‘Tak pernah dapat penyewa lambat bayar, awak cari rumah lain lepas ni’ – Tuan Rumah

23 February 2017 | 2:54 pm

Hanya kerana terlewat bayar sehari, seorang lelaki ditegur oleh pemilik rumah sewa sedangkan bukan kehendak lelaki itu untuk terlambat bayar sehari. 

Aidil Hj Haron menerima bayaran gajinya setiap 5 haribulan dr majikannya & perkara pertama yg dibuatnya adalh membayar sewa rumah. Namun baru-baru ini, kelewatannya menerima gaji menyebabkan dia terlewat sehari membuat pembayaran sewa. 

Akibatnya, pemilik rumah berkenaan menghubungi Aidil & mula menuduh Aidil culas dlm membayar sewa rumah setiap bulan. 

“Janji tiap 5 hb, akak pun nak pakai duit. Patutnya hujung bulan tetapi akak dah tolak ansur 5 hb pun lambat. Kalau dah tak berminat sewa di situ, ada orang nak masuk. 

“Selalu orang bayar sewa hujung bulan, bukan 5 hb. Akak bukan orang kaya, kena bayar hutang jg. Kalau nak lambat 20-30 hari, beli rumah sendiri. Tak payah sewa rumah orang,” kata pemilik rumah tersebut kpd Aidil. 

Terkejut menerima mesej tersebut, Aidil menjelaskan bahawa dia sememangnya menerima gaji setiap 5hb & menegaskan belum pernah lagi dia terlewat membuat pembayaran sewa rumah lebih dr 10 hb.

Malangnya, pemiliknya enggan menerima penjelasan Aidil lalu menyarankannya berpindah keluar & cari rumah lain untuk disewa kerana dia terdesak menggunakan duit hasil dr sewa rumah. 

“Sebenarnya 5 hb itu dah kira lambat. Akak kena bayar bank 25 hb. Memang akak dah tolak ansur 5 hb, tapi janganlah lewat dr 5 hb itu. Dah akak tolak ansur, hargailah. 

“Bulan lepas dah lambat, bulan ini lambat lagi. Lepas itu tak bayar pula nanti. Akak tak pernah dapat penyewa lambat bayar. Awak saja yg lambat,” kata pemilik rumah. 

Enggan mencetuskan pergaduhan, Aidil meminta pemilik rumah tersebut bersabar & memahami keadaannya. 

“Saya dapat gaji saya akan bayar rumah dulu. Saya ada anak & isteri, saya pun tahu tanggungjawab saya. Saya harap akak faham,” kata Aidil. 

“Akak pun ada anak-anak, ada keluarga. Akak harap awak cari rumah lain selepas ini,” balas pemiliknya 

Difahamkan, Aidil keluar dr rumah sewa itu selepas perbualan dgn pemilik rumah yg enggan bertolak ansur dengannya. & apabila Aidil cuba meminta wang depositnya dipulangkan, wanita berkenaan enggan menurut kemahuan Aidil. 

Justeru, Aidil meminta orang ramai yg mengenali wanita berkenaan, menasihatinya agar selesaikan masalah yg timbul secara baik. Aidil menegaskan dia tiada masalah jika wang depositnya digunakan untuk membayar tunggakan bil elektrik & air (jika ada). – The Reporter

GruGru

‘Tak pernah dapat penyewa lambat bayar, awak cari rumah lain lepas ni’ – Tuan Rumah | sentot | 4.5