‘Suruh adik ipar minta maaf kalau nak mudah bersalin’

17 February 2017 | 2:28 am

Cerita ini bukan nak mengaibkan sesiapa tetapi nak meninggalkan pesan & pengajaran. Lagi-lagi pd kita orang perempaun. Tentang doa orang yg teraniaya. Doa orang yg teraniaya ini tak boleh dibuat main. Bila dia betul-betul sedih & berdoa ikhlas pd Allah tentang perbuatan seseorang pd dia, Allah akan makbulkan. 

Kisahnya.. 

Ipar-ipar perempuan menganiaya & meminggirkan saya. Bila pulang ke kampung, saya akan duduk di penjuru rumah seorang-seorang. Tiada siapa nak berkawan atau bersembang dgn saya. Saya selalu cuba berkawan & duduk bersama mereka tetapi mereka akan bingkas bangun & masuk ke bilik lalu dikunci serta tergelak kuat meninggalkan saya yg terpinga-pinga di luar dgn hanya dilihat mertua. 

Mereka? Ya, bukan seorang tetapi semua adik beradik perempuan suami. Mereka cemburu & mahu saya tinggalkan abang/adik mereka. 

Apa yg saya buat, semuanya salah. Apa yg saya ada, habis semua nak lebih dr saya sedangkan saya tak bekerja. Saya hulur tangan untuk salam diberikan kaki untuk sambut tangan saya. 

Bilik asal saya dibina oleh suami di kampung bagi memudahkan saya jika balik pun telah diambil oleh mereka. 

Bila saya pulang ke kampung, bilik saya dipindahkan ke bilik stor. Mana tempat simpan pakaian, almari & perabot yg tak dipakai semuanya disimpan dlm bilik itu. Katil dlm bilik patah, lantai tak beralas & berpasir, tingkap pecah, tiada langsir, tiada lampu, tiada kipas. Suami tahu? Ya suami tahu & suruh saya bersabar sebab kami hanya balik sekejap sahaja. 

Apa salah saya? Salah saya sebab saya orang Kuala Lumpur. Mereka mengharapkan saya anak orang kaya tetapi kenduri kahwin hanya di flat, memalukan mereka pd orang-orang kampung yg hadir.

Cuaca di kampung sgt panas membahang. Pernah satu hari saya dizinkan suami untuk tidur kerana demam & semua keluar untuk berjumpa dgn kawan-kawan sekampung. tetapi saya tak boleh tidur sebab mereka menutup plug kipas dr luar. Saya terpaksa bangun untuk buka suis smeula & masuk ke dlm bilik. tak lama kemudian mereka ketuk dinding kayu sekuat hati menandakan mereka marah. 

Saya bukan anak orang susah sebenarnya & saya tak pernah hidup susah. Tetapi ayah ajar berusaha & berdikari agar dapat hidup tanpa menyusahkan orang lain. Buku-buku bank anak-anak, mentua saya pegang. Buku bank suami, mentua pegang. Alasan takut saya keluarkan duit. 

Apa yg terjadi pd saya, suami tak pernah tahu tetapi suami banyak kali mempertahankan saya apabila ibu mertua mempersoalkan tentang apa yg disimpaikan anak-anak perempuannya. 

Saya sedih & tiada mengadu pd sesiapa mahupun adik, abang-abang atau kedua ibu bapa saya sebab saya tak mahu mereka memandang seorang pd suami. Lagipun suami saya tak bersalah dlm hal ini. Walaupun suami tak tahu apa-apa, dia tahu pun dr isteri saudara suami yg duduk di rumah sebelah. Dia yg menyampaikan pd suami, macam mana saya dilayan bila suami tiada di rumah. Tetapi saya tak pernah mengadu domba pd suami. 

Suami pernah memarahi saya kerana tak memberitahunya tentang semua itu & dia mahu memanggil kakak & adik-adik perempuannya tetapi saya halang & memohon suami kawal kemarahan & jaga silaturahim. Lagipun, jika suami teruskan dgn panas hati, ibu mertua pasti akan benci pd saya & saya tak akan pulang lagi. 

Sampai satu tahap saya tak dapat tahan, sebab kalau ikutkan ada banyak lagi perkara yg tak sepatutnya mereka lakukan. Dipendekkan cerita, saya sdg mengandung anak kedua. Saya menangis seorang diri dlm bilik kerana tak tahan dgn kebencian mereka terhadap saya. Sambil sembahyang, saya menangis tersedu-seduh. Saya perlukan Allah, hanya ada Allah untuk pujuk saya. Sampai satu tahap saya sembahyang menangis-nangis. Habis sembahyang, saya duduk berzikir & menangis-nangis lagi. Nak tenangkan hati tapi tak tenang & tak tahan jg. Saya terus berdoa pd Allah.

