Taska biarkan anak asuhan makan najis sendiri

21 February 2017 | 4:08 am

SINGAPURA – Sebuah taska di Singapura didakwa mengabaikan anak-anak asuhan mereka  & gambar-gambar pendedahan wajah sebenar taska itu viral di media sosial, lapor Stomp. 

Gambar-gambar yg viral itu turut menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki memegang najisnya sendiri sebelum memasukkan jari ke mulut. Selain itu, kanak-kanak jg disuruh tidur di atas lantai tanpa sebarang alas, mahupun bantal. 

Pengadu, Singapore Tong jg mendakwa kakitangan taska Sam’s Early Learning Centre di Jalan Singapura  telah membuang susu tepung yg dibekalkan oleh ibu bapa untuk diberikan kpd anak-anak. Malah pihak taska tergamak memberi penghuni kecilnya itu makan buah-buahan yg hampir rosak. 

Tepung susu yg dibekalkan oleh ibu bapa dibuang – Singapore Tong | Foto – Stomp
Kanak-kanak dibiarkan tidur di atas lantai tanpa sebarang alas mahupun bantal Singapore Tong | Foto – Stomp

Laporan polis telah dibuat & siasatan sdg dijalankan oleh pihak polis & Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA). 

“ECDA ambil maklum dgn pendedahan yg viral di media sosial & sdg menjalankan siasatan. Keselamatan & kesihatan kanak-kanak di pusat penjagaan kanak-kanak adalh keutamana ECDA. 

“Di bawah Akta Pusat Penjagaan Kanak-Kanak, semua pusat-pusat penjagaan kanak-kanak dikehendaki menepati piawaian yg telah ditetapkan untuk melindungi keselamatan & kebajikan kanak-kanak,” kata jurucakap ECDA. 

Sementara itu, netizen di Singapura bagaikan tak percaya perkara seperti itu boleh berlaku di negara mereka. Netizen jg mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik taska berkenaan. – The Reporter



GruGru

Taska biarkan anak asuhan makan najis sendiri | sentot | 4.5