Teks Ucapan Penuh Bajet 2017 – Info

21 October 2016 | 3:11 pm

Berikut adalh teks ucapan penuh Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, yg jg Menteri Kewangan, dlm pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat pd Jumaat 21 Oktober 2016 dgn tajuk:


MENJAMIN PERPADUAN & PERTUMBUHAN EKONOMI, MENGHEMAH PERBELANJAAN INKLUSIF, MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT SELURUH



Bajet 2017

Pembentangan Bajet 2017

Tuan yg Dipertua,


Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2017 & bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua.


Tuan yg Dipertua,


BismillahirRahmanirRahim, Alhamdulillahi Rabbil A’iamin, Wa bihi Nastai’n.


1. Segala puji & puja serta kalimah tasbih dipanjatkan ke hadrat Allah Hu Ta’ala di atas limpah kurnianya yg menghimpunkan kita sekali lagi pd petang Jumaat 21 haribulan Oktober 2016, bersamaan 20 haribulan Muharram 1438 Hijriah yg mulia ini, bagi maksud pembentangan sebuah lagi dokumen besar negara yakni Bajet 2017.


2. Demikianlah, tentunya kita memohon limpahan rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, dgn selawat sesempurna anugerah.


3. Wahai Tuhan yg Maha Besar, sebaik-baik perancang, dipohon Taufik & Hidayah serta nikmat bahagia yg berkekal-kekalan kpd hamba-hambaMu ini seluruh rakyat Malaysia.


Tuan yg Dipertua,


4. pd kesempatan ini, kita mengalu-alukan kembalinya sejumlah lebih 23,000 orang jemaah Haji ke tanah air dgn selamatnya. Didoakan semoga semuanya telah memperoleh Haji yg mabrur. Insya-Allah.


Tuan yg Dipertua,


5. Saban tahun sejak kurang lebih enam dekad lalu, belanjawan¬belanjawan atau bajet-bajet telah dipersembahkan.


6. Jika kita mengimbas sejarah, bermula dgn belanjawan kali pertama pasca merdeka, di Parlimen pd tahun 1959, yg hanya berbekalkan peruntukan sebanyak RM888 juta, hinggalah Bajet 2017 ini, berperuntukkan sejumlah RM260.8 bilion.


7. dgn izin & kehendak Allah yg Maha Berkuasa jua, Kerajaan Perikatan, bertali-temali kini, sbg Kerajaan Barisan Nasional, telah berjaya mempertahan & memperkekalkan pertumbuhan KDNK, pd purata enam peratus setahun, selama hampir 60 tahun berturut-turut.


Alhamdulillah, Alhamdulillah.


Tuan yg Dipertua,


8. Bajet kali ini dgn diperuntukkan RM260.8 bilion, merupakan peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Bajet 2016.


9. Daripada jumlah ini, RM214.8 bilion adalh Perbelanjaan Mengurus & RM46 bilion pula, untuk Perbelanjaan Pembangunan. Ini tak termasuk simpanan luar jangka sebanyak RM2 bilion.


10. Di bawah Peruntukan Mengurus, RM77.4 bilion adalh untuk Emolumen, serta RM32 bilion untuk Perkhidmatan & Bekalan.


11. Manakala, RM103.9 bilion untuk Pemberian & Kenaan Bayaran Tetap. Pembelian Aset pula, diperuntukkan RM691 juta, & RM816.6 juta lagi, untuk perbelanjaan lain.


Tuan yg Dipertua,


12. Di bawah Peruntukan Pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak RM25.9 bilion, diikuti oleh sektor sosial RM12.2 bilion. Sektor keselamatan mendapat RM5.3 bilion, & sektor pentadbiran am lebih RM2.5 bilion.


13. Oleh itu, berdasarkan prestasi semasa, hasil 2017 dijangka berkembang sekitar tiga peratus iaitu kpd RM219.7 bilion.


14. Selain itu,… sasaran Kerajaan untuk defisit fiskal tiga peratus daripada KDNK pd 2017, mudah-mudahan dapat dicapai, berbanding,… 3.1 peratus pd tahun ini.


15. Jadinya, Tuan yg Dipertua, saudara & saudari,… saya faham, angka & nombor-nombor yg disebut barangkali tak mudah difahami ramai.


16. Sebenarnya, apa yg hendak saya sampaikan adalh, Kerajaan sentiasa komited untuk melaksanakan bajet yg terbaik melalui perbelanjaan berhemah, sekalipun,… kita berhadapan dgn ketidaktentuan ekonomi dunia.


Saudara & saudari,


17. Maksud perbelanjaan berhemah oleh Kerajaan di sini, kalau hendak dipercontohkan dlm sesebuah keluarga, seorang bapa atau ketua keluarga harus bijak dlm menguruskan kewangan untuk keperluan seisi rumah.


18. Ertinya, jika dulu,… dapat dibelikan mainan yg agak mahal untuk anak-anak,…dlm keadaan sekarang,… beli tetap beli jg,… tetapi yg bersesuaian dgn kadar kemampuan.


19. Manakala, makan minum,… kalau sebelum ini boleh sedikit bermewah & makan-makan di restoran mahal,… kini boleh bersederhana serta berjimat, barangkali di restoran-restoran berpatutan, namun tak kurang enak makanannya.


20. Tambahan lagi, Malaysia dikenali sbg ‘Syurga Makanan’.


21. Misalnya, dlm Amanat Merdeka baru-baru ini, saya telah memberi contoh makanan yg sedap & harga pun boleh tahan, namun msh enak seperti Nasi Kandar Vanggey di Ipoh.


22. Terkini pula, saya dapat tahu,… telah viral tentang ‘Nasi Lemak Anak Dara’ di Shah Alam yg diusahakan oleh seorang graduan wanita muda dr universiti tempatan… Kesiannnn katanya dah kena saman pulak.


23. Apa pun,… Kerajaan kini harap & kita galakkan individu-individu terutamanya para graduan, yg ingin menjadi usahawan seperti ini didoakan agar terus berusaha & berjaya.


Tuan yg Dipertua,


24. Berbalik kpd Bajet 2017 ini,… kita ingin mengambil ibarat & teladan daripada kisah-kisah di zaman Nabi Allah Yusof Alaihi Salam, bersempena Kitab Suci al-Quran Surah 12, ayat-ayat 43 hingga 49, tentang perancangan tujuh tahun pertama & persediaan, selanjutnya tujuh tahun cabaran mengekalkan keutuhan ekonomi negara.


25. Beriktibar daripada peristiwa bersejarah itu, merujuk kpd situasi yg berlaku kpd ekonomi negara kita, pd tahun 2008, yakni tujuh tahun lalu, Malaysia tak terlepas daripada dilanda kelembapan ekonomi global.


26. Justeru, selepas dilantik sbg Menteri Kewangan, di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kami telah melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama, berjumlah hampir RM7 bilion, bagi merangsang kembali pertumbuhan ekonomi negara.


27. Sebenarnya, pakej pertama itu, merupakan langkah interim sahaja. Kemudiannya, kira-kira sebulan sebelum saya dilantik menjadi Perdana Menteri pd Mac 2009, Pakej Rangsangan Kedua bernilai RM60 bilion telah digerakkan.


28. Ternyata, langkah proaktif ini berjaya memangkin ekonomi negara yg lembap pd masa tersebut. Hasilnya, ekonomi Malaysia kembali berkembang, dgn pertumbuhan KDNK mencecah 7.4 peratus pd tahun 2010.


Tuan yg Dipertua,


29. Alhamdulillah, rentetan daripada inisiatif-inisiatif pakej-pakej stimulus tersebut, & tujuh bajet yg telah dilaksanakan, ekonomi kita stabil & kekal berada di landasan positif.


Tuan yg Dipertua,


30. Sesungguhnya, keadaan ekonomi global atau external economy masa kini adalh tak menentu & berada di luar kawalan kita.


26. Justeru, selepas dilantik sbg Menteri Kewangan, di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri ketika itu, Tun


Abdullah Ahmad Badawi, kami telah melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama, berjumlah hampir RM7 bilion, bagi merangsang kembali pertumbuhan ekonomi negara.


27. Sebenarnya, pakej pertama itu, merupakan langkah interim sahaja. Kemudiannya, kira-kira sebulan sebelum saya dilantik menjadi Perdana Menteri pd Mac 2009, Pakej Rangsangan Kedua bernilai RM60 bilion telah digerakkan.


28. Ternyata, langkah proaktif ini berjaya memangkin ekonomi negara yg lembap pd masa tersebut. Hasilnya, ekonomi Malaysia kembali berkembang, dgn pertumbuhan KDNK mencecah 7.4 peratus pd tahun 2010.


Tuan yg Dipertua,


29. Alhamdulillah, rentetan daripada inisiatif-inisiatif pakej-pakej stimulus tersebut, & tujuh bajet yg telah dilaksanakan, ekonomi kita stabil & kekal berada di landasan positif.


Tuan yg Dipertua,


30. Sesungguhnya, keadaan ekonomi global atau external economy masa kini adalh tak menentu & berada di luar kawalan kita.


31. Pertumbuhan perlahan ekonomi antarabangsa berpunca daripada kelembapan kesemua Kuasa-Kuasa Besar Ekonomi Dunia secara serentak.


32. Sebab itulah, pertumbuhan KDNK dunia menurun daripada 3.2 peratus pd 2015, ke paras 3.1 peratus yg diunjurkan bagi tahun 2016.


33. Kendatipun begitu, kita amat bersyukur, pertumbuhan ekonomi kita msh kekal stabil & sustainable bagi separuh pertama tahun ini.


34. Jelasnya, ekonomi negara terus berkembang pd 4.1 peratus & kita yakin sasaran pertumbuhan empat hingga 4.5 peratus bagi tahun 2016 & empat hingga lima peratus pd 2017 akan tercapai, Insya-Allah.


35. Sesungguhnya jua, we are now on the right track kerana berani membuat keputusan-keputusan yg tepat, sekalipun ia tak popular.


36. Saya hendak nyatakan di sini, bahawa all those major and crucial decisions were deliberately done.


37. Bak kata pepatah Melayu, Menyediakan Payung Sebelum Hujan dgn mempasak & memancang, foundation yg kukuh demi kedudukan jangka masa panjang kewangan & ekonomi negara.


Tuan yg Dipertua, Saudara & Saudari sekalian,


38. Segalanya ini dicapai berkat kegigihan & perancangan Kerajaan dgn menumpukan kpd beberapa dasar strategik, sejak tahun 2010.


39. Pertamanya: Mempelbagaikan sumber hasil Kerajaan, terutamanya mengurangkan kebergantungan hasil negara daripada sektor minyak & gas sebanyak 41.3 peratus pd tahun 2009 kpd 14.6 peratus pd tahun 2016.


40. Hasil daripada mempelbagaikan ekonomi secara lebih meluas ini, pertumbuhan ekonomi negara dapat dipertahankan & msh terpelihara, sungguhpun harga minyak telah merosot hampir 50 peratus.


41. Keduanya: Langkah berani Kerajaan memperkenalkan GST untuk meluaskan sumber pendapatan Kerajaan. Perlu kita sedar, hasil cukai langsung dr individu hanyalah terdiri daripada 2.1 juta pembayar sahaja, daripada 14.6 juta jumlah warga kerja negara.


42. Tambahan pula, dgn kejatuhan harga minyak, dianggarkan Kerajaan kehilangan pendapatan kira-kira RM30 bilion setahun, daripada sumber cukai pendapatan, cukai korporat, royalti, dividen Petronas & cukai petroleum.


43. Sedarilah, dgn adanya GST, Kerajaan berupaya menampung perbelanjaan di kala sumber yg lain berkurangan.


Tuan yg Dipertua,


44. Sukacita saya melaporkan, melalui GST sebanyak hampir RM30 bilion telah berjaya dikutip setakat 19 Oktober 2016.


45. Apa yg pastinya, ingin saya tegaskan di sini,… janganlah percaya gembar-gembur bahawa kadar GST akan dinaikkan. Itu cuma cakap-cakap kosong & tak benar sama sekali.


