Tiada langsung ciri-ciri menunjukkan pemandu itu mabuk

18 February 2017 | 3:43 am

dr sidang media Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh

Assalamualaikum & salam sejahtera. Di mana kita semua sedia maklum selepas menyambut pesta Chingay, kita dikejutkan dgn kemalangan yg melibatkan 8 kanak-kanak/remaja yg terbunuh dlm kemalangan jalan raya di Jalan Lingkaran dlm, bersebelahan dgn Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru Selatan.

kjadian berlaku dlm jam 3 pagi yg mana sebuah motokar dr arah Taman Pelangi menghala ke Skudai dipandu seorang perempuan Cina berumur 22 tahun. Apabila tiba di tempat kjadian, sekumpulan remaja lebih kurang dlm 30-40 orang yg mana memiliki basikal yg telah diubahsuai & menutupi sepanjang jalan. 

Pemandu tak sempat untuk mengawal kenderaannya kerana jalan itu kalau kita tengok daripada Taman Pelangi menghala ke Skudai, naik bukit kemudian turun bukit & berlakulah kemalangan. 

Lapan orang remaja terbunuh di tempat kjadian, dua msh lagi kritikal & enam orang lagi cedera setakat ini (Mangsa maut 9 orang dlm laporan terkini). 

yg kita telah kenalpasti, remaja ini semua berumur di antara 13 tahun hingga 17 tahun. Enam daripada mangsa merupakan pelajar sekolah menengah & kita sdg siasat & menghubungi waris mereka. 

Sehubungan dgn itu, kita menasihatkan orang ramai supaya pantau pergerakan anak-anak terutamanya remaja yg berumur 10 tahun ke 18 tahun supaya ada di rumah pd waktu seperti ini. 

Basikal yg kita dapati adalh basikal yg telah diubahsuai. Dipotong pendek, beroda kecil & sebagainya, memang betul-betul menyalahi undang-undang. 

Pihak polis sendiri telah membuat operasi sebelum ini. Sepanjang tahun lepas, sebanyak 28 operasi telah dibuat & telah menyita 37 buah basikal yg diubahsuai. pd tahun ini sahaja bermula Januari, sehingga hari ini, kita telah buat lima operasi & 17 buah basikal telah disita. 

Kebanyakan mereka bertempiaran lari apabila ternampak kehadiran polis. Basikal yg diubahsuai mereka kebanyakannya tiada brek, roda tak mengikut spesifikasi basikal yg sebenarnya & tujuan mereka adalh untuk seronok-seronok & berlumba sesama mereka sendiri di jalan raya sekitar jam 3 – 5 pagi di mana mereka beranggapan jalan raya lengang.

Pihak polis memang sentiasa prihatin tentang masalah ini. Kita menyerulah pd ibu bapa tengokkan anak masing-masing. Bukan sahaja tengokkan motosikal, malah basikal pun kita kena tengok jg. 

dlm kes ini kita sdg menjalankan siasatan & kita tak menyalahkan mana-mana pihak dulu. Cuma kita nasihatkan remaja patuhi undang-undang jalan raya kerana kesalahan ini merupakan satu kesalahan mengubahsuai basikal & sebagainya. 


#johorbahru Sidang media Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berhubung kemalangan maut membabitkan sekumpulan 16 remaja & kanak-kanak di Jalan Lingkaran dlm, Mahmoodiah, awal pagi ini
Posted by Harian Metro on Friday, 17 February 2017


Ia merupakan kesalahan di bawah Kanun Lebuhraya bahagian 3, yg mana penunggang basikal mesti mematuhi kaedah seperti yg Seksyen Artikel 68 & tindakan saman boleh dikenakan. 

Tindakan jg boleh dikenakan ke atas penjaga atau kedua ibu bapa yg cuai di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan. Hukumannya tak melebihi RM3,000 atau penjara tak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. 

Hukumannya berat, ramai yg tak tahu mengenainya. Jadi inilah yg kita nak nasihatkan. Pihak polis jg telah menjalankan operasi & kita minta kerjasama orang ramai kalau nampak benda-benda seperti ini tolong hubungi pihak polis segera.

Pemandu wanita terbabit hanya mengalami kecederaan ringan & msh ditahan untuk siasatan. Tiada langsung ciri-ciri yg menunjukkan pemandu itu mabuk. – The Reporter

Artikel berkaitan:

GruGru

Tiada langsung ciri-ciri menunjukkan pemandu itu mabuk | sentot | 4.5