‘Suami saya tak romantik macam suami awak…’

22 February 2017 | 8:23 am

“Suami saya tak romantik macam suami awak…”

Walaupun pernah dengar ayat yg sama beberapa kali, tetapi terkedu jg saya buat seketika. Nafas saya hela dlm-dlm. 

Suami saya dilihat romantik oleh mereka. pd apa ye yg romantisnya itu? Suami tak pernah bukakan pintu kereta untuk saya. Dia tak pernah beri saya sejambak bunga. Bila keluar makan, tak pula pernah dia tarikkan kerusi untuk saya duduk. Dia jg tak pula pandai buat kejutan. Tarikh lahir, tarikh ulangtahun perkahwinan pun Reminder telefon bimbit yg tolong ingatkan. Jadi, di mana romantiknya? 

Sementara minda menjelajah hari-hari lalu mencari di mana romantisnya dia yg bergelar suami. 

“Saya rasa suami awak pun romantik jg. Cuma cara kita melihat tindakan suami sahaja yg menyifatkan suami kita romantik atau tak.” 

Ya, barangkali si suami itu orangnya tak pernah lekang mendoakan kita dlm setiap hela nafasnya. Itu romantik. Atau si suami itu seorang yangtidak pernah culas menyediakan segala keperlua kita & keluarga. Itu jg romantik. 

Lihatlah suami kita sendiri dgn mata & hati yg syukur. Dia tak pernah berkasar bahasa dgn kita, itu sudah dikira romantik. Dia bawa kita balik rumah mak ayah kita, jenguk keluarga kita, itu romantik.

Carilah romantiknya suami kita pd perkara biasa-biasa yg dilakukannya. Suami akan sgt menghargainya. Pejamkan mata pd yg tiada pd suami kita, kerana yg sudah ada itulah dirinya. Dia tak perlu menjadi orang lain hanya untuk membahagiakan kita, sdg hatinya tak suka. 

Ya, di mata & hati saya, suami saya sgt romantis.

  1. Dia tak jemu bertanya, “Dah solat ke belum?” setiap kali masuk kereta mahu pulang dr kerja.
  2. Dia tak lokek bercerita tentang hari-harinya & perasaannya, penatnya serta kesukaannya pd saya.
  3. Dia sentiasa lembut mengejutkan saya dr lena jika saya tidur sebelum solat atau lewat bangun pagi.
  4. Dia tak lupa menghantar SMS bila berjauhan walaupun sepatah ayat sahaja, “Okey,” 
  5. Bila sakit, dia carikan ubat. Bila barang dapur tak ada, dia ajak pergi beli atau terus belikan.

Ya, dia tak perlu beri saya bunga untuk menjadi romantik sebab dia dah mendoakan saya & rumah tangga kami bahagia dunia & akhirat. Doa yg sgt mewah dr sejambak bunga! 

Berterima kasihlah pd suami masing-masing. Renung matanya & sebutlah “saya untung ada suami macam awak di sisi”. Percayalah, selepas itu kita tak perlu menjeling-jeling lelaki lain yg kononnya lebih romantis dr suami di sisi. – Facebook

GruGru

‘Suami saya tak romantik macam suami awak…’ | sentot | 4.5