46. Langkah Ketiganya, Rasionalisasi Subsidi: sbg contoh, jika hendak dibandingkan bagi minyak, pd tahun 1995, masa itu subsidi hanyalah RM123 juta. Jumlah ini hanya mewakili 0.24 peratus daripada bajet keseluruhan negara.


47. Kemuncaknya, pd tahun 2012, mencecah jumlah subsidi RM24.8 bilion, atau 9.8 peratus daripada bajet keseluruhan negara.


48. Secara langsungnya, dasar subsidi pukal jelas membebankan kewangan negara & menggalakkan ketirisan, & kita telah ganti dgn subsidi bersasar, yg manfaatnya sampai kpd golongan yg benar-benar memerlukan bantuan.


Tuan yg Dipertua,


49. Terbukti, melalui segala inisiatif yg diambil oleh pihak Kerajaan ini, ekonomi kita berkembang secara mampan, & kini, mengikut ukuran Purchasing Power Parity,… Malaysia telah menjadi sebuah negara upper middle income, mengatasi banyak negara bukan sahaja di Asia, namun di seantero dunia.


50. Maknanya, menurut KDNK PPP per kapita rakyat Malaysia, telah meningkat daripada US$23,100 pd tahun 2012, kpd US$26,891 pd tahun 2015.


Tuan yg Dipertua,


51. pd sudut lain,… Kerajaan sedar tentang desas-desus bahawa, para pelabur sekarang kononnya tak lagi berkeyakinan dgn ekonomi Malaysia.


52. Perlu difahami, ekonomi sesebuah negara sgt berkait rapat dgn persepsi, sebabnya, tanpa keyakinan mana mungkin datangnya pelaburan untuk ekonomi digerakkan.


53. But, if our own people,…. undermine and sabotage our own economy, ibaratnya merudumkan rumah & tanah air kita sendiri.


54. Justeru, perbuatan durjana oleh musuh-musuh luar apatah lagi tangan-tangan kotor dlm negara, yg tak bertanggungjawab seperti ini,…mesti dihentikan!!!


Tuan yg Dipertua,


55. Bagi kita,…Kerajaan Barisan Nasional, bak kata orang, sekalipun seribu panah tersusuk di badan,…seandainya sejuta luka terbenam diserang, demi rakyat Malaysia yg tercinta, dr Semenanjung hingga Sabah & Sarawak, kita akan terus mara menjulang Malaysia ke hadapan.


Tuan yg Dipertua,


56. Syukur Alhamdulillah, fakta-fakta telah membuktikan hakikat sebenarnya.


57. Misalnya, jumlah pelaburan asing yg telah diluluskan bagi separuh pertama tahun 2016, adalh lebih RM28 bilion. Ini merupakan peningkatan sebanyak 32 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.


58. Ini,…tak termasuk pelaburan domestik lebih RM60 bilion.


59. Malah, semasa lawatan ke Jerman bulan lalu, pertemuan saya dgn komuniti perniagaan di sana, mereka menyatakan minat untuk terus kekal dgn pelaburan di sini, kerana yakin dgn dasar-dasar Kerajaan Malaysia yg jelas.


60. Contohnya, syarikat Osram telah mengumumkan pelaburan bernilai 1 bilion Euro, atau hampir RM5 bilion.


61. Pelaburan untuk kilang LED di Kulim, Kedah ini adalh yg terbesar & terkini di seluruh dunia.


62. Insya-Allah, minggu hadapan, saya akan ke China pula. Doakanlah agar lawatan ini akan membawa kejayaan yg lumayan untuk negara kita.


63. Terkini, menurut Kaushik Basu, Chief Economist and Senior Vice President of the World Bank,… as many nations suffer because of falling global commodity prices, Malaysia stands out for having transformed itself from a poor, commodity- exporting nation to a modern diversified economy.


Tuan yg Dipertua,


64. Setiap kali bajet dibuat, ramai akan merujuk & membahas kpd beberapa ayat penting dlm al-Quran, antaranya Surah Al-Hasyr ayat 7, bahawa, janganlah harta itu berlegar di kalangan orang-orang kaya di antara km sahaja.


65. Saya telah merujuk kpd pandangan pakar & alim ulama tentang perkara ini & difahamkan bahawa tafsiran ayat ini perlulah dilihat dlm konteks yg lebih luas & holistik.


66. Memetik huraian Imam Al-Mawardi, sesuatu pemberian atau peruntukan seperti bajet ini, kpd masyarakat adalh bersifat subjektif dgn mengambil kira keperluan & maslahah semasa rakyat terbanyak.


67. Sesungguhnya, untuk menggubal sebuah bajet yg kompleks, bukanlah perkara enteng. sbg Kerajaan yg merasa denyut nadi rakyat, sepanjang beberapa bulan yg lalu, Kerajaan jg telah menerima ribuan idea daripada rakyat pelbagai lapisan & kategori.


Tuan yg Dipertua,


68. Bertapak dr itu, makanya Bajet 2017 digubal dgn berpegang kpd Lima Prinsip & Falsafah Kerajaan.


Satu: Kerajaan ini adalh Kerajaan yg mengutamakan kesepaduan nasional dlm pembinaan negara bangsa.


Kepelbagaian etnik & kemajmukan sbg aset teras kemajuan & pembangunan negara semenjak dulu, kini & selamanya;


Kedua: Kerajaan ini adalh Kerajaan yg mementing & memelihara kedaulatan, keluhuran Perlembagaan & undang-undang serta keselamatan negara;


Ketiga: Kerajaan ini, adalh Kerajaan yg kohesif & stabil serta bekerja sbg satu pasukan yg jitu;


Keempat: Kerajaan ini, adalh Kerajaan yg gigih berusaha, dgn arah tuju yg jelas, perancangan yg sistematik & pelan pelaksanaan yg tersusun, efisyen lagi holistik. Indeed, this Government has delivered,… we are still delivering and most importantly, we will continue to deliver.


&,…


Kelimanya: Kalau dlm bernegara, kita berpegang kpd ideologi kebangsaan yakni Rukun Negara. Maka dlm mentadbir Malaysia, Kerajaan ini akan terus berpandukan kpd falsafah Islami yg universal sifatnya yakni Wasatiyyah, merangkumi kesederhanaan, keseimbangan, keadilan sosial, kesaksamaan & kecemerlangan.


Ini bererti,… kita senantiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh yg terbaik,…bukan sederhana, complacent atau berpuas hati dgn pencapaian ala kadar sahaja.


Tuan yg Dipertua, rakyat Malaysia yg dikasihi sekalian,


69. dlm melalui suka duka episod memacu kejayaan negara,… kita tak lupa kpd tokoh-tokoh jg pimpinan- pimpinan yg menjadi sumber inspirasi & teladan kpd semua.


70. Lalunya,… di kesempatan ini, kita menzahirkan ucapan takziah kpd keluarga beberapa insan yg banyak berjasa kpd negara. Mereka yg akan saya sebutkan sememangnyalah bukan terdiri daripada ahli Parlimen namun, sekadar berkongsi cerita & rasa.


71. Pertamanya, Allahyarham Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa yg menumpah taat setia kpd perjuangan bangsanya & partinya hingga ke hujung usianya, 93 tahun.


72. Kedua, kpd seorang lagi sahabat peribadi saya & keluarga, yakni Allahyarham Tuan Guru Ustaz Datuk Dr. Haron Din.


73. Sesungguhnya, kita rakyat Malaysia telah kehilangan dua tokoh yg sgt dihormati.


74. Jelas sekali, meskipun Allahyarham Tuan Guru berada di landasan politik berbeza, namun, kita tetap menyanjung tinggi perjuangan beliau untuk ummah, & pihak Kerajaan telah menganugerahkan gelaran Tokoh Khas Maal Hijrah 2016 kepadanya. Tapi kita berasa sedih & kecewa, kerana ada kalangan pihak pembangkang sendiri yg terang-terangan membenci & menista beliau.


Tuan yg Dipertua,


75. Pernah, semasa saya melawat beliau di hospital, secara peribadi tokoh ilmuwan Islam ini, ada menyebut kpd saya bahawa, “jika kita suka kpd seseorang itu berpada-padalah,… mana tahu kelak kita akan membencinya. Kalau kita benci kpd seseorang itu pula, berpada-pd jugalah,… kerana mungkin orang yg dibenci itu kelak akan menjadi orang yg kita sayang”


76. kpd kedua-duanya, yg telah dipanggil pulang ke ribaan yg Maha Esa, kita sedekahkan – ummul kitab Al-


Fatihah…


Tuan yg Dipertua,


77. Kita kini berada di ambang enam dekad kemerdekaan watan tercinta ini. Selama itulah penjawat awam yg kini jumlahnya mencecah 1.6 juta orang, menjadi tonggak pentadbiran & jentera kemajuan negara.


78. sbg menghargai khidmat bakti & jasa mereka, sukacitanya saya mengumumkan:


Pertama: Kemudahan Cuti Belajar dgn gaji dibayar penuh bersama biasiswa yg sebelum ini hanya kpd


Kumpulan Pengurusan & Profesional, kini akan diberikan jg kpd Kumpulan Pelaksana;


Kedua: Pemberian Cuti Kuarantin kpd penjawat awam yg anaknya sakit & perlu dikuarantin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak lima hari;


Ketiga: Kalau seperti sedia ada kemudahan pembiayaan diberikan kpd pembelian komputer, bajet kali ini memutuskan agar kemudahan ini diperluaskan meliputi pembelian smartphone dgn had pinjaman sehingga RM5,000 bagi setiap tiga tahun; &


Keempat: tak cukup dgn itu,…tak cukup… Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan daripada RM5,000 kpd RM10,000.


Tuan yg Dipertua,


Kelima: Kerajaan tetap mengambil berat tentang perumahan penjawat awam, & terus komited supaya mereka memiliki rumah sendiri.


Maka dgn ini, sukacita Kerajaan bersetuju menaikkan kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam daripada serendah-rendahnya RM120,000 kpd RM200,000, manakala pinjaman paling tinggi sebelumnya RM600,000, kini dinaikkan kpd RM750,000;


Keenam: Sebanyak 30,000 unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan; dgn harga jualan sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran; yakni berharga antara RM90,000 hingga ke RM300,000;


Ketujuh: kpd pegawai contract of service & contract for service yg akan tamat pd penghujung tahun ini pula, usahlah bimbang, kontrak tuan-tuan & puan-puan akan Kerajaan lanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi;


Kelapan: Bagi mengatasi masalah para doktor pakar yg mahu meninggalkan perkhidmatan awam atas isu kelewatan naik pangkat,… Kerajaan memandang serius,…seraya kita umumkan satu lapisan gred baru, yakni gred 56 antara gred 54 & JUSA C diwujudkan, bagi pegawai perubatan pakar & pegawai pergigian pakar; &


Kesembilan: Kerana kekangan jawatan tetap, Kerajaan mengambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian & farmasi selewat-lewatnya Disember 2016.


Untuk makluman,… hampir 2,600 doktor yg sebelum ini tak dapat penempatan housemanship di mana-mana hospital, kini boleh menjalani housemanship secara kontrak. Harapnya, berita ini akan membawa khabar gembira kpd mereka & keluarga.


Tuan yg Dipertua,


79. Sebelum pembentangan diteruskan, saya ingin memperbetulkan beberapa tuduhan & misconceptions yg dimomok oleh pihak tak bertanggungjawab, sehingga mengeliru & menimbulkan keresahan tak menentu di kalangan masyarakat tentang ekonomi Malaysia.


