang belakang tak terjejas dlm kes slipped disc. Maka, x-ray belakang adalh normal sahaja.

8. Bagi mengesahkan diagnosis, MRI akan dilakukan untuk melihat kedudukan spinal disc.

9. Majoriti sakit sciatica akibat daripada slipped disc akan berkurangan dlm tempoh 6 minggu. Rehabilitasi termasuk fisioterapi bagi menguatkan otot perlu dilakukan. Bagi kes yg sgt teruk (severe), pembedahan mungkin akan ditawarkan walaupun berisiko kerana dlm kes teruk, “benefit outweigh the risk”.

Slip dics & tulang melengkung blh hubungi Abe 0134949107 Alhamdulillah dah berjaya betulkan empat disc tulang belakang.
Posted by Muhabsi Ustaz Rosdi on Friday, February 24, 2017




Baca tentang slipped disc hingga faham, kemudian mari baca ulasan berkaitan video pula.

1. Slipped disc tak melibatkan abnormaliti pd kedudukan tulang belakang. Mohon pencerahan apa perlunya ukuran & ketukan bagi membetulkan kedudukan tulang belakang?

2. Ukuran yg dibuat kelihatan tak tepat kerana tiada titik rujukan yg konsisten. Kelihatan dlm video pembaris diletakkan secara tak konsisten menyebabkan ketidaktepatan pengukuran. dlm perubatan, setiap pengukuran ada titik rujukan berdasarkan anatomi permukaan tubuh agar setiap ukuran adalh konsisten walaupun pd masa berbeza & boleh dibandingkan dgn orang lain. Mohon pencerahan apakah titik rujukan yg digunakan.

3. Ukuran jg mungkin tak tepat kerana pembacaan poin pd pembaris tak dilakukan pd eye-level yg boleh menyebabkan ralat. Pembacaan pd eye-level adalh topik sains semasa di sekolah.

4. Slipped disc diakibatkan oleh tonjolan nucleus yg menyebabkan sakit sciatica. Jika tersilap ketuk, ia mungkin boleh menyebabkan keadaan lebih teruk sehingga pecah tulang belakang & merosakkan fungsi saraf tunjang yg mengakibatkan lumpuh. “The risk outweigh the benefit”. Mohon pencerahan apakah yg akan dilakukan jika komplikasi ini berlaku ketika prosedur tersebut dilakukan.

Saya faham pesakit slipped disc ingin sembuh daripada penyakit. Namun, dapatkan rawatan daripada perawat bertauliah. Bagi rawatan alternatif, pastikan berdaftar dgn TCM KKM agar ia dapat dikawalselia & mengikut tatacara yg digariskan.

Hilang sakit bukanlah bermakna slipped disc sudah sembuh. Jika mahu tahu keberkesanannya, lakukan MRI sebelum rawatan & ulang MRI serta merta selepas rawatan. Masa itu barulah boleh tahu sama ada ia benar-benar berkesan secara realiti atau hanyalah fantasi.

Masyarakat kena tahu apa itu slipped disc & elakkan rawatan yg tak dibuktikan secara klinilal malah berpotensi menyebabkan kebahayaan, Oleh itu tolong viralkan info ini dgn meluas. Terima kasih.

GruGru

Silap ketuk, boleh pecah tulang belakang & lumpuh – Doktor | sentot | 4.5