‘Takpe sayang, syurga menantimu di sana’

26 February 2017 | 5:02 am

  • 6 hari si kecil ini menanggung derita denggi berdarah
  • Bayi berusia 5 bulan ini mula demam panas suhu mencecah 40’C
  • pd awalnya, pihak perubatan belum dapat mengesan sebarang masalah pd bayi, Ujian darah jg dilakukan, namun darah arwah bebas dr denggi.
  • Hari keenam, arwah disahkan menghidap denggi berdarah
  • Takziah buat keluarga Zanariah Makhdar. Marilah kita sedekahkan Al-fatihah kpd arwah Aisy.

Alhamdulillah syukur Ya Allah di atas anugerahMu yg terindah. Amanat yg dipinjamkan selama 5 bulan 8 hari cukup bermakna. Walaupun hanya seketika, tetapi mampu membuatkan ummi & baba merasa sgt-sgt bahagia sayang. 

Anak syurgaku Aisy Zulqarnain bin Amirul Faiz, tunggu ummi & baba ye sayang. 

Tahniah sayang, Ummi ingatkan Aisy dah pandai meniarap saja, rupanya Aisy memang bijak sampai boleh melawan penyakit yg sgt serius. 

Ummi tak perasaan sayang, banyak rupanya tanda yg aisy tunjukkan. Aisy sentiasa nak berdukung, tidur berdodoi.. Dulu aisy taknak baring dlm stroller, nak kene dudukkan. Tapi masa ni, lama sgt aisy bole duduk dlm stroller.. Aisy nak jalan2 dgn ummi dekat taman ye sayang.. InsyaAllah nanti Aisy bawa Ummi ke taman syurga pula ye..
Sabtu 18 feb 2016, hari pertama Aisy demam panas. Suhu aisy 38,39.. Ummi & baba risau sgt sayang. 9.00 pm suhu aisy cecah 40, terus baba ajak ke hospital.. Doc bg ubat demam dgan masukkan ubat dekat Aisy.. Gambar ni hari kedua Aisy demam. Suhu msh 39. Ummi sentiasa mandikan & lap aisy.. Ummi ikhtiar sejukkan bdn aisy dgn daun bunga raya. Wangi Aisy masa ni, bau segar anak syurga ummi..
Hari ke3, Ummi lapkan aisy sebab suhu aisy msh 38,39.. ummi dah xberani pakaikan baju aisy sebab nanti suhu aisy boleh naik balik..aisy minum susu ummi byk masa ni,3oz setiap kali minum.. sampai hari terakhir aisy hanya minum 0.5oz.. Sayang dah tak larat rupanya sebab perut dah sakit ye..Ummi halalkan setiap titik susu ummi untuk Aisy. Alhamdulillah cukup susu ummi untuk Aisy..
Sejuk anak syurga ummi, ummi pakaikan napkin basah dekat bdn sayang.. sebab suhu aisy tak turun jugak walaupun dah makan ubat demam setiap 6jam.. Kuat betul aisy berlawan dgn penyakit tu..
Ya Allah ummi msh terdengar-dengar suara anak syurga ummi panggil ummi & baba.. tak berhenti merengek sebab demam ye sayang.. Hari ke3 ni ummi & baba bawak lagi aisy jumpa doktor untuk amik darah.. Doktor sahkan darah aisy bersih. Takde jangkitan kuman & bukan denggi.. Ummi syukur sgt.. Ummi terus ikhtiar sembuhkan aisy..
Lemah sgt anak ummi.. Sentiasa nak dimanja & dibelai.. Ummi rindu sayang nk peluk, dodoikan aisy..
Tangan kecil anak syurga ummi yg selalu ummi cium.
Hari ke4, tinggi sayang suhu badan aisy.. ummi rasa ni bukan demam biasa sebab terlalu lama aisy menahan.. aisy terlalu pasif masa ni.
Hari ke 4, Ummi dah tak sanggup tengok aisy dekat rumah lemah sgt.. ummi bawak pergi emergency, & aisy kene admit wad.. doktor test lagi darah aisy & memang clear dr jangkitan kuman atau denggi. 
Doktor dah mula on drip dekat aisy.. Masuk air & antibiotik dlm bdn aisy.. badan aisy dah dehydrated sebab aisy kurang minum susu.. Tonsil sakit ye sayang sebab demam aisy dah lama..suhu tinggi sgt.
anak syurga ummi dah dehyrated.. kulit muka pun dah kering.. comelnya anak ummi.
Hari ke 5, aisy msh demam..doktor cakap tu mungkin viral fever..sebab takde tanda lain…
Anak syurga ummi kuat sgt.
Petang hari ke5.. aisy dah sejuk sgt, menggigil2 sebab ummi mandikan aisy & lap badan aisy ..
Aisy Zulqarnain Anak ummi yg baik.. tunggu ummi di syurga sayang..
Hari ke6, 3am.. aisy tiba2 muntah keluar warna coklat seakan-akan darah.. Doktor cuma cakap tu hanya ubat yg aisy makan. Tapi ummi dapat rasa yg itu darah..4 kali Aisy muntah2.. sampai keluar airmata syg..
Oxygen aisy dah tak sampai ke tisu badan.. walaupun masa ni pernafasan aisy msh normal, tapi doktor bg oxygen & aisy perlu masuk ICU..
Akhirnya, setelah beberapa jam aisy dlm ICU baru dapat detect aisy kene denggi berdarah.. MasyaAllah.. bukan denggi biasa yg aisy bertarung selama ni.. denggi berdarah sayang.. kuatnya anak syurga ummi..
Ummi redha dgn pemergianmu sayang.. Ummi halalkan setiap titik susu yg masuk dlm badan Aisy.. tenanglah anak ku, tunggu ummi & baba.

Enam hari Aisy bertarung lawan demam panas, sampai hari keenam, akhirnya doktor berjaya kesan denggi berdarah. Tak apa sayang, syurga menantimu di sana. 

Sedekahkan Al-Fatihah. 

Aisy Zulqarnain bin Amirul Faiz

15 September 2016 – 23 Februari 2017



GruGru

‘Takpe sayang, syurga menantimu di sana’ | sentot | 4.5