80. Salah faham & salah persepsi yg pertama,… dikatakan – Kerajaan akan bankrap atau muflis.


81. Berkait perkara ini, saya ingin maklumkan bahawa, sesebuah Kerajaan hanya dikategorikan sbg bankrap atau muflis, sekiranya Kerajaan tersebut tak mampu membayar tanggungan hutang-hutangnya.


82. Letak duduk ini, dinilai melalui penarafan oleh antaranya tiga buah
agensi antarabangsa yg sgt berwibawa yakni, Fitch, Moodys & Standard & Poors.


83. Institusi-institusi inilah Badan-Badan Penarafan yg diterima pakai
rating & laporan keupayaan negara-negara dlm membayar balik hutang.


84. sbg perbandingan, menerusi agensi penarafan Fitch, terkini
Malaysia diberi penarafan A- berbanding dgn Filipina BBB-, Thailand BBB+ & Vietnam BB-.


85. Malah penarafan Malaysia, adalh sama dgn kelompok negara yg saiz ekonominya lebih besar & maju daripada negara kita, seperti Korea AA-, China A+ , Taiwan A+, & Jepun A.


86. Maknanya di sini,…istilah muflis atau bankrap itu jauh sekali
daripada kamus ekonomi Malaysia!!!


Tuan yg Dipertua,


87. Salah faham & salah persepsi kedua,… dikatakan bahawa Malaysia is a Failed State, atau Negara yg Gagal.


88. Inipun fitnah semata-mata. Saya nak terangkan apa maknanya Failed
State… Ia terjadi seandainya sesebuah negara itu gagal melaksanakan
sebahagian besar tanggungjawab & fungsi asas Kerajaan.


89. Ini termasuklah kegagalan anggota polis & askar mengawal keamanan & keselamatan negara, kegagalan Kerajaan untuk membayar gaji penjawat awam, kegagalan untuk membekalkan keperluan asas seperti air & elektrik, kadar inflasi melambung tinggi atau hyper inflation, sehingga membawa kpd kehancuran ekonomi.


90. Ternyata ciri-ciri tersebut tak wujud di Malaysia!!!…&,…
dgn pertolongan Allah, Kerajaan ini tak sesekali akan membiarkan kita terjerumus ke kancah negara yg gagal.


91. Bajet ini bukanlah digubal bagi kepentingan, atau berlegar kpd
kumpulan rakyat tertentu sahaja. Namun direkayasa, bersifat inklusif demi kesejahteraan rakyat seluruhnya.


92. Justeru, jika digambarkan melalui piramid, dlm negara kita,
terdapat tiga kategori utama rakyat berdasarkan kpd julat pendapatan isi rumah yakni T20, M40 & B40.


93. Bagi golongan rakyat M40 secara umumnya, adalh kelompok isi rumah yg berpendapatan sekitar RM3,900 hingga RM8,300.


94. Golongan M40 termasuklah individu bujang, & kebanyakannya merupakan suami isteri bekerja, berpendidikan & berkemahiran tinggi.


95. Alhamdulillah, golongan ini tak mempunyai masalah memenuhi
keperluan asas mereka. Namun, menjadi hasrat Kerajaan untuk meningkatkan disposable income atau pendapatan boleh guna mereka.


96. Ini merangkumi aspek-aspek kerjaya yg terjamin, peluang peningkatan pendapatan dr masa ke semasa, perumahan, keselamatan, pendidikan, kesihatan & keseimbangan antara kesibukan kerja, berekreasi serta masa yg berkualiti bersama keluarga masing-masing.


Tuan yg Dipertua,


97. Untuk kefahaman ramai, B40 pula ialah golongan isi rumah
berpendapatan 40 peratus terendah, dgn pendapatan isi rumah sekitar RM3,900 ke bawah. & perspektif ekonomi makro, wujudnya golongan ini adalh lazim di mana-mana negara membangun.


98. Menurut Laporan Khazanah Research Institute, kadar pertumbuhan
pendapatan isi rumah B40 ini meningkat lebih pantas, jika dibandingkan dgn pertumbuhan pendapatan golongan M40 & T20.


Tuan yg Dipertua, saudara saudari & rakyat Malaysia yg dikasihi
sekalian,


99. Sekiranya dlm Bajet 2015, saya telah mentafsirkan People Economy & Capital Economy, kali ini, saya mahu menambah satu lagi konsep penting dlm kita menuju status negara maju yakni, public happiness.


100. Maksud saya, bajet ini bukan hanya tentang pendapatan semata-mata, tetapi ia berkait kualiti kesejahteraan hidup rakyat, seperti aman dr jenayah, menikmati alam sekitar yg bersih dgn pelbagai seni & kebudayaan yg berwarna-warni.


101. jg,…pencapaian pendidikan yg tinggi, mengangkat kesarjanaan & keintelektualan, adanya khidmat kesihatan yg terjamin serta memiliki akses kpd pengangkutan awam yg efisyen.


102. Sehubungan dgn hal alam sekitar, kita perlu terus memelihara alam semula jadi terutama kawasan tadahan air & mempastikan bahawa kawasan-kawasan yg telah diisytiharkan sbg hutan simpanan & taman-taman nasional dijaga serta sentiasa dipertahankan agar tak dicerobohi. Ini hanya akan menjadi kenyataan seandai semua Kerajaan Negeri memberikan kerjasama sepenuhnya dgn
gandingan sektor swasta & rakyat jelata.


Tuan yg Dipertua,


103. Demi kesejahteraan rakyat, Kerajaan akan terus komited melaksanakan projek & program Rakyat Centric di bandar & luar bandar seperti berikut:


Pertama: Melalui maklumat & sesi turun padang, terdapat kampung-kampung yg msh berada dlm keadaan suram gelap tanpa kelengkapan tiang-tiang lampu jalan.


Makanya, menjadikan kampung di waktu malam lebih terang, bercahaya lagi selamat, sebanyak 97,000 lampu jalan & 3,000 lampu LED di persimpangan jalan akan dipasang.


Ini melibatkan 7,500 kampung di seluruh negara, termasuk Sabah & Sarawak;


Kedua: Membina & menaik taraf 616 kilometer jalan kampung & jambatan bagi meningkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan & bandar, dgn peruntukan RM1.2 bilion;


Ketiga: Bagi menyelenggara jalan negeri, RM4.6 bilion disediakan kpd semua negeri di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia atau MARRIS;


Keempat: Membina & membaik pulih 17,000 unit rumah usang & daif di kampung terpencil & penempatan Orang Asli dgn peruntukan RM350 juta.


Setiap unit rumah diberi bantuan baik pulih antara RM1,000 hingga RM15,000 bergantung kpd usangnya keadaan rumah tersebut;


104. Terkini pula, terdapat pelbagai masalah bekalan air di beberapa negeri, antaranya kekurangan kapasiti bekalan, cuaca kemarau, pencemaran sisa industri & pembalakan serta kebocoran paip.


105. Bagi menaik taraf kapasiti & menjamin bekalan air, Kerajaan
memperuntukkan geran RM156 juta & RM509 juta dlm bentuk pinjaman.


106. sbg tambahan, untuk mengatasi masalah bekalan air di seluruh
negara, Tabung Bekalan Air akan diwujudkan dgn segera, berperuntukkan RM500 juta.


Keenam: Menyediakan bekalan elektrik luar bandar, mensasarkan hampir 10,000 buah rumah dgn peruntukan RM460 juta; &


Ketujuhnya: Kerajaan sentiasa mengambil berat kebajikan penduduk
bandar khususnya yg tinggal di flat. Didapati rumah-rumah pangsa ini banyak berkeadaan luntur & kusam kerana tak dipulihara sebaiknya. Begitu jg keadaan lif-lif yg rosak & bermasalah.


Oleh itu, Kerajaan menyediakan RM300 juta di bawah Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia untuk membaik pulih kemudahan kawasan flat & 113 Program Perumahan Rakyat di kawasan bandar & pinggir bandar.


107. Kerajaan jg akan melaksanakan Projek Mesra Rakyat dgn
peruntukan RM800 juta. Antaranya, menaik taraf & membina surau, titi, parit, balai raya, pasar & gerai perniagaan kecil. Keutamaan projek diberi kpd kontraktor kelas G1 & G2 tempatan.


108. Selain itu, 69 projek Rancangan Tebatan Banjir akan diteruskan di
seluruh negara dgn peruntukan RM495 juta.


Tuan yg Dipertua,


109. Sukacita saya mengumumkan satu lagi inisiatif baharu Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS yakni, MyBeautiful New Home, khusus kpd golongan B40, dgn peruntukan RM200 juta.


110. sbg permulaan, 5,000 unit rumah akan dibina dgn harga RM40,000 hingga RM50,000 seunit.


111. Menariknya, Kerajaan akan membiaya RM20,000 & bakinya dibayar secara ansuran oleh pemilik. Syaratnya, rumah ini akan dibina di tanah milik sendiri, tanah yg telah mendapat kebenaran tuan tanah & tanah kurniaan Kerajaan Negeri.


112. KPKT pula akan membina 9,850 unit rumah di bawah PPR & menyediakan sebanyak RM134 juta bagi tahun 2017.


113. Sementara itu, 11,250 unit rumah PPR sdg dlm pembinaan & RM576 juta disediakan. Rumah ini dijual dgn harga antara RM35,000 sehingga RM42,000, walaupun kos pembinaannya menelan RM120,000 hingga RM160,000.


Tuan yg Dipertua,


114. Bagi membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat, terutamanya kelompok B40, RM275 juta diperuntukkan seperti berikut:


Pertama: Memperluaskan Program MySuria dgn peruntukan RM45 juta. Panel solar akan dipasang di lebih 1,600 rumah. Setiap peserta program akan menerima RM250 sebulan;


Kedua: Memperluas Program Mobilepreneur oleh GIATMARA, dgn peruntukan RM30 juta, yg mensasarkan 3,000 peserta bermotosikal;


Ketiga: Melaksanakan program Agropreneur, dgn peruntukan RM100 juta bagi melahirkan 3,000 usahawan tani muda yg terlibat di dlm pengeluaran hasil tani bernilai tinggi; &


Keempat: Menggiatkan program eUsahawan & eRezeki di bawah MDEC, merangkumi 300,000 peserta dgn peruntukan RM100 juta.


Saudara & saudari,


115. Bagi meringankan kos sara hidup rakyat, Kerajaan menyediakan
peruntukan subsidi hampir RM10 bilion, merangkumi subsidi bahan api termasuk gas memasak, pampasan tol & pengangkutan awam.


116. Untuk membantu golongan pesawah padi pula, Kerajaan memperuntukkan RM1.3 bilion untuk subsidi harga padi, benih padi & baja padi, termasuk padi bukit.


117. sbg insentif kpd pekebun kecil getah yg berdaftar, Kerajaan memperuntukkan RM250 juta untuk pelaksanaan pembelian ‘harga lantai’.


118. sbg langkah tambahan, bajet ini jg mengumumkan, Kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM200 sebulan bagi tiga bulan pd November, Disember & Januari memanfaatkan 440,000 pekebun kecil & penoreh getah.


119. Selanjutnya, bagi meringankan beban sara hidup 57,000 nelayan,
pemberian elaun RM200 hingga RM300 sebulan akan diteruskan.


Tuan yg Dipertua,


120. Sejak Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BRIM diperkenalkan, setiap tahun tanpa gagal, program ini terus mendapat sambutan & maklum balas yg sgt positif daripada penerima.


121. pd satu program yg saya hadiri, seorang penerima BR1M dr
keturunan India, telah datang & menggenggam erat tangan saya sambil berkata,… ‘saya tarak kisah apa orang mau cakap pasal Kerajaan, yg penting Datuk Najib,…BR1M bantu saya & keluarga’.


122. Jadinya, Tuan yg Dipertua, saudara & saudari rakyat Malaysia
sekalian,…kata orang,…


Dedak bukan,…umpan pun bukan,
BR1M yg ikhlas satu pemberian,
Keperluan rakyat kita dahulukan,
Jumlah BR1M, kita tambah-tambahkan.