Ya Allah, Kau tahu aku tak bersalah. Mereka ingin aku berceria Ya Allah. Dia belum berkahwin, dia tak tahu rasa menjadi menantu. Dia tak merasa menjadi seorang ibu. Aku minta Kau dengar kesedihan hati aku. Aku tak berdendam tetapi aku sedih yg aku dianiaya mereka ini, Ya Allah. Aku tak tahu mana nak mengadu melainkan Kau. Dengarlah doa aku yg teraniaya & difitnah ini. Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa, Ya Allah. Mereka akan merasa apabila mereka hendak berkahwin nanti. Bokaknya mereka akan bertukar hampa. Mereka tak pernah bersalin, tak tahu rasa bersalin, mereka akan merasa sakitnya bersalin itu, Ya Allah. & sakitnya apabila diperlakukan seperti ini oleh ipar mereka nanti. Sesungguhnya aku tak berdendam tetapi aku terlalu terluka. Aku mengadu & meminta agar mereka tahu & sedar bila mereka berada di tempat aku. 

dgn izin Allah, doa saya dimakbulkan. Bukan saya nak kata Allah dengar doa saya tetapi apa yg terjadi pd dia, itu yg saya doakan dulu. Saya jg terkejut sebenarnya. 

1. pd hari perkahwinan mereka, macam-macam dugaan. Banjir, nak pasang khemah tak tahu di mana. Kereta tak boleh masuk, masalah cari barang masakan kenduri sampai kena naik sampan. Barang-barang hantaran rosak. Kenduri hanya orang kampung yg datang. Lauk pauk tak habis sehingga terpaksa diberi pd orang & dibuang kerana yg hadir hanya orang-orang kampung & kenalan dekat sahaja. 

2. Selepas berkahwin, salah seorang dr mereka mengadu tentang layanan ipar & ipar mengata/fitnah dia macam-macam. Sampai adik beradik suami benci & cari kesalahan dia. Dia sudahpun keluar dr rumah dgn barang-barangnya & duduk berasingan dgn suami.

3. Sampai masa nak bersalin, tiga hari tnggu dlm wad. Tak lepas-lepas keluar anak dlm perut. Suami ada bertanya pd saya, kenapa adik dia jadi begitu sedangkan dulu bila saya bersalin, semuanya mudah. 

“Adik abang mulut suka maki & aniaya serta berdengki & busuk hati, putuskan silaturahim saudara mara. Suruh dia minta maaf pd mak, suami dia & saudara mara dia,” kata saya pd suami. 

Suami cakap adik dia dah buat semua itu. Saya diamkan diri. Suami pandang saya. 

“Dia kena minta maaf pd seseorang. Seseorang yg selalu dia aniaya, maki hamun di media sosial, perli depan-depan. Seseorang yg diperlakukan seperti orang asing, dipulaukan, & dia tak ingin orang itu berada dlm keluarga ini,” kata saya lagi. 

Suami terdiam & serta merta faham dgn apa yg saya jelaskan. Suami terus memujuk & meminta maaf bagi pihak adiknya. Saya diam sahaja, tak cakap apa-apa. 

Hari ketiga msh dlm wad, sudah melepasi tarikh sepatutnya bersalin. Bukaan msh 4 sentimeter. Doktor dah risau sebab bayi tak keluar lagi, seperti ada sesuatu yg menahan. Diazan, tak keluar, dibaca yasin tak keluar jg, dibuat solat hajat tak keluar. 

Lantas suami tersedar & teringatkan saya di rumah. Suami sedar saya banyak teraniaya & terasa hati. Selama ini memang isterinya tak bersalah. Jenuh suami mesej saya setiap jam. Beri perkembangan terkini tentang keadaan adik dia. Saya diamkan diri jg. 

“Adik menderita sgt-sgt, sakit kena jolok, kena usik macam-macam. Diberi ubat tahan sakit macam-macam, tak kesian ke?” mesej dr suami. 

Saya tetap berdiam sampailah suami mesej kata doktor tiada pilihan & terpaksa bedah sebab anak dlm perut dah mula lemas & takut anak adik ipar tak selamat. Terus saya doa dlm hati & mengangkat tangan. 

Allah, permudahkan segala urusan pembedahan ipar aku. Selamatkan anak dlm kandungan yg tak pernah bersalah terhadap aku. Tolong aku Ya Allah. Selamatkan kedua-duanya. Jangan biarkan aku dlm serba salah, aku akan rasa berdosa. 

Beberapa minit kemudian, suami mesej. 

“Terima kasih sayang, baby dah lahir. Kedua-duanya selamat. Abang tahu isteri abang baik. Biarlah apa yg mereka cakap, abang kena isteri abang..” 

Saya balas, “Ingatkanlah adik abang itu. Itu pengajaran pertama dr Allah. Agar pengajaran ini tak berulang lagi…” 

Saya tak mereka-reka cerita. Tetapi pd saya, pd yg tahu kebesaran kuasa Allah SWT itu, jangan dibuat main. 

Perkahwinan saya kini di ambang penceraian. Saya terkena sihir pemisah. Doakanlah agar saya merasa bahagia & dilindungi dr kezaliman pihak mereka. Semoga suatu hari nanti Allah akan membalas segala perbuatan mereka. 

GruGru

‘Suruh adik ipar minta maaf kalau nak mudah bersalin’ | sentot | 4.5