TTA Jadual Perjalanan PLUS Cuti Tahun Baru Cina 2017 – Info

7 February 2017 | 2:35 pm

Jadual Perjalanan PLUS Cuti Tahun Baru Cina 2017 (TTA – Travel Time Advisory). Anda merancang bercuti & bakal menggunakan Lebuhraya PLUS atau Lebuhraya Utara-Selatan? Cuti panjang Tahun Baru Cina 2017 (CNY) makin hampir. PLUS menjangkakan Lebuhraya Utara-Selatan akan mengalami peningkatan trafik
pd Hari-Hari Puncak iaitu dr 26 Januari sehingga 6 Februari 2017. Berikut dikongsikan TTA Jadual Perjalanan PLUS sempena Cuti Tahun Baru Cina 2017 untuk panduan pengguna PLUS dlm mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Nota

Tahun Baru Cina 2017 di Malaysia akan dirayakan pd 28 & 29 Januari 2017 (Sabtu & Ahad). Hari Isnin iaitu pd 30 Januari 2017 adalh cuti umum di Malaysia. Cuti tahun baru Cina merupakan di antara cuti panjang yg terdapat pd kalendar tahun 2017 Malaysia.

TTA Jadual Perjalanan PLUS Cuti Tahun Baru Cina 2017

Untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, PLUS telah mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan yg membolehkan orang ramai
merancang perjalanan mereka pd musim perayaan ini samada melawat saudara mara atau bercuti balik kampung.  

TTA
yg dikeluarkan oleh PLUS merangkumi jadual perjalanan di antara Lembah Klang ke bandar-bandar utama termasuk perjalanan antara bandar di utara & selatan tanah air. Berdasarkan kajian PLUS, kadar pematuhan yg tinggi terhadap TTA sebelum ini berjaya membantu orang ramai menikmati perjalanan yg lebih selesa di lebuh raya pd musim-musim perayaan yg lalu.

Grafik TTA PLUS CNY 2017

Berikut adalh panduan perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS HIGHWAY) sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina 2017.

tta plus cny 2017

Berdasarkan kpd TTA PLUS yg dikongsikan diatas,  

  1. Pengguna dr Lembah Klang yg menuju ke destinasi yg jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak Utara & Johor boleh mula bergerak & memasuki lebuh raya sebelum jam 12:00 tengah hari.
  2. Untuk pengguna dr Lembah Klang yg menuju ke destinasi yg lebih dekat seperti Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak Selatan & Perak Tengah pula dinasihatkan bergerak & memasuki lebuh raya selepas jam 2:00 petang. 
  3. Berdasarkan trend perjalanan orang ramai pd musim-musim perayaan yg lalu, PLUS menjangkakan Hari-Hari Puncak di mana jumlah trafik di Lebuhraya Utara-Selatan adalh tinggi akan jatuh pd 26, 27, 28, 29, 30 & 31 Januari serta 4 & 5 Februari 2017.

Rebat Tol 50 Peratus

PLUS
jg akan menawarkan Rebat Tol sebanyak 50 peratus bagi pengguna Kenderaan Kelas 1 di Lebuhraya Utara-Selatan & ELITE. Ianya ditawarkan kpd pengguna
yg menggunakan sistem elektronik iaitu kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG untuk membayar tol di antara jam 12 malam hingga 6 pagi pd 27 Januari, 30 Januari, 3 Februari & 4 Februari 2017. Rebat Tol tak terpakai di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam and Bangunan Sultan Iskandar.
Maklumat Trafik Terkini

Orang ramai jg dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat trafik terkini di Lebuhraya Utara-Selatan menerusi perkhidmatan Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile Apps, talian PLUSLine 1800 88 0000, papan tanda elektronik di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.
Sumber : PLUS

GruGru

TTA Jadual Perjalanan PLUS Cuti Tahun Baru Cina 2017 – Info | sentot | 4.5