Terlepas dr tangan bapa, 2 kanak-kanak maut terjatuh dr tingkat 4

28 February 2017 | 7:31 am

TIANJIN, CHINA – Dua kanak-kanak maut selepas terjatuh dr tingkat empat di sebuah pusat beli belah, malam semalam, lapor Shanghaiist. 

Sebelum kjadian jam 9 malam itu, kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun & adik perempuannya, 2 tahun, sdg didukung oleh bapa mereka, berhampiran penghadang kaca di tingkat empat pusat beli-belah tersebut. 

Si bapa yg cuba melihat ke tingkat bawah (B1) untuk mencari isterinya bagaimanapun gagal mengimbangi badan lalu menyebabkan anak sulungnya terjatuh. 

Ketika lelaki itu cuba menyelamatkan anak sulungnya, malangnya anak kecilnya pula terlepas dr tangan menyebabkan kedua-duanya terjatuh ke aras B1. 

Kedua-dua mangsa terjatuh dgn kepala mereka terlebih dahulu terhempas pd lantai tingkat itu & maut serta merta di tempat kjadian. 

Si bapa segera berlari ke aras B1 untuk mendapatkan kedua-dua mangsa. Malangnya mereka sudah tak bernyawa. 

Tangisan kesedihan lelaki itu membuatkan orang ramai yg melihat kjadian itu sedih & bersimpati.



Gambar kjadian itu jg viral di media sosial mengundang rasa simpati netizen. Ada segelintir netizen yg menyalahkan lelaki itu kerana cuai sehingga menyebabkan dua anaknya terbunuh.

Bagaimanapun, tampil beberapa netizen yg lain menasihatkan orang ramai elakkan memuat naik komen-komen yg tak baik & menyatakan kjadian itu boleh berlaku pd sesiapa sahaja meskipun dlm sudah mengambil langkah berjaga-jaga.

Polis tiba di tempat kjadian & lelaki itu ditahan untuk membantu siasatan berhubung kjadian tersebut. – The Reporter



GruGru

Terlepas dr tangan bapa, 2 kanak-kanak maut terjatuh dr tingkat 4 | sentot | 4.5