123. Sehubungan itu, untuk tahun hadapan, kadar BR1M dinaikkan seperti berikut:


Pertama: BR1M kpd isi rumah dlm senarai e-Kasih & berpendapatan bulanan di bawah RM3,000, akan dinaikkan daripada RM1,050 & RM1,000 kpd RM1,200 ringgit;


Kedua: BR1M kpd isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, akan dinaikkan daripada RM800 kpd RM900 ringgit, &


Ketiga: Bagi individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000, BR1M akan dinaikkan daripada RM400 kpd RM450.


124. tak sekadar itu, Skim Khairat Kematian akan diteruskan dgn
pampasan RM1,000 kpd waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah & warga emas. Keseluruhan Program BR1M ini akan memanfaatkan 7 juta penerima dgn peruntukan RM6.8 bilion.


Tuan yg Dipertua,


125. Bagi menghasilkan tenaga kerja tempatan yg memenuhi keperluan industri, kapasiti pendidikan TVET akan diperkasakan dgn peruntukan RM4.6 bilion kpd institusi-institusi TVET.


126. Menerusi NBOS, untuk mengoptimakan aset-aset Kerajaan, maka sembilan buah kampus Institut Pendidikan Guru, akan diubah suai untuk menjadi Politeknik & Kolej Vokasional.


127. Akhirnya, empat buah akan menjadi Politeknik, empat lagi Kolej
Vokasional, & sebuah lagi sbg pusat latihan jurulatih TVET.


128. Di atas inisiatif kreatif ini, hanya kira-kira RM400 juta
diperuntukkan, berbanding RM250 juta, untuk membina hanya sebuah politeknik yg
baharu. Ini menjimatkan wang Kerajaan kira-kira RM2 bilion.


129. Selanjutnya, RM270 juta disediakan untuk naik taraf peralatan
pembelajaran di institusi TVET serta RM360 juta bagi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.


130. Berhubung ini, potongan cukai sebanyak dua kali diberikan ke atas
perbelanjaan syarikat swasta yg menyediakan Structured Internship Programme bagi pelajar di peringkat ijazah sarjana muda, diploma & pelajar Tahap 3 & ke atas di bawah Program TVET. Insentif ini dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun mulai tahun taksiran 2017 hingga tahun taksiran 2019.


136. Di kesempatan ini, saya ingin mengumumkan satu skim pembayaran akhir atau end-financing khas jenis step-up untuk program PR1MA.


137. Me1alui skim khas ini, pembiayaan lebih mudah & accessible kpd pembeli, dgn jumlah pinjaman mencecah 90 hingga 100 peratus, & kadar penolakan pinjaman akan berkurangan secara drastik.


138. Proses permohonan bagi skim ini akan mula dilaksanakan pd 1 Januari 2017. Skim ini merupakan basil kerjasama di antara pihak Kerajaan, Bank Negara Malaysia, KWSP & jg empat bank tempatan iaitu Maybank, CIMB, RHB & AmBank.


139. Contohnya, pemohon yg berpendapatan RM3,000 sebulan, hanya layak mendapat pinjaman lebih RM187,000. Melalui skim pembiayaan khas ini, pemohon boleh mendapatkan pinjaman sehingga lebih RM295,000.


140. Di samping itu diumumkan pengecualian duti setem dinaikkan kpd 100 peratus ke atas surat cara pindah milik & surat cara pinjaman perumahan. Ini membantu mengurangkan kos pemilikan rumah pertama, berbanding 50 peratus pd masa ini.


141. Walau bagaimanapun, layanan pengecualian ini terhad kpd nilai
rumah sehingga RM300,000 bagi pembelian kediaman pertama sahaja, antara tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2018.


Tuan yg Dipertua,


142. Untuk pembangunan infrastruktur bagi Rumah Generasi Kedua, Felda, Felcra & RISDA masing-masing diperuntukkan RM200 juta, RM100 juta & RM100 juta lagi.


Tuan yg Dipertua,


143. Seterusnya berita gembira untuk pembayar cukai. Jika kini terdapat
21 kategori pelepasan cukai individu, terbaru, untuk pembelian bahan bacaan, komputer & peralatan sukan digabungkan sbg pelepasan cukai gaya hidup.


144. Ini diperluaskan meliputi pembelian akhbar-akhbar arus perdana,
smartphone & tablet, langganan internet serta bayaran keahlian gimnasium. Pelepasan ini diberi sehingga RM2,500 setiap tahun, berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2017.


Tuan yg Dipertua,


145. NBOS telah menjimatkan RM3.5 bilion perbelanjaan negara.


146. Oleh kerana sambutan hebat daripada rakyat, empat lagi UTC di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang & Selangor, & tiga lagi RTC di Selangor, Sabah & Sarawak akan dibina dgn peruntukan RM100 juta.


147. sbg langkah baru, setiap UTC akan disediakan sebuah Job Centre untuk membantu memadankan antara pencari kerja & bakal majikan.


148. Di sini saya ingin bertanya,…mana ada Kerajaan dlm dunia yg
menyediakan pusat khidmat sehenti beroperasi tujuh hari seminggu, bermula 8 pagi hingga 10 malam? Mana ada,…melainkan Kerajaan Barisan Nasional.


149. Selain itu, inisiatif NBOS yg lain seperti program Bahasa Inggeris
1Malaysia, Coding di sekolah, Volunteering for International Professional & Global Entrepreneurship Community 2 diperuntukkan RM40 juta.


Tuan yg Dipertua,


150. Tatkala Kerajaan melaksanakan pelbagai program Rakyat Centric, Kerajaan terus komited memampankan fiskal negara jangka panjang dgn antara lain menubuhkan Collection Intelligence Arrangement atau CIA di bawah Kementerian Kewangan. Ini akan melibatkan LHDN, Kastam & SSM yg akan berkongsi data bagi menambah kecekapan mengutip cukai & tax compliance.


151. Selain itu, kadar duti setem ke atas surat cara pindah milik
hartanah bernilai melebihi RM1 juta, akan dinaikkan daripada tiga kpd empat peratus mulai 1 Januari 2018.


152. jg, projek rakyat-centric akan diteruskan melalui Inisiatif
Pembiayaan Swasta berjumlah RM10 bilion.


Tuan yg Dipertua,


153. Profesor HAMKA ada menyebut,…jiwa yg bersih tumbuh daripada
jasmani yg bersih & sihat, manakala kesempurnaan jati diri membentuk budi, iaitu ilmu mengatur kesihatan, yakni riadah, ataupun bersukan.


154. Namun bersih di sini, bukan bererti menyertai Perhimpunan
BERSIH…yg ternyata tak bersih.


155. Berbicara lagi hal sukan, kita amat bangga atas pencapaian kontinjen Olimpik & Paralimpik. Pertama kali Negaraku dikumandangkan di Rio De Janeiro.


156. Alhamdulillah, kontinjen negara telah menamatkan persaingan di Sukan Olimpik 2016 dgn pungutan empat pingat perak & satu pingat gangsa. Kita ucapkan syabas & tahniah setingginya kpd jaguh-jaguh sukan Olimpik negara!


157. Bagi pembangunan sukan negara, sebanyak RM1.2 bilion disediakan. Ini meliputi RM450 juta, khusus untuk penganjuran Sukan SEA ke-29 & Sukan Para ASEAN ke-9 pd tahun 2017.


158. Selain itu, beberapa program pembangunan sukan akan dilaksanakan:


Pertama: RM50 juta bagi pembinaan Akademi Bola Sepak Fasa II di Gambang, Pahang;


Kedua: RM122 juta bagi membina & menaik taraf fasiliti sukan termasuk Kompleks Belia & Sukan Negeri-negeri, Kompleks Futsal 1Malaysia & Kompleks Sukan Komuniti;


Ketiga: RM70 juta bagi Program Pembangunan Podium Sukan Elit untuk
penyediaan atlet ke temasya sukan antarabangsa; &


Keempat: RM54 juta bagi Program Pembangunan Ahli Sukan termasuk Program Penyediaan Atlet & Program Penyediaan Atlet Paralimpik.


Tuan yg Dipertua,


159. Kesihatan adalh segalanya. Lantaran itu, usaha bersepadu terus
dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat & kualiti penjagaan kesihatan di negara kita. Jadinya, RM25 bilion disediakan bagi program:


Pertama: Membina & menaik taraf hospital-hospital baharu serta Klinik
Kesihatan di Perlis, Kuching, Mukah, Jempol, Muar & Johor Bahru;


Kedua: Menaik taraf kemudahan hospital dgn peruntukan RM536 juta. Ini termasuk penyediaan peralatan rawatan kardiologi di Hospital Serdang, Hospital Pulau Pinang & Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, serta pembelian 100 buah ambulan;


Ketiga: RM4.5 bilion untuk operasi 340 Klinik 1Malaysia, 11 Klinik Bergerak 1Malaysia, 959 Klinik Kesihatan, & lebih 1,800 Klinik Desa sedia ada; & Keempat: RM4 bilion untuk bekalan ubat, consumables, vaksin & re-agen kpd semua hospital & fasiliti kesihatan Kerajaan.


Saudara & saudari,


160. Merujuk ehwal kesihatan, saya ingin memperkenalkan Dr. Mohd Lutfi Fadil Lokman. Beliau adalh anak muda contoh yg telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, melalui Hospital Beyond Boundaries Project yg dimulakannya di Kemboja. Sekalung tahniah & tepukan kpd Dr Lutfi yg saya anggap ikon golongan belia di bidang kesihatan.


Tuan yg Dipertua,


161. Selanjutnya, bagi mengurangkan kesesakan di hospital awam, Kerajaan akan bekerjasama dgn pihak swasta atau NGO, yg mengendalikan non-profit charitable hospital, mengikut kadar kos hospital Kerajaan. Pinjaman RM20 juta disediakan untuk membiayai pembelian peralatan hospital tersebut.


162. Seterusnya, RM110 juta diperuntukkan, di mana RM70 juta untuk
bantuan perubatan kpd 10,000 pesakit kurang berkemampuan.


163. sbg menggalakkan lebih banyak pusat hemodialisis swasta dibuka, RM40 juta diperuntukkan sbg geran one-off RM200,000 untuk pembelian peralatan.


Tuan yg Dipertua,


164. Kerajaan sememangnya memandang serius penularan wabak denggi & Zika serta akan melaksanakan inisiatif pencegahan & kawalan ke atasnya. Selain itu, Program Komuniti Sihat Perkasa Negara akan diperluaskan. Kesemua ini melibatkan peruntukan RM80 juta.


Tuan yg Dipertua,


165. Di sudut lain, Kerajaan mengambil berat keluhan rakyat tentang
kenaikan harga makanan, serta jaminan bekalan makanan.


166. Justeru, RM1.3 bilion disediakan untuk meningkatkan pengeluaran
bahan makanan dgn harga yg kompetitif.


167. Ia termasuk membangunkan infrastruktur pertanian seperti saliran & pengairan, jalan ladang & pemasaran produk pertanian. Program berimpak tinggi jg akan diteruskan termasuklah estet padi, zon bersepadu akuakultur & penternakan ikan sangkar.


168. Seterusnya, program Pengedaran Barang Perlu, pembukaan empat lagi MyFarmOutlet & penambahbaikan 150 premis Agrobazaar Rakyat 1Malaysia dgn peruntukan RM140 juta.


169. Selain itu, Kerajaan jg akan menggalakkan pembangunan industri
tenusu serta pengeluaran madu kelulut & kelapa, di samping mengurangkan kebergantungan import makanan haiwan ternakan menerusi pembangunan industri tanaman jagung bijirin, sbg projek perintis di Terengganu & di Kedah.


