Timb. Menteri pandang serius dakwaan Kim Jong-Nam mati akibat makanan kotor di Malaysia

16 February 2017 | 8:39 am

Gambar kiri, suspek kedua warganegara Indonesia yg ditahan hari ini direman selama 7 hari | Foto – mStar Online

PUTRAJAYA – Sebuah akaun Twitter parodi, DRPK News Service (@DRPK_News), mendakwa abang tiri kpd Kim Jong-UN, mati akibat penyediaan makanan di Malaysia yg kotor. 

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman memandang serius dakwaan itu & menggesa pegawai kementeriannya menjalankan siasatan segera kerana dakwaan itu boleh menjejaskan nama baik negara di mata dunia kononnya makanan di negara ini tak selamat dimakan, lapor Sinar Harian. 

Tweet akaun Twitter itu lagi, Kim Jong-Un berikrar akan mencari pembunuh abang tirinya, Kim Jong-Nam, & akan menghapuskan mereka seorang demi seorang dgn seni pertahankan diri, taekwondo. 


Sementara itu, suspek wanita kedua telah ditahan awal pagi ini & suspek merupakan pemegang pasport Indonesia, bernama Siti Aishah yg dilahirkan di Serang, Indonesia pd 11 Februari 1992. 

Lapor Sinar Harian, Siti Aishah bersama suspek pertama, Doan Thi Houng, 29, ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Terdahulu, Doan dlm keterangannya kpd pihak berkuasa mendakwa, rakan subahatnya memaklumkan bahawa serangan itu hanya satu gurauan sahaja.

“Mereka beritahu saya ia adalh gurauan, saya tak tahu ia bertujuan membunuh orang,” katanya., 

Jelas Doan lagi, ketika tiba di KLIA 2, 4 lelaki yg datang bersama mereka memberitahu akan mengenakan penumpang dgn gurauan sebelum mengarahkan mereka menyembur muka Kim Jong-Nam dgn sejenis cecair & menyerkup muka lelaki itu dgn sapu tangan. 

Reuters semalam melaporkan Korea Utara cuba menghalang pihak berkuasa Malaysia melakukan proses bedah siasat terhadap mayat Kim Jong-Nam & menuntut mayat berkenaan diserahkan kpd mereka segera. Namun tuntutan mereka tak diendahkan. 

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rahsid Ibrahim berkata, insiden itu berlaku di Malaysia & pihaknya perlu menjalankan siasatan terperinci & bedah siasata adalh sebahagian daripada prosedur. 

Lapor Harian Metro, proses bedah siasat mayat mangsa telah selesai jam 7.30 malam semalam. Namun Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali enggan mengulas lanjut mengenai punca kematian. 

Polis kini sdg memburu empat lagi suspek lelaki bagi membantu siasatan kes berprofil tinggi itu. 

Kim Jong-Nam diserang pd Isnin lalu ketika berada di KLIA 2 pd jam 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau. Mangsa meninggal dunia ketika dlm perjalanan ke hospital selepas mengadu kurang sihat. – The Reporter

GruGru

Timb. Menteri pandang serius dakwaan Kim Jong-Nam mati akibat makanan kotor di Malaysia | sentot | 4.5