Syarat Kemasukan & Kategori Pemohon ke IPTA Sesi 2017/2018 – Info

10 February 2017 | 3:07 pm

Untuk memohon memasuki IPTA/ Matrikulasi/  ILKA & Politeknik Sesi 2017/2018, pemohon mestilah mematuhi & menepati syarat-syarat am yg telah ditetapkan. Kegagalan pemohon mematuhi salah satu dr syarat-syarat tersebut akan menyebabkan permohonan ditolak.

Sila fahami dgn teliti & jelas setiap syarat-syarat tersebut agar tak melakukan sebarang kesalahan atau kesilapan. Rujuk “5 Prosedur atau Panduan Asas yg perlu diketahui” untuk kemasukan ke IPTA Sesi 2017/2018

Syarat Kemasukan & Kategori Pemohon ke IPTA Sesi 2017/2018

Syarat Am Kemasukan 

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA (akan dikemaskini dr masa kesemasa) adalh seperti berikut :-

A. Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf

  1. Warganegara Malaysia & 
  2. Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dgn mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu & lulus Sejarah dlm peperiksaan SPM.
  3. Program pengajian untuk Bumiputera & Bukan Bumiputera:
  4. Semua program di UITM, program Asasi di UIAM, program Asasi Sains & program Asasi Alam Bina di UM, program Asasi di UNIMAS, program Asasi di UMS terbuka kpd Bumiputera sahaja.
  5. Semua program asasi di UPM, UKM, UPNM, program Asasi Pengajian Islam di UM, program Tahmidi di USIM & semua program Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP & UniSZA & Politeknik Premier terbuka kpd pemohon Bumiputera & Bukan Bumiputera.

B. Program Lepasan STPM/Setaraf

  1. Terbuka kpd Warganegara Malaysia yg mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad & Bukan Warganegara Malaysia.
  2. Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.
  3. Lulus SPM atau peperiksaan yg diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dlm mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira; &
  4. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2016 dgn mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 & mendapat sekurang-kurangnya:
  5. Gred C (NGMP 2.00) dlm mata pelajaran Pengajian Am, &
  6. Gred C (NGMP 2.00) dlm dua (2) mata pelajaran lain, atau
  7. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2016; atau
  8. Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2016 atau 2015; atau
  9. Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yg diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia & diluluskan oleh Senat IPTA; atau
  10. Lulus peperiksaan STPM Tahun 2016 & sebelumnya dgn mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dlm tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2016 & sebelumnya dgn mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2015 & sebelumnya dgn mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; &
  11. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dlm Malaysian University English Test (MUET).

Syarat-Syarat Khusus Kemasukan

Untuk syarat-syarat khusus kemasukan pula sila rujuk pd IPTA yg dipohon. Berikut antara link rujukan beberapa IPTA di seluruh negara.

  • UKM: http://www.ukm.my/v6/kpm-matriculation-certificate-um-foundation-uitm-foundation-matriculation-foundation/
  • UTM: http://www.utm.my/admission/files/2014/01/Syarat-Masuk-Lepasan-Matrikulasi-2014-20151.pdf
  • UM: https://www.um.edu.my/docs/default-source/syarat-kemasukan-bachelor/syarat-kemasukan-sarjana-muda-aliran-sastera-um-2014-new.pdf
  • USIM (requires SPM Arabic, but courses offered are pretty much the same with other IPTAs) : http://www.usim.edu.my/akademik-info-kemasukan/sarjana-muda/syarat-kemasukan
  • UPM: http://www.akademik.upm.edu.my/dokumen/92226_STPM_Matrikulasi_Diploma_2014-2015.pdf
  • UMS: https://bpa.ums.edu.my/images/dokumen/promosi_pengambilan_dan_kemasukan/Buku_Kemasukan_2015.pdf
  • UMP: http://bpa.ump.edu.my/index.php/maklumat-akademik/syarat-kemasukan/program-sarjana-muda/lepasan-matrikulasiasasi.html
  • USM: https://pohon.usm.my/include_ppjj/dokumen/SYARAT_KEMASUKAN.pdf
  • UMT: http://akademik.umt.edu.my/?page_id=1937
  • UIA: http://www.iium.edu.my/kptn/resource-centre/syarat-syarat-kemasukan
  • UniMAS: https://estudent.unimas.my/KemasukanSemesterKedua/KDSyaratKemasukan.jsp
  • JPA: http://esilav2.jpa.gov.my/
  • MARA: http://www.mara.gov.my/

Kategori Permohonan

Berikut adalh Kategori Pemohon yg layak memohon untuk kemasukan ke IPTA Sesi 2017/2018

Kategori permohonan untuk semua pemohon (Akan dikemaskini dr masa kesemasa):

1. Pemohon lepasan SPM/Setaraf

  • Kategori A • Pemohon yg menggunakan kelayakan SPM tahun 2016 sahaja. 
  • Kategori B • Pemohon yg menggunakan keputusan SPM tahun 2015 atau 2014.
  • Kategori C • Pemohon yg menggunakan keputusan SPM tahun 2013 atau sebelumnya atau sijil yg setaraf & diiktiraf oleh IPTA.
  • Kategori D • Pemohon yg menggunakan keputusan; SPM 2014 dgn sijil ulangan SPM 2016 (SPM 2015 dgn sijil ulangan SPM 2016 manakala SPM 2014 dgn sijil ulangan SPM 2015)

2. Pemohon lepasan STPM/Setaraf

  • Kategori A • Aliran Sastera Calon STPM 2016.
  • Kategori S • Aliran Sains Calon STPM 2016.

3. Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM

  • Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM & Asasi UiTM.
  • Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
  • Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.
  • Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
  • Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
  • Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM.

4. Lepasan Diploma/Setaraf

  • Kategori E • Aliran Sastera.
  • Kategori F • Aliran Sains:
  • Lulusan Diploma dr IPTA/IPTS atau,
  • Lulusan STP/ HSC/ STPM Tahun 2013 atau sebelumnya atau,
  • Lulusan STPM Ulangan atau,
  • Lulusan Matrikulasi Sesi 2016/2015 & sebelumnya atau,
  • Lulusan STAM tahun 2015 & sebelumnya atau,
  • Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil, Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bandar Penawar atau,
  • Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dr Institusi Latihan Kemahiran atau,
  • Lain-lain kelayakan yg diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia & diluluskan oleh Senat IPTA.

5. Lepasan STAM

  • Pelajar Lepasan STAM tahun 2015 atau 2016 sahaja.
  • Pemohon yg mempunyai taraf Penduduk Tetap sahaja yg dibenarkan mengemukakan permohonan melalui BPKP JPT.
  • Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA.


Rujukan Maklumat & Informasi:

  • Portal Rasmi: http://upu.mohe.gov.my
  • Facebook: FB Rasmi UPU
  • Instagram: INSTAGRAM @kemasukanbpkp
  • Talian Helpline:  (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. (Hanya hari bekerja – jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang)

GruGru

Syarat Kemasukan & Kategori Pemohon ke IPTA Sesi 2017/2018 – Info | sentot | 4.5