Tuan yg Dipertua,


170. Sememangnya, Kerajaan prihatin terhadap keluhan & permintaan para pemandu teksi.


171. Bersama kita pd petang ini, dua orang wakil pemandu teksi yg
menghargai usaha Kerajaan selama ini dlm membela nasib mereka. Terima kasih diucapkan & tepukan kpd Encik Mohd Rais Hasan & Encik Tan Woon Kong, kerana sudi hadir ke pembentangan bajet petang ini.


172. Sukacitalah, saya mengumumkan geran RM5,000 untuk membeli kenderaan baharu & menawarkan permit teksi individu, dgn peruntukan RM60 juta. Ini akan memanfaatkan seramai 12,000 pemandu teksi yg layak & telah tamat kontrak pajak dgn syarikat teksi mereka.


Tuan yg Dipertua,


173. pd masa ini, sebahagian besar pemandu teksi tak dilindungi oleh insurans. Atas keprihatinan Kerajaan, Skim PERKESO kpd pemandu teksi individu yg berpendapatan sehingga RM3,000 sebulan akan diperkenalkan dgn geran pelancaran RM60 juta.


174. Di bawah Skim ini, pemandu teksi perlu membuat caruman pd kadar RM157 hingga RM443 setahun, yakni, hanya RM13.08 sebulan. Sekiranya berlaku kemalangan sewaktu bekerja, mereka layak membuat tuntutan daripada PERKESO.


175. Contohnya, pemandu teksi yg hilang upaya kekal akan menerima
bayaran pukal berjumlah RM43,000 hingga RM121,000 & bayaran bulanan antara RM1,281 hingga RM2,624 sepanjang hayat. Sekiranya pemandu tersebut meninggal dunia, warisnya akan mendapat Faedah Orang Tanggungan pd kadar RM945 hingga RM2,655 sebulan.


176. Bagi membantu B40 khususnya penerima BR1M menjana pendapatan tambahan, Kerajaan menggalakkan penyertaan mereka sbg pemandu ride-sharing seperti pemandu UBER, terutama bagi pemilik kenderaan sendiri.


177. Pendapatan boleh mencecah RM1,500 sebulan sekiranya memandu separuh masa antara 10 hingga 40 jam seminggu & RM4,300 sekiranya melebihi 40 jam seminggu.


178. Bagi mereka yg tak memiliki kenderaan, bayaran pendahuluan boleh dibuat menggunakan BR1M & rebat sebanyak RM4,000 ringgit bagi pembelian kereta Proton Iriz.


Tuan yg Dipertua,


179. Kerajaan jg akan menaik taraf sistem perparitan & pembinaan dua Overhead Motorcycle Ramp di Lorong Motosikal Lebuhraya Persekutuan atau Federal Highway, bagi mengatasi masalah banjir di laluan motosikal serta menjamin keselamatan penunggang motosikal. Untuk ini, RM29 juta diperuntukkan.


Tuan yg Dipertua,


180. Di bawah capital economy, Kerajaan akan tetap melaksanakan strategi pro-perniagaan.


181. Selaras perkembangan pelaburan swasta yg dijangka pd 8.1 peratus kpd RM230 bilion pd 2017, lebih banyak inisiatif akan dijalankan.


182. Bagi merangsang pelaburan swasta, projek-projek infrastruktur akan
dilaksanakan seperti menaik taraf Jalan Lok Kawi Pengalat-Papar, di Sabah; Jalan Kampung Keruak-Gua Musang-Kuala Berang; membina Jambatan Batang Lupar, Sri Aman;
& Projek Pembangunan Semula Stesen Janakuasa Sandakan.


183. Selain itu, pembangunan infrastruktur & sosioekonomi di lima
koridor iaitu Wilayah Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Koridor Pembangunan Sabah & Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak, diperuntukkan keseluruhan RM2.1 bilion.


184. MIDA pula, disediakan dana RM522 juta untuk sektor tumpuan termasuk industri kimia, elektrik & elektronik serta aktiviti R&D.


Tuan yg Dipertua,


185. Untuk mempergiatkan pasaran modal tempatan, Small and Mid-Cap PLC Research Scheme akan diperkenalkan bagi penyelidikan ke atas 300 buah syarikat.


186. Syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan akan memperuntukkan dana khas sehingga RM3 bilion kpd pengurus dana yg dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk dilaburkan ke syarikat small and mid cap yg berpotensi.


187. Di samping itu, Institut Penyelidikan Pasaran Modal akan ditubuhkan dgn pembiayaan awal sebanyak RM75 juta melalui Capital Market Development Fund.


188. pd sudut lain, dlm mengekalkan Malaysia sbg pusat kewangan Islam antarabangsa, tempoh pengecualian cukai pendapatan kpd entiti Perbankan Islam & Takaful menjalankan aktiviti mata wang asing, melalui International Currency Business Unit & pengecualian duti setem ke atas surat cara bagi aktiviti tersebut akan dilanjutkan ke tahun taksiran 2020.


189. Untuk menggalakkan golongan muda untuk membuat pelaburan jangka panjang, Kerajaan telah memperkenalkan Skim Persaraan Swasta atau PRS.


190. Bermula tahun 2017, Kerajaan mencadangkan insentif sedia ada RM500 ditingkatkan kpd RM1,000 secara one-off kpd pencarum skim PRS dgn pelaburan minimum terkumpul RM1,000 dlm tempoh dua tahun. Peruntukan RM165 juta akan disediakan.


Tuan yg Dipertua,


191. Bagi program galakan eksport kpd PKS tempatan oleh MATRADE, MIDA & SME Corp, RM130 juta disediakan di bawah Tabung Promosi Eksport Negara.


192. Di samping itu, pembiayaan sebanyak RM200 juta & kemudahan kredit insurans dgn nilai perlindungan sehingga RM1 bilion akan disediakan oleh EXIM Bank kpd PKS.


193. RM286 juta jg disediakan untuk pengeluaran eksport peladangan
sawit, getah, koko & lada.


194. Sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk kajian saintifik bagi
meningkatkan kualiti produk sawit.


195. sbg tambahan, geran RM30 juta disediakan melalui MPOB untuk penanaman semula kelapa sawit oleh pekebun kecil.


196. Selain itu, RM20 juta jg disediakan bagi menaik taraf jalan ladang
untuk kemudahan pekebun kecil komoditi.


Tuan yg Dipertua,


197. Merujuk sektor pelancongan pula, ia telah menyumbang kpd penjanaan pendapatan negara. Kerajaan akan terus memberi tumpuan ke atas promosi & penambahbaikan kemudahan pelancongan. Sehubungan itu:


Pertama: RM400 juta diperuntukkan, antaranya untuk inisiatif clean air
& ecotourism;


Kedua: Tempoh permohonan Taraf Perintis & Elaun Cukai Pelaburan bagi pelaburan hotel baharu bertaraf empat & lima bintang, dilanjutkan sehingga 31 Disember 2018; &


Ketiga: Potongan cukai daripada RM500,000 dinaikkan kpd RM700,000, untuk sektor swasta yg menaja pertunjukan kesenian, kebudayaan, warisan tempatan & luar negara.


198. Selain itu, program mempromosi Malaysia melalui Kempen Tahun Melawat [email protected] sempena ulang tahun penubuhan ASEAN ke-50 & sbg tuan rumah bagi
Sukan SEA & Sukan Para ASEAN 2017 akan dijalankan.


Tuan yg Dipertua,


199. Bagi mencapai sasaran 32 juta pelancong pd tahun hadapan, Kerajaan akan meluaskan eVisa ke negara di rantau Balkan & Asia Selatan.


Tuan yg Dipertua,


200. Digital connectivity merupakan revolusi aktiviti ekonomi masa kini
& menyumbang hampir 16 peratus daripada KDNK negara.


201. Sehubungan ini, RM162 juta diperuntukkan kpd MDEC bagi pelbagai program seperti ekosistem e-dagang, Digital Maker Movement, serta pengenalan kategori lokasi baharu sbg Hab Digital Malaysia.


202. Kerajaan jg berhasrat untuk menubuhkan Digital Free Zone yg
pertama di dunia. Ini menggabungkan zon fizikal & maya, dgn penambahan perkhidmatan online & digital bagi memudahkan e-dagang antarabangsa & merangsang inovasi berteraskan internet.


Tuan yg Dipertua,


203. pd petang yg mulia ini, saya ingin membawa perkhabaran gembira, khususnya buat anak-anak muda kita, berhubung online connectivity. sbg sebuah negara demokrasi yg bersikap terbuka, Kerajaan berhasrat supaya saluran maklumat online diperkasakan.


204. Sukacita diumumkan, bermula Januari 2017, penyedia perkhidmatanfixed line broadband bersetuju menawarkan perkhidmatan dgn kelajuan yg lebih tinggi pd harga yg sama. sbg contoh, pelanggan pakej 5 megabit sesaat pd harga RM149 akan menikmati pakej berkelajuan dua kali ganda iaitu 10 megabit sesaat.


205. Seterusnya, dlm tempoh dua tahun lagi, bagi pakej ini, kelajuan
akan ditingkatkan dua kali ganda dgn penurunan harga sehingga 50 peratus. (double the speed, at half the price).


206. Selain itu, Kerajaan akan melancarkan inisiatif supaya perkhidmatan
jalur lebar ethernet di universiti awam ditingkatkan kpd maksimum 100 gigabit sesaat.


207. dlm pd itu, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia akan menyediakan RM1 bilion supaya liputan & kualiti jalur lebar di seluruh negara mencapai 20 megabit sesaat.


Saudara & saudari,


208. pd tahun hadapan, Kerajaan telah mengisytiharkan 2017 sbg
tahun Startup & SME Promotion Year, sesuai dgn peranan PKS yg menyumbang secara signifikan kpd pertumbuhan ekonomi & pasaran buruh negara.


209. Bagi menggalakkan pembangunan PKS, Kerajaan bersetuju menyediakan RM75 juta untuk program di bawah Pelan Induk PKS.


210. Selain itu, jaminan sehingga RM15 bilion yg diberikan melalui
pelbagai Skim di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan atau SJPP akan dipanjangkan tempohnya sehingga tahun 2025.


211.sbg tambahan, untuk melonjakkan PKS berorientasi eksport, dua peratus rebat kadar faedah diberikan kpd peminjam PKS di bawah skim SJPP.


212.Rebat ini dihadkan kpd jumlah pembiayaan terkumpul RM1 bilion & melibatkan peruntukan RM100 juta untuk tempoh lima tahun.


Tuan yg Dipertua,


213. Bagi mempergiatkan startups pula, sejumlah RM200 juta daripada dana Skim Jaminan Modal Kerja, akan dikhususkan kpd syarikat startups.


214. Untuk menggalakkan pelaburan startups berteknologi tinggi, satu
kategori pas baru, yakni Usahawan Teknologi Asing Berpengetahuan Tinggi akan diperkenalkan.


215. Bagi merancakkan lagi industri kreatif & penerbitan filem pula,
Film in Malaysia Incentive, Arts and Culture Revitalisation Agenda serta Hab Content Creation Finas di Santubong, Sarawak & di Kota Kinabalu, Sabah akan dilaksanakan.


216. Kerajaan jg akan mewujudkan satu jawatankuasa yg diwakili oleh para pengamal seni untuk merancakkan lagi sektor kesenian & kebudayaan negara. Kesemua inisiatif ini melibatkan peruntukan RM80 juta.


Tuan yg Dipertua,


217. Sememangnya, usia dua hingga lima tahun merupakan fasa penting
tumbesaran minda & fizikal kanak-kanak.


218. Justeru, Kerajaan akan meneruskan Bantuan Makanan Tambahan & Geran Per Kapita program Tabika & Taska.


219. Kerajaan jg akan menambah baik pakej pemakanan bernutrisi harian yg lebih lengkap merangkumi susu bersukatan 250 mililiter, kismis & telur.


