‘Terima kasih sebab ‘tolong promote’, rezeki makin bertambah & mohon viralkan lagi’

KUALA LUMPUR – Biarpun dikecam netizen kerana mempergunakan kenderaan orang lain tanpa kebenaran untuk mempromosikan perniagaannya, lelaki ini tetap tak endah dgn kata-kata netizen. 

Firdaus Dazit sebaliknya berterima kasih kpd pihak-pihak berkenaan yg telah membantu mempromosikan dirinya meskipun dr cara yg tak beretika. 

“Terima kasih sebab tolong promote saya. Makin ramai orang follow Facebook saya & alhamdulillah rezeki saya berlumba-lumba masuk sejak semalam. Mohon viralkan saya lagi ye,” tulisnya di Facebook, semalam. 

dlm kenyataan yg sama, Firdaus jg turut menegaskan bahawa kereta GTR35 nombor pendaftaran JQY 8888 itu adalh miiknya.

“Itu memang kereta saya ye, boleh buat semakan di JPJ. Tak kuasa nak sewa atau pinjam kereta,” katanya. 

Firdaus jg memetik dua nama jutawan kosmetik sbg contoh bagi menunjukkan bahawa dirinya tak akan tersungkur hanya kerana dikecam netizen. 

“Dato Aliff Syukri & Dato Seri Vida, ramai orang benci & meluat. Tetapi mereka tak endah pun orang nak cakap apa. Tapi Allah berikan rezeki melimpah ruah pd kami. Itulah sifat orang berjaya. 

“Sentiasa maju ke depan tanpa menghiraukan apa orang nak kata. Sebab masa kita susah, tiada siapa nak datang membantu kita. Baik kayakan diri sendiri. 

“Bak kata P Ramlee, rezeki datang dr Allah, bukan datang dr bapak,” katanya. 

Terdahulu, Firdaus Dazit yg didakwa mempunyai gelaran ‘Dato’ itu didapati telah menyalahgunakan gambar beberapa kereta mewah kumpulan nombor pendaftaran 288 milik ejen hartanah FLP. 

Salah seorang pemilik kenderaan tersebut, Kent Lee, tampil menegur tindakan Firdaus & memintanya membuang semua gambar kereta ahli 288. Malah menasihatkan Firdaus jika dia benar-benar mahu menjana pendapatan lumayan, boleh menghubunginya untuk perkongsian ilmu. 

Bagaimanapun, Kent Lee memaklumkan Firdaus telah menyekat Facebooknya sebelum posting itu dipadamkan. – The Reporter

GruGru

‘Terima kasih sebab ‘tolong promote’, rezeki makin bertambah & mohon viralkan lagi’ | sentot | 4.5