Telefon bimbit hilang punya pasal, sanggup nak potong hos saluran gas memasak

27 February 2017 | 2:52 pm

ALOR SETAR – Gara-gara telefon bimbit hilang, seorang lelaki mengamuk sehingga cuba memotong hos saluran gas memasak di sebuah restoran di Pekan SImpang Kuala, semalam, lapor Harian Metro. 

dlm kjadian jam 12.45 tengah hari, suspek berusia 37 tahun membawa sebilah pisau pemotong daging & meluru masuk ke dlm restoran tersebut yg dipenuhi orang ramai yg ingin menjamu selera sebelum pergi ke bahagian tempat membancuh air. 

Suspek menjerit, memeluk tong gas & cuba memotong hos saluran gas menyebabkan pekerja & pelanggan terkejut & melarikan diri. 

Pemilik restoran segera menghubungi polis & anggota bomba bagi menyelamatkan keadaan. 

Anggota bomba & penyelamat dr Balai Bomba Jalan Raja, Alor Setar terpaksa menggunakan satu aliran pancutan daripada jentera bomba untuk merebahkan lelaki itu sebelum berjaya ditahan & diserahkan kpd anggota polis. 


Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin menafikan dakwaan netizen di media sosial kononnya suspek gila. 

“Siasatan awal mendapati lelaki itu mengamuk disebabkan tak berpuas hati telefon bimbitnya hilang di restoran berkenaan.

“Suspek jg mempunyai rekod jenayah membabitkan curi kenderaan namun ujian air kencing pd suspek didapati negatif dadah,” katanya. 

Suspek direman sehingga 1 Mac untuk siasatan Seksyen 6 (1) Akta Senjata Berbahaya 1958. – The Reporter



GruGru

Telefon bimbit hilang punya pasal, sanggup nak potong hos saluran gas memasak | sentot | 4.5