220. Inisiatif ini memanfaatkan hampir 280,000 kanak-kanak dgn
peruntukan RM200 juta.


221. Seterusnya, sebanyak RM132 juta lagi disediakan untuk meningkatkan
akses kpd pendidikan prasekolah secara percuma di sekolah Kerajaan,
memanfaatkan 200,000 orang kanak-kanak.


Tuan yg Dipertua,


222. Setiap rakyat di negara ini berhak untuk mendapatkan akses
pendidikan yg sempurna.


223. Antara inisiatif yg akan dilaksanakan di sekolah rendah &
menengah termasuklah:


Pertama: Membangunkan semula 120 buah sekolah daif, 60 di semenanjung, 30 di Sabah & 30 lagi di Sarawak menggunakan Industrialised Building System serta
menaik taraf 1,800 makmal sains dgn peruntukan RM570 juta;


Kedua: Menyiapkan pembinaan 227 buah sekolah, termasuk lapan buah sekolah baharu dgn peruntukan RM478 juta; &


Ketiga: Memperluaskan program penguasaan Bahasa Inggeris melalui
Cambridge English, Dual Language & Highly Immersive dgn peruntukan RM90 juta.


Tuan yg Dipertua,


224. Satu lagi berita gembira…untuk 430,000 pendidik kita pula,…
menerusi SKMM, RM340 juta diperuntukkan untuk tablet bantuan mengajar bagi memudahkan tugasan.


Tuan yg Dipertua,


225. Bagi membantu ibu bapa menampung kos perbelanjaan persekolahan anak-anak, Kerajaan akan meneruskan program berikut:


Pertama: Pemberian Bantuan Persekolahan RM100 kpd setiap pelajar daripada keluarga berpendapatan sehingga RM3,000, yg memanfaatkan 3.5 juta murid;


Kedua: RM1.1 bilion bagi Bantuan Makanan Asrama untuk 365,000 murid;


Ketiga: RM300 juta bagi Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia kpd murid sekolah rendah;


Keempat: RM1.1 bilion merangkumi Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan, Bantuan Buku Teks & Bantuan Geran Per kapita;


Kelima: Geran sepadan disediakan kpd pelajar Tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dlm akaun SSPN-i;


Keenam: Menyediakan Elaun bulanan Murid Berkeperluan Khas sebanyak RM150 kpd 67,000 murid; serta mengganti bas bagi 21 sekolah berpendidikan khas; &


Ketujuh: RM600 juta diperuntukkan kpd Tabung Khas Penambahbaikan & Penyelenggaraan Sekolah. Daripada jumlah tersebut:


* RM250 juta untuk Sekolah Kebangsaan;
* RM50 juta kpd Sekolah Jenis Kebangsaan Cina;
* RM50 juta bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil;
* RM50 juta disalurkan untuk Sekolah Mubaligh;
* RM50 juta untuk Sekolah Berasrama Penuh;
* RM50 juta kpd Sekolah Agama Bantuan Kerajaan;
* RM50 juta kpd Sekolah Pondok yg berdaftar; &
* RM50 juta kpd Maktab Rendah Sains Mara.


226. Bagi meningkatkan kualiti institusi pengajian tinggi ke taraf
global, RM7.4 bilion disediakan kpd 20 universiti awam.


227. Daripada jumlah ini, RM1.4 bilion kpd empat hospital universiti,
manakala RM300 juta untuk pemerkasaan lima universiti penyelidikan.


228. Tambahan lagi, RM100 juta untuk IPT bagi membudayakan penyelidikan serta meningkatkan bilangan penerbitan & harta intelek.


229. Bagi meningkatkan keberkesanan pemberian bantuan pelajar pendidikan tinggi, Kerajaan akan menggantikan baucar buku dgn kad debit pelajar sejumlah RM250, yg boleh digunakan untuk pembelian buku, alat tulis, alatan komputer & akses Internet. Ini akan memanfaatkan seramai 1.3 juta orang pelajar.


230. Pemberian biasiswa akan diteruskan dgn peruntukan berjumlah RM4.3 bilion pd tahun 2017 termasuk:


RM1.6 bilion menerusi JPA;
RM2 bilion menerusi MARA;
RM250 juta menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi;
RM208 juta menerusi Kementerian Kesihatan;
RM194 juta menerusi Kementerian Pendidikan;
RM28 juta menerusi Kementerian Sumber Manusia; &
RM21 juta menerusi Kementerian Belia & Sukan.


231. Bagi usaha menggalakkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik, insentif
berikut akan diberikan:


Pertama: Diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh
pinjaman;


Kedua: Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus
daripada baki hutang dlm sekali bayaran; &


Ketiga: Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yg ditetapkan.


Insentif ini berkuat kuasa pd besok hari, 22 Oktober 2016 sehingga
Disember 2017.


Tuan yg Dipertua,


232. Kerajaan terus menumpukan usaha melindungi kumpulan mudah terjejas. Antara inisiatif yg disediakan:


Pertama: Bantuan kpd keluarga miskin, meliputi Bantuan Am sehingga RM300 ringgit sebulan & Bantuan Kanak-Kanak sehingga RM450 ringgit diteruskan,
memanfaatkan 69,000 keluarga;


Kedua: RM424 juta disediakan yg akan memanfaatkan 120,000 warga emas, termasuklah bantuan sosioekonomi warga emas berjumlah RM300 sebulan sbg saraan hidup & program wang saku. Selain itu, lapan buah Pusat Aktiviti Warga Emas baharu akan ditubuhkan;


Ketiga: RM535 juta untuk memanfaatkan hampir 150,000 Orang Kurang Upaya. OKU, merangkumi elaun pekerja, bantuan latihan kanak-kanak OKU serta bantuan OKU tak berupaya bekerja; &


Keempat: Pelepasan GST kpd OKU berdaftar untuk membeli peralatan bantuan tanpa melalui Entiti Kebajikan Swasta. Skop barang yg layak mendapat pelepasan jg akan diperluaskan.


Tuan yg Dipertua,


233. Sesungguhnya, pd kita OKU membawa erti yg lebih besar yakni, merekalah Orang Ber-Kehebatan Upaya & Orang Ber-Luarkebiasaan Upaya kerana, telah mampu membuktikan kejaguhan mereka sbg wira-wira sukan bertaraf dunia.


234. Maka, dgn penuh rasa gembira, dijemput bersama-sama kita di sini, empat orang atlet sukan Paralimpik Rio 2016 yg telah berjaya menghadiahkan tiga pingat emas & satu pingat gangsa. Syabas & tepukan kpd:


Saudara Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi;
Saudara Muhammad Ziyad Zolkefli;
Saudara Abdul Latif Romly; &
Saudari Siti Noor Radiah Ismail


Tuan yg Dipertua,


235. Kerajaan memandang tinggi peranan golongan pemimpin masyarakat seperti ketua kampung dlm usaha membentuk masyarakat Malaysia yg makmur & harmoni.


236. Maka, Kerajaan bersetuju menaikkan elaun ketua kampung, pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung & Persekutuan, termasuk Ketua Kampung-Kampung Baru & Orang Asli, daripada RM800 kpd RM900.


Tuan yg Dipertua,


237. Pengangkutan awam merupakan nadi kpd mobiliti rakyat seharian dlm negara menuju kemajuan. Jaringan pengangkutan awam yg lebih cekap, selamat & selesa sgt dinanti-nantikan oleh rakyat.


238. Lantas, seperti dimaklumi, projek sambungan jajaran LRT laluan
Kelana Jaya & Ampang telah pun beroperasi pd bulan Jun yg lalu.


239. Manakala perkhidmatan MRT laluan Sungai Buloh-Kajang akan
beroperasi pd Disember 2016, memanfaatkan 1.2 juta pengguna di Lembah Klang.


240. Kerajaan jg komited untuk menambah baik pengangkutan awam di luar bandar dgn langkah-langkah berikut:


Pertama: Pelaksanaan projek rel baharu East Coast Rail Line,
menghubungkan Lembah Klang ke Pantai Timur sepanjang 600 kilometer yg melalui Port Klang, ITT Gombak, Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu, Kota Bharu & berakhir di Tumpat secara berfasa dgn anggaran kos RM55 bilion;


Kedua: Menggiatkan pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah & Sarawak;


Ketiga: RM100 juta bagi membaik pulih Landasan kereta api Pantai Timur, jajaran Gua Musang-Tumpat akibat kerosakan banjir; &


Keempat: Bagi meningkatkan kekerapan trip perkhidmatan ETS bagi laluan Johor Bahru-Padang Besar, Kerajaan telah memperoleh sembilan set tren sehingga tahun 2019.


sbg tambahan, sebanyak 10 set tren baharu lagi akan diperoleh secara berperingkat sehingga tahun 2019, dgn peruntukan keseluruhan RM1.1 bilion ringgit.


241. Saban tahun, setiap Bajet yg dibentangkan, golongan Orang Asli
turut bersama menikmati manfaatnya.


242. pd petang ini, kita undang beberapa Tok Batin yg tempat &
kampung mereka telah mendapat faedah serta manfaat hasil peruntukan bajet-bajet yg lalu.


243. Mari beri tepukan kpd Tok Batin Awang bin Lijon dr Kampung
Orang Asli Jelebu, Negeri Sembilan & Tok Batin Taha bin Ahir dr Kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek, Sepang, Selangor.


244. Bajet ini selanjutnya memperuntukkan RM222 juta untuk projek bekalan air terawat di 42 perkampungan Orang Asli, program pembangunan ekonomi & keusahawanan serta Penempatan Semula Perkampungan antaranya di Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang.


245. Bagi projek Native Customary Rights pula, RM20 juta disediakan untuk pemetaan tanah di Sabah & RM30 juta di Sarawak.


Tuan yg Dipertua,


246. Kerajaan tetap prihatin terhadap keperluan komuniti Cina & India.
Sehubungan itu, RM50 juta bagi pembangunan Kampung Baru Cina, RM50 juta lagi untuk pinjaman PKS melalui KOJADI serta RM20 juta untuk pinjaman mikro kredit diseliakan oleh Malaysian Chinese Women Entrepreneurs Foundation.


247. Seterusnya, RM20 juta akan disalurkan kpd Yayasan Penjaja & Peniaga Kecil 1Malaysia untuk memberi pinjaman kpd penjaja komuniti Cina.


248. Bagi masyarakat India pula, RM50 juta diperuntukkan bagi program
peningkatan kapasiti & pendapatan, serta RM150 juta lagi untuk program pembiayaan perniagaan melalui TEKUN & Amanah Ikhtiar Malaysia.


249. Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, SJKT, Kerajaan akan
memperluaskan program prasekolah kpd 50 buah sekolah dgn peruntukan RM10 juta.


250. Berhubung ini jg, I want to make a policy statement bahawa,
Kerajaan komited untuk mengarus perdanakan program-program pembelaan ke atas masyarakat India terus diperkasakan dlm agenda pembangunan negara.


Nambikei,… Nambikei!! & sempena Deepavali yg akan tiba, saya mengucapkan Selamat Hari Deepavali.




Tuan yg Dipertua,


251. Menjunjung Agenda Bumiputera, pd minggu lepas, saya telah
merasmikan sambutan ulang tahun enam dekad institusi keramat Bumiputera UiTM,…




252. Ternyata, UiTM telah berjaya mencapai objektif penubuhannya dgn melahirkan hampir 700,000 graduan setakat ini, hingga ada yg sudah berjaya sbg ahli akademik, pentadbir-pentadbir, teknokrat & ahli korporat serta menteri.


Tuan yg Dipertua,


253. Makanya, bertolak dr sini, demi terus memperkasa Bumiputera,
Kerajaan akan perbuat & peruntukan:


Pertama: RM100 juta kpd SME Bank bagi meningkatkan peluang usahawan Bumiputera;


Kedua: RM100 juta kpd Amanah Ikhtiar Malaysia bagi pelbagai program keusahawanan mereka;


Ketiga: RM300 juta kpd TEKUN, bagi membantu usahawan kecil memajukan perniagaan, termasuk skim baharu TEMANITA, khusus untuk usahawan mikro wanita.


Tuan yg Dipertua,


Turut dijemput hadir di Parlimen petang ini dua contoh kejayaan hasil
inisiatif TEKUN oleh Kerajaan. Mari kita beri tepukan tahniah kpd Encik Denny Iskandar Bahtiar Afandi, yg telah berjaya dlm bidang jahitan pakaian, & keduanya Encik Vijaya – Indran anak lelaki Ganesan, yg telah berjaya hasil TEKUN di bidang pembaikan alat-alat elektrik.


Keempat: RM200 juta kpd Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, bagi melaksanakan Program Pembiayaan Keusahawanan & Premis Perniagaan;


Kelima: RM120 juta kpd Mara, bagi pelbagai program keusahawanan, antaranya perusahaan industri halal, pembangunan usahawan belia, Program Latihan Bersepadu Keusahawanan;


Keenam: Dana mudah cara berjumlah RM500 juta menerusi TERAJU untuk membantu syarikat-syarikat Bumiputera untuk mengembangkan perniagaan mereka atau memulakan perniagaan baharu;


Ketujuh: RM100 juta untuk TERAJU bagi Tabung Eksport bagi
syarikat-syarikat Bumiputera menembusi pasaran antarabangsa; &


Kelapan: RM100 juta menerusi Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, bagi program Peneraju Skil & Iltizam, Peneraju Profesional serta Peneraju Tunas.


Bersama kita, dlm dewan Parlimen ini dua orang penerima faedah dr
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera ini. Kini, mereka telah berjaya dlm bidang perhotelan yg bertaraf enam bintang & bidang arkitek. Tahniah & tepukan kita berikan kpd Cik Denilia & Encik Syahmi.


254. Pokoknya, selagi hayat dikandung badan, agenda pemerkasaan Melayu serta Bumiputera akan terus kita perjuangkan.


Tuan yg Dipertua,


255. Baru-baru ini, kita mendengar ada pihak yg membuat tuduhan bahawa Bajet 2017 adalh satu bikinan sandiwara, kononnya tanpa substance, & Kerajaan tak mempunyai wang yg mencukupi.


256. Malah, ada seorang pemimpin pembangkang menyebut pula, ‘Malaysia mengharungi ribut ekonomi yg sukar pd tahun ini’.


Saudara & Saudari Sekalian,


257. Sebenarnya di sini, siapa yg bermain sandiwara?,… Siapa yg
tiada substance sebenarnya?,… Siapa yg menjadi pembelot & perkhianat negara sebenarnya?,… Di mana pula timbulnya ribut ni?….


258. Apa yg boleh saya simpulkan wahai rakan-rakan, terutamanya Ahli Parlimen Barisan Nasional adalh,


Ribut-ribut di Kubang Pasu,
Angin Sepoi dr Pekan,
Demi negara Barisan Nasional Bersatu,
Kepentingan rakyat kita utamakan.


Tuan yg Dipertua,


259. Sememangnya, Kerajaan amat menghargai sumbangan perusahaan kecil & sederhana di dlm menjana pertumbuhan ekonomi & pekerjaan di negara ini.


260. Bahkan, 97 peratus daripada kesemua perniagaan di negara ini adalh dr sektor PKS. Perniagaan-perniagaan ini jg menyumbangkan 36 peratus dr KDNK negara pd tahun lepas, 65 peratus dr kesemua pekerjaan & 18 peratus dr eksport negara.


261. Jadinya, Kerajaan yakin sektor PKS mempunyai keupayaan untuk
melonjak ke hadapan, supaya dapat meningkatkan lagi sumbangan mereka kpd ekonomi negara.


262. Untuk Bajet 2017 ini, saya mahu mengumumkan beberapa perkara yg gembira & sgt mustahak lagi berimpak besar kpd syarikat-syarikat termasuk PKS. Sila dengarkan baik-baik.


263. Bagi menghargai pencapaian syarikat-syarikat yg berjaya
meningkatkan pendapatan mereka, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk mengadakan satu skim baru khusus bagi tahun taksiran tahun 2017 & 2018.


264. Skim ini akan memberi pengurangan kadar cukai berperingkat,
berdasarkan kpd peratus kenaikan pendapatan berbanding tahun taksiran sebelumnya. Kadar pengurangan cukai pendapatan ini adalh seperti berikut:


– Peratus kenaikan pendapatan bercukai antara lima & bawah 10 peratus sebanyak satu mata peratusan;
– Peratus kenaikan pendapatan bercukai antara 10 & bawah 15 peratus sebanyak dua mata peratusan;
– Peratus kenaikan pendapatan bercukai antara 15 & bawah 20 peratus sebanyak tiga mata peratusan; &
– Peratus kenaikan pendapatan bercukai 20 peratus sebanyak empat mata peratusan.


265. sbg contoh, sekiranya pendapatan bercukai syarikat bagi tahun
taksiran 2016 adalh sebanyak RM10 juta, & meningkat kpd RM12 juta pd tahun 2017, maka jumlah cukai yg dikenakan pd RM10 juta pertama adalh sebanyak 24 peratus, bersamaan RM2.4 juta.


Manakala, beza pendapatan RM2 juta pd tahun 2017 pula dikenakan cukai sebanyak 20 peratus, bersamaan RM400,000.


Ini bermakna, kadar cukai efektif adalh 23.3 peratus & jumlah cukai yg perlu dibayar adalh RM2.8 juta dgn penjimatan sebanyak RM80,000.


266. Selain daripada itu, bagi semua PKS pula, kadar cukai bagi
pendapatan bercukai sehingga RM500,000 pertama, akan dikurangkan daripada 19 peratus kpd 18 peratus, bermula tahun taksiran 2017.


267. jg, bagi merancakkan program pembangunan vendor tempatan dlm sektor perkilangan & perkhidmatan, galakan potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan operasi yg ditanggung oleh syarikat induk, akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.


Tuan yg Dipertua,


268. Beriring-iring dgn perpaduan, Kerajaan ini tak akan pernah
berkompromi dgn keselamatan & ketenteraman awam.


269. Sesungguhnya, jasa para perajurit negara sentiasa kekal disanjung
tinggi. Ini termasuklah pengorbanan mereka mempertahankan negara ketika darurat.


270. Bersama-sama kita jg pd petang berbahagia ini, wakil-wakil para veteran, pasukan perajurit jg anggota keselamatan, yg merupakan wira-wira bangsa dlm mempertahankan kedaulatan pertiwi. Nampaknya hanya Abang Bomba saja yg tak ada,…


271. Sesungguhnya, jasa mereka tak terbayar dgn wang ringgit, & tak ternilai dgn pangkat darjat.


272. Saya difahamkan bahawa, hadir & berada di galeri atas sana adalh wakil-wakil daripada Angkatan Tentera Darat, Laut & Udara, serta Polis Diraja Malaysia yg pernah berkhidmat semasa tragedi di Lahad Datu.


273. Sama-sama kita beri semangat & tepukan patriotik yg meriah buat mereka!


Tuan yg Dipertua,


274. Maka, sukacitanya diumumkan, Kerajaan akan memberi Bayaran Insentif Khas Insurgensi kpd veteran ATM, sejumlah RM55 juta, yg msh belum menerima insentif khas ini.


275. Ini bagi membolehkan veteran yg hilang upaya ketika dlm
perkhidmatan, dapat menerima insentif tersebut. sbg contoh, seorang Koperal yg mengalami hilang upaya sebanyak 80 peratus semasa berkhidmat layak menerima bayaran Insentif Pukal sehingga RM34,000 & bayaran Insentif Bulanan sehingga RM590 bergantung kpd kaedah pengiraan semasa. Ini merupakan insentif baharu
selain daripada Pencen Hilang Upaya sedia ada.


276. MINDEF pula diperuntukkan RM15.1 bilion, antaranya RM1.8 bilion
untuk menyelenggara aset-aset utama seperti pesawat, kapal peronda, peralatan komunikasi, bangunan & senjata. ATM jg diperlengkapkan dgn perolehan kapal rondaan & kenderaan berperisai 8×8.


277. Di samping itu, RM1.3 bilion diperuntukkan antaranya untuk
telekomunikasi, rangsum & perolehan pakaian seragam.


278. Bagi meningkatkan keberkesanan operasi ESSZONE, RM323 juta
diperuntukkan untuk penugasan anggota di sempadan kawasan Timur Sabah.


Tuan yg Dipertua,


279. Selain itu, Kerajaan akan mewujudkan Sea Basing di perairan Pantai Timur Sabah, & Pangkalan Operasi Hadapan Helikopter. Seterusnya, menempatkan kenderaan Perisai AV8 GEMPITA 8×8, & kenderaan perisai 4×4 di Lahad Datu, serta penempatan skuadron pesawat pejuang Hawk & helikopter Eurocopter EC-725
di Pangkalan Udara Labuan.


280. Angkatan Tentera jg akan melaksanakan Program Jiwa Murni, dgn peruntukan RM114 juta, bagi membina & menaik taraf jalan di pedalaman Sarawak.


281. Di samping itu, perkhidmatan Feri Sekolah Angkatan Tentera jg
diteruskan melibatkan 15,000 anak-anak anggota ATM seluruh negara.


282. Manakala, KDN diperuntukkan RM12.8 bilion, termasuk RM8.7 bilion kpd Polis DiRaja Malaysia. Antara projek utama adalh, membina 12,000 pejabat polis daerah, pusat latihan Komando 69, & perolehan kenderaan serta kelengkapan.


283. Selain itu, RM60 juta disediakan bagi meningkatkan keberkesanan
usaha mencegah jenayah di bandar, termasuk omnipresence & Unit Rondaan Bermotosikal.


284. Kerajaan jg mengiktiraf peranan anggota Rela dlm memelihara
keharmonian masyarakat. Untuk ini, RM80 juta diperuntukkan, bagi membekalkan pakaian seragam kpd lebih 200,000 orang anggota Rela.


285. Dua wakil mereka ada bersama kita,…sila kita beri tepukan meriah
kpd wakil anggota Rela yg banyak berjasa.


286. Bagi memastikan kawasan kejiranan berada dlm selamat & tenteram, RM40 juta diperuntukkan untuk melaksanakan semula Geran Persatuan Penduduk kpd persatuan yg berdaftar. Geran sehingga RM10,000 bagi membiayai peralatan kawalan keselamatan, pembersihan & penyelenggaraan kawasan kejiranan.


Tuan yg Dipertua,


287. Wanita sentiasa menjadi inspirasi & tulang belakang kpd
pembangunan negara. Sejak zaman dahulu kala pun, para pahlawan & pendekar, bukan sahaja terdiri daripada kaum lelaki, tetapi jg kaum hawa.


288. Beberapa hari lepas, saya telah bertemu dgn seorang pejuang
wanita. Beliau adalh wakil tunggal yg menjadi perlambangan wanita Malaysia yg berhati waja, berani & kuat semangat. Bersama rakan-rakan, beliau membuat misi kemanusiaan ke Palestin, sehingga ditahan oleh rejim Israel.


289. Namun Alhamdulillah, telah kembali ke tanah air dgn selamat.
Ayuhlah, kita berikan sambutan semangat & tepukan kpd Dr. Fauziah Hassan.


Tuan yg Dipertua,


290. Sehubungan ehwal wanita & mengarusperdanakan peranan mereka dlm pembangunan negara, sebanyak RM2 bilion disediakan untuk program-program seperti I-KIT, I-KeuNita & program Women Career Comeback.


291. Kerajaan jg menyediakan RM30 juta untuk kaum wanita menjalani pemeriksaan mamogram & mendapat suntikan imunisasi HPV secara percuma, untuk mencegah kanser.


292. Bercakap tentang kejayaan & kehebatan golongan wanita lagi,
marilah kita memberi tepuk tahniah kpd Cik Lam Shu Jie, yg telah berjaya dlm penyelidikan Structurally Nano-Engineered Anti-Microbial Peptide Polymers (SNAPPs) di peringkat global. Saya difahamkan beliau sdg menuntut di salah sebuah universiti di Australia.


293. sbg sokongan kpd wanita berkerjaya yg msh menyusukan anak, Kerajaan akan memperkenalkan pelepasan cukai baharu sehingga RM1,000 bagi pembelian peralatan penyusuan ibu. Pelepasan ini, diberi setiap dua tahun sekali, mulai tahun taksiran 2017.


294. Seterusnya, bagi meringankan beban ibu bapa yg bekerja, pelepasan cukai sehingga RM1,000 diberikan kpd pembayar cukai individu yg menghantar anak berumur enam tahun & ke bawah, ke taman asuhan & prasekolah berdaftar, mulai tahun taksiran 2017. Kerajaan menganggarkan 40,000 individu akan mendapat manfaat daripada pelepasan cukai ini.


Tuan yg Dipertua,


295. sbg sebuah negara Islam yg wasatiyyah, berasaskan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah, Kerajaan dr masa ke semasa akan terus memperkembangkan syiar Islam di landasan betul.


296. Seraya itu, Kerajaan, menolak sekeras-kerasnya sebarang fahaman yg terlalu liberal mahupun terlalu ekstrem.


297. Di sudut ini, peranan para agamawan, khususnya golongan imam serta ahli jawatankuasa masjid & surau-surau dipandang serius oleh pihak Kerajaan, terutamanya kebajikan mereka.


298. Makanya, pd hari ini, kita berbesar hati untuk menjemput beberapa imam & bilal yg berjasa sejak sekian lama di surau-surau & masjid-masjid seluruh negara.


299. Silalah kita mendongak ke galeri & skrin, wajah-wajah antara
ribuan imam, bilal & siak, yg telah berjasa mengimarahkan masjid & surau dlm ibadah jemaah. Berilah tepukan penghargaan kpd mereka.


300. Seiring dgn itu, dgn rasa tawaduknya, berasa bersyukur, kerana imam-imam ini adalh antara 4,611 jemaah yg telah dibiayai untuk mengerjakan ibadat haji oleh GLC.




301. Berkait ini, Kerajaan telah membuat keputusan untuk menaikkan elaun
imam di bawah Jakim, daripada RM750 kpd RM850 sebulan. Ini memanfaatkan hampir 15,000 imam di seluruh negara.


302. Manakala sebanyak RM500, akan diberikan secara one-off kpd hampir 16,000 bilal & siak di seluruh tanah air, sbg menghargai jasa mereka dlm mengurus tadbir masjid.


303. Sukacitanya Kerajaan mengumumkan, elaun guru KAFA jg akan
dinaikkan daripada RM800 kpd RM900 sebulan, sekaligus memanfaatkan hampir 33,000 guru.


304. Kerajaan menyedari permintaan yg tinggi oleh masyarakat terhadap pendidikan tahfiz. Oleh itu, buat pertama kalinya, Kerajaan memperuntukkan RM30 juta bagi menyelaraskan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.


305. Sekalung tahniah, mari kita beri tepukan kpd wakil guru-guru KAFA & anak-anak Tahfiz tajaan Kerajaan.


Tuan yg Dipertua,


306. Ramai cendekiawan & pejuang kemanusiaan dunia seperti Mahatma Ghandi menyarankan bahawa, If you want to reach real peace in this world, we should start educating the children.


307. pd Jumaat penuh barakah ini, dibawakan sebahagian anak-anak masuk
ke Dewan Parlimen sbg memberi pengalaman kpd mereka, selaku pewaris
bangsa. Anak-anak kita ini, adalh daripada kelas-kelas pendidikan awal Kemas, Tabika, Taska & Permata.


308. Bagi menghargai khidmat jasa para pembantu Kemas, elaun mereka akan dinaikkan daripada RM400 kpd RM500, melibatkan hampir 11,000 orang.


309. Turut hadir dua wakil pembantu Kemas & silalah beri tepukan
kpd mereka.


Tuan yg Dipertua,


310. Bersama-sama kita pd petang ini jg, anak-anak Permata & Kemas, yg merupakan pewaris masa depan negara.


311. Sebanyak RM85 juta akan diperuntukkan bagi program Permata, yg
melibatkan 30,000 kanak-kanak, antaranya, untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan
Top STEM Talents di Akademi Sains Malaysia. Selain itu, Institut Pendidikan Guru
Kampus Raja Melewar di Negeri Sembilan, & Kampus Tuanku Bainun di Pulau Pinang
akan diubah suai menjadi pusat Permata Pintar & Berbakat.


Tuan yg Dipertua,


312. Ingin disampaikan satu lagi khabar penting, Kerajaan akan mengambil langkah positif untuk meminda Akta Kebankrapan 1967 mulai awal tahun hadapan, berkait mereka yg telah diisytiharkan bankrap, terutamanya penjamin sosial misalannya penjamin biasiswa,…& antaranya lagi, mereka yg mengidap penyakit kronik setelah disahkan oleh hospital Kerajaan jg mereka yg telah berumur. Perinciannya sdg dilakukan & butiran lanjut akan diumumkan dlm sedikit masa lagi.


Tuan yg Dipertua,


313. Demikianlah sekian banyaknya prakarsa, inisiatif, peruntukan &
ikhtiar murni Kerajaan Barisan Nasional dlm simfoni Bajet 2017 ini, untuk Rakyat, Kerana Rakyat.


314. Sebuah bajet yg sgt berkomited & tak mementingkan
kepopularan politik, sebaliknya demi memastikan kedudukan asas ekonomi negara kekal berdaya tahan & kuat, termasuk dasar tentang sasaran defisit, aktiviti ekonomi yg telah dirangsang, & kesihatan jangka panjang sistem kewangan Malaysia.


315. Sesungguhnya,…sesungguhnya,…Kerajaan Barisan Nasional adalh Kerajaan anak jantan. Kita tak akan sesekali lari dr masalah.


316. Kita tak akan pernah belot & takut kecundang, lari dr medan
perjuangan.


Tuan yg Dipertua,


317. To us, Barisan Nasional, FAILURE IS NOT AN OPTION, AND,…SUCCESS IS WHAT WE STRIVE FOR.


318. Lantas,…sukacitanya saya mengumumkan, sebaik sahaja bajet ini
selesai, pihak Kerajaan akan melancarkan siri dialog nasional atau national discourse bagi memeta hala tuju negara di atas sebuah kanvas yg baharu. Kalau lembayung gagasan negara yg saya perkenalkan sejak 2010 adalh, Dasar Transformasi Nasional atau DTN, maka wacana nasional ini pula saya namakan sbg, Transformasi Nasional 2050 & sesudah ini dijenamakan sbg TN50.


319. Kalau Dasar Ekonomi Baru dulu, Allahyarham Tun Razak rencanakan untuk menyediakan Generasi Baharu yg berjaya dlm tempoh 30 tahun, begitulah TN50 ini akan menjangkau tiga dekad proses & gerak kerjanya, bagi membentuk satu negara bangsa yg benar-benar berwibawa serta berminda par excellence.


320. TN50 akan dimula gerakkan dgn generasi muda pelbagai bangsa melalui wacana-wacana nasional atau national discourse seperti diputuskan oleh Kabinet, akan dikendalikan oleh Kementerian Belia & Sukan serta pastinya akan dinaungi & dipayungi oleh saya sendiri selaku Perdana Menteri.


321. Biarlah TN50 ini menjadi saksi & berkalamlah tawarikh bahawa, Kita adalh bapa-bapa atau nenek moyang yg bertanggungjawab, mahu mewariskan yg terbaik & terhebat, diperturunkan kpd generasi hari muka.


322. TN50, inilah azimat kita mulai kini, biarlah legasi lama berlalu
pergi. Harapan masa depan Malaysia kita baharui.


Tuan yg Dipertua,


323. dr itu, walau kita terus diperhadapkan dgn beribu aral yg
melintang,…tapi kita terima dgn jiwa yg besar & roh bangsa merdeka.


324. Oleh itu, wahai rakan-rakan dlm Barisan Nasional, Ayuhlah,…kita
rapatkan saf, kita satukan pemikiran, kita perkukuhkan pasukan,…


325. Sekaligus di kesempatan ini, saya mahu merakamkan rasa penghargaan yg tinggi kpd timbalan saya, yakni Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, atas kesetiaan saudara yg tak berbelah bahagi.


326. Begitu jg ketaatan yg diberikan kpd saya oleh anggota-anggota jemaah menteri, pimpinan-pimpinan parti komponen & tentunya jg kpd para penjawat awam, kpd negara selama puluhan tahun ini.


Tuan yg Dipertua,


327. kpd penjawat awam, saya tahu tak tidur malam jika perkara ini
tak diumumkan. Bagai pucuk dicita, khabar gembira sudah pun mendatang.


328. sbg penghargaan atas khidmat terpuji para penjawat awam,
sukacitanya saya mengumumkan bayaran khas sebanyak RM500 kpd semua penjawat awam, manakala RM250 kpd para pesara Kerajaan. Bayaran ini akan diberi pd awal Januari 2017.


Saudara & Saudari Rakan Seperjuangan Sekalian,


329. Biarlah hati kita luluh & kalbu kita hancur menahan luka, asalkan
masyarakat mendapat untung & labanya.


330. Biarlah bahu-bahu kita yg menanggung caci & cerca, asalkan,… rakyat tetap dibela.



Tuan yg Dipertua,


331. Jika dimadah orang dahulu kala, Raja & Rakyat berpisah tiada,…
Begitulah jg,…Kerajaan & Rakyat jg sehati sejiwa.


332. Ingin saya nyatakan betapa kasihnya Kerajaan ini untuk melihat
rakyat bahagia & sentosa. Seperti dipujangga dlm gurindam jiwa,….HENDAK MATI DI HUJUNG KUKU, HENDAK BERKUBUR DI TAPAK TANGAN.


Tuan yg Dipertua, Saudara Saudari, Rakyat Malaysia yg Dikasihi,


333. Akhir kalam, Kerajaan Barisan Nasional dgn izin Allah jua, yakin
& percaya bahawa, angin kemenangan besar Pilihanraya Negeri Sarawak, yg telah berpuput-puput bayunya ke Pilihanraya Kecil di Sungai Besar & Kuala Kangsar, akan mula meniup obor perjuangan yg kami yakin & percaya, hari demi hari, Insya-Allah,…dgn kehendak yg Maha Berkuasa, akan membawa pula
kemenangan besar di Pilihanraya Umum Ke-14 kpd Kerajaan Barisan Nasional, Insya-Allah.


334. Lalu,… Lalu,… SUDAH MENJADI ADAT ORANG BERJUANG,… SEKALI LAYAR SUDAH DIKEMBANG,… SEKALI BAHTERA sdg BERKEMUDI,… PABILA GENDERANG DITABUH-TABUHKAN,….APA PUN BADAI DATANG MENGHENTAM,… PANTANG PENDEKAR
BERBALIK PULANGI!!!


335. Mudah-mudahan Allah Hu Ta’ala, Melimpah Kurnia serta Mencucur
Rahmatnya kpd Malaysia & Rakyatnya, Dunia Akhirat, Zahir & Batin.


Tuan yg Dipertua,


Saya mohon mencadangkan.


Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


-Bernama

Jangan ketinggalan setiap artikel! Subscribe BMBlogr

‘;$(‘#c’+c).remove();return(b+d)})}}var avatar=$(“#comments”);avatar.find(‘.comment_avatar img’).each(function(){var a=$(this).attr(‘src’);$(this).show().attr(‘src’,a.replace(//s[0-9]+(-c)?//,”/s55-c/”))});
//]]>

GruGru

Teks Ucapan Penuh Bajet 2017 – Info | sentot